October 25th, 2016

Beberapa hari lepas, pengacara Nabil Ahmad dikecam teruk oleh netizen kerana lawaknya terhadap Elly Mazlein yang dianggap agak kasar dan tidak menghormati Elly.

Ayat “macam ni punya cantik pun berpisah jua ”yang menjadi gurauan Nabil itu dikatakan seakan mempersendakan penderitaan yang Elly sedang tanggung.

Walaubagaimanapun, Elly nampaknya tidak cepat melatah dan mengakui beliau tidak terasa hati dengan Nabil kerana sedar ia sekadar gurauan sahaja.

Saya faham Nabil hanya bergurau sahaja dan saya tidak mengambil hati dengannya.  Alhamdulilah ramai yang perihatin, maknanya saya disayangi sekarang dan ramai mahu menjaga hati saya.

Diberikan lagu tugasan Perawan atau Janda pada minggu ini, Elly mengajak peminatnya untuk sama-sama menantikan persembahannya nanti.

Kami tabik dengan sikap positif Elly Mazlein yang enggan lagi memikirkan episod penceraian beliau dan tidak terasa hati dengan gurauan Nabil. Harapnya perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan Nabil dapat menerima teguran netizen dan jangan mengulangi kesilapannya lagi.

Sumber Berita : Astro Gempak

October 24th, 2016

Umum mengetahui penyanyi Elly Mazlein kali ini berpeluang untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza 3, minggu kedua beliau mendapat lagu Berpisah Jua nyanyian asal Ziana Zain. Tidak kami nafikan, lagu berkenaan agak berkaitan dengan apa yang Elly sedang lalui sekarang.

Elly memberikan persembahan yang agak mantap semalam, namun apa yang mengundang perhatian orang ramai ialah lawak Nabil yang seakan mempersendakan penderitaan yang Elly sedang tanggung.

Ayat Nabil berbunyi seperti ini :-

Macam ni punya cantik pun berpisah jua.

Netizen yang menonton GV3 menganggap lawak Nabil itu agak biadap dan tidak sensitif terhadap Elly. Buat netizen, tidak semua perkara boleh dibawa bergurau apatah lagi jika ia melibatkan kehidupan peribadi seseorang.

Ini bukan kali pertama Nabil mencetuskan kemarahan orang ramai dengan lawaknya ketika mengacarakan program Gegar Vaganza dan beliau pernah berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkata.  Mungkin malam tadi Nabil tidak perasan dengan apa yang beliau katakan, harapnya selepas ini Nabil  dapat memperbaiki kesalahannya itu dan tidak lagi membuat lawak yang melibatkan peribadi seseorang artis itu.

Kredit Foto : Instagram Sharp Shooter Photographer