Written by Bella | August 3rd, 2015

Hubungan Elfira Loy dan aktor daripada Indonesia Baim Wong sering menjadi tanda tanya apabila ada pihak yang mengatakan mereka sedang dilamun cinta. Namun, kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan hubungan mereka hanya sekadar teman rapat.

Namun, menerusi akhbar Kosmo baru-baru ini Elfira telah mendedahkan  perasaannya dengan lebih mendalam terhadap perkara berkenaan.

Terus terang, saya sudah tidak tahu nak kata apa. Buat masa ini, tidak tahu sama ada kami mahu mengiyakan atau tidak, memandangkan masing-masing tidak tahu ada jodoh atau sebaliknya. Buat masa ini, kami sedang berusaha menuju ke satu peringkat, sama ada wujud sesuatu ataupun tidak”

Dahulu memang rasa itu ada, cuma sekarang entahlah. Kami sukakan personaliti masing-masing, cuma tiada komunikasi. Saya masih tertanya-tanya sama ada ia berpunca mengenai masalah bahasa ataupun jenaka yang berbeza, ia memang sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Sejujurnya, saya lebih banyak mendiamkan diri ketika bersama dengannya, tetapi jika ada orang lain ada, baru saya petah berkata-kata. Ketika kami keluar berjalan-jalan, percikan itu juga tiada.

Dalam memberitahu status hubungan beliau bersama Baim, Elfira tetap perlu berhati-hati kerana beliau harus menjaga hati banyak pihak agar ia tidak mengguris perasaan sesiapa.

Kami berkawan sejak dahulu dan ia harus kekal seperti itu. Tidak tahu sam ada rasa cinta itu ada atau tidak kerana kami masih berkawan, jadi enggan memperkatakan sesuatu yang boleh mengguriskan perasaan. Jika bercinta, bolehlah kata putus cinta sedangkan kami tidak sebenarnya/

Pendek kata, tiada yang salah dalam hubungan ini, cuma pada masa yang sama tiada yang betul. Jadi, kami tidak boleh menerangkan definisi hubungan kami yang sebenar.

Biarlah mereka berdua tentukan hala tuju hubungan mereka, jika ada jodoh adalah. Kami yakin soal bercinta ini tidak boleh terburu-buru. Harap Elfira Loy dan Baim Wong dapat melakukan keputusan yang terbaik buat masa depan mereka.

Sumber Berita: Kosmo

Written by Bella | June 5th, 2015

Hubungan akrab dan kemesraan yang terjalin diantara pelakon kacak Indonesia, Baim Wong dan Elfira Loy telah mencetuskan beberapa spekulasi yang mendakwa mereka sedang hangat bercinta. Walaubagaimanapun, Elfira sudah berkali-kali menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Gosip mereka sedang bercinta bukan sahaja hangat di Malaysia tetapi turut mendapat perhatian media di Indonesia. Menerusi artikel di portal mStar Online, Elfira mendedahkan beliau kini menjadi buruan penerbit program televisyen di Indonesia yang ingin mengetahui status sebenar hubungan beliau bersama Baim. Namun, Elfira terpaksa menolak permintaan mereka kerana tidak mahu khabar angin tersebut menjadi lebih besar.

Saya pernah dijemput untuk program televisyen Indonesia iaitu Dahsyat sebagai kejutan buat Baim dan selepas itu saya difahamkan rating program tersebut meningkat secara mendadak ketika kami ditemubual.

Selepas itu banyak juga program televisyen yang ingin undang saya sebagai tetamu, namun saya memberitahu mereka perkara sebenar hubungan kami sekadar kawan sahaja. Saya tanya mereka adakah mereka mahu saya berpura-pura menjadi kekasih Baim.

Tambah Elfira, spekulasi mereka mula bercinta bermula apabila Baim sebelum ini pernah memberi kenyataan di media Indonesia yang beliau kini sedang mencari cinta dan teman istimewa. Pada masa yang sama, mereka berdua mula rapat dan berkawan.

Mereka sangka saya kekasih Baim mungkin kerana sebelum ini dia pernah memberi kenyataan kepada media di sana bahawa dia sedang mencari cinta membuatkan orang di sana memberi tumpuan kepada saya.

Hubungan sebagai seorang rakan kadang kala boleh menimbulkan bibit percintaan, tidak mustahil juga satu hari kita akan bertemu jodoh dengan rakan karib kita sendiri. Segalanya terserah kepada ketentuan takdir.

Sumber Berita: mStar Online