April 25th, 2017

Sedang menjalani penggambaran bagi drama Suri Hati Mr Pilot Raya, pengarah Michael Ang memberitahu ia dihasilkan khas buat peminat #Lofattah yang merindui gandingan mereka berdua yang menjadi fenomena.

Khas buat semua peminat ‘Lofattah’, sebuah telefilem sambungan daripada Suri Hati Mr. Pilot akan dihasilkan dan akan ditayangkan pada Hari Raya nanti. Penghasilan drama itu bukan sahaja bagi memenuhi permintaan peminat tetapi juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka sehingga Suri Hati Mr. Pilot menjadi fenomena. Selain itu saya ingin merealisasikan impian peminat yang ingin melihat Neelofa dan Fattah bergandingan semula dalam drama.

Walaubagaimanapun, ia adalah gandingan terakhir mereka berdua di dalam Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot kerana Michael tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyambung drama tersebut bagi musim ke dua.

Pada masa yang sama, Neelofa memberitahu beliau dan Fattah gembira kerana dapat berlakon bersama sekali lagi dan ia sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat yang tidak pernah putus menyokong mereka.

Fenomena #Lofattah sangat kuat dan sayang kalau tidak guna peluang ini memandangkan jenama Suri Hati Mr. Pilot itu masih disukai. Peminat masih ingin melihat kami bergandingan dan ini kerana mereka suka dengan kombinasi kami.

Terakhir di dalam drama SHMP tetapi mungkin selepas ini akan ada gandingan mereka di masa hadapan? Jangan bersedih ya peminat tegar #Lofattah. Heh..

Sumber Berita : mStar Online

November 21st, 2016

Gandingan yang menjadi antara Fattah Amin dan Neelofa didalam drama Suri Hati Mr. Pilot membuatkan mereka sehingga hari ini masih digilai ramai meskipun drama tersebut sudah tamat siarannya.

Ramai yang mahu mereka berdua menjadi sepasang kekasih di dalam kehidupan nyata dan gosip percintaan mereka juga cukup sensasi.

Tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu, Fattah menegaskan buat masa ini beliau enggan memberikan sebarang komen tentang gosip percintaannya dan Neelofa.

Minta maaf saya tak mahu komen tentang isu berkenaan. Saya tahu peminat sukakan gandingan kami dan kalau boleh mahu perkara tersebut dalam dunia realiti. Tentu sekali saya melihat watak Ejaz dan Warda yang kami bawakan menjadi. Kalau tanya mana-mana pelakon sekalipun, semua orang mahukan mesej yang cuba disampaikan diterima.

Buat masa ini saya lebih selesa bercerita mengenai kerjaya berbanding kisah peribadi. Biarlah hal-hal lain itu hadir bila tiba masanya.

Fattah bagaimanapun tidak menolak sekiranya beliau sekali lagi digandingkan bersama Neelofa didalam mana-mana drama.

Saya tidak pernah menolak dengan siapapun pelakon yang digandingkan. Dengan Neelofa kami berjaya mencipta fenomena dan mungkin dengan pelakon wanita lain akan menerima nasib yang sama juga.  Semuanya bergantung kepada keseluruhan pasukan produksi juga.

Jadi dengan siapa pun saya digandingkan, perkara tersebut akan dibuat sebaik-baik mungkin. Saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

Kami rasa jika Fattah dan Neelofa berlakon bersama sekali lagi, pasti ia akan mendapat hits juga. Iyalah, ramai betul peminat yang merindui keserasian mereka berdua.

Sumber Berita : Utusan Online

November 15th, 2016

Siapa sangka drama yang ditayangkan adaptasi daripada sebuah novel iaitu Suri Hati Mr. Pilot dapat menyelamatkan rumah tangga penontonnya yang sedang retak menanti belah.

Itulah yang diberitahu oleh pelakon utamanya, Neelofa dimana beliau juga terkejut tetapi pada masa yang sama terharu  bahawa watak Ejaz dan Warda dapat memulihkan hubungan dalam rumah tangga.

Jujur saya terharu apabila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan mampu menyebarkan mesej kepada ramai. Saya fikir penonton sekadar minat sebaliknya ia meninggalkan kesan mendalam termasuk terhadap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga seperti diceritakan kawan saya itu.

Kebetulan kawan saya mengenali pasangan berkenaan. Suami wanita itu ada berpesan mahu mendapatkan poster yang mempunyai tanda tangan saya selepas isterinya bersalin nanti.

Menurut Neelofa, pasangan berkenaan menghadapi kemelut rumah tangga sejak awal tahun ini tetapi masih lagi cuba menyelamatkan hubungan mereka demi zuriat di dalam kandungan si isteri. Hampir setiap malam mereka akan mengikuti drama tersebut.

Saya difahamkan setiap malam mereka mengikuti turun-naik hubungan Ejaz dan Warda dalam mengharungi kehidupan berumah tangga, namun akhirnya kebahagiaan melatari karakter berkenaan selepas masing-masing meninggalkan ego dan bertolak ansur.

Watak Ejaz dan Warda sendiri memaparkan saat mereka bergaduh dan masing-masing ada ego sendiri. Tetapi dua watak itu cuba bertolak ansur dalam setiap masalah atau rintangan yang dilalui. Kawan saya beritahu banyak babak yang ditonton menerusi drama itu terus membuatkan mereka mahu hidup bersama.

Wah, memang sesuatu yang jarang kita dengar apabila sesebuah drama itu mampu untuk mengubah hidup orang lain. Namun, apa yang pasti ia juga adalah ketentuan Illahi.

Sumber Berita : BH ONLINE

October 31st, 2016

Satu Malaysia kini dilanda demam dengan drama lakonan Fattah Amin dan Neelofa sehingga ada yang mahu mereka berdua bercinta. Iyalah, bukan main manja dan manis lagi watak Ejaz dan Warda sehingga kemesraan mereka cukup jelas di luar set penggambaran.

Tentu sekali orang ramai ingin tahu apakah pula komen bekas kekasih Fattah iaitu Sherry Ibrahim mengenai drama Suri Hati Mr. Pilot.

Namun, Sherry nampaknya enggan lagi menoleh ke belakang dan terus melangkah apabila beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai drama berkenaan.

Saya tidak mahu komen apa-apa.

Sebelum ini Fattah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka masih baik sebagai kawan biarpun sudah berpisah.

Malah, bila ditanya mengenai hubungan beliau dengan pelakon lelaki itu Sherry sekali lagi enggan memberi sebarang jawapan.

Ermmh, diam itu ada kalanya lebih baik daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Soal hati ini susah untuk dibicarakan.

Sumber Berita : Kosmo Online