Written by Bella | October 17th, 2015

Sepanjang minggu ini, agak kecoh dunia hiburan tempatan apabila Michael Ang dikatakan tidak puas hati dengan kemenangan Sufi pada AF2015, bermula daripada hal tersebut  salah faham mula berlaku antara Michael dan Edry KRU yang menjelaskan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapatnya kerana tidak arif dalam bidang muzik. Macam-macam komen yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak sehingga isu berkenaan menjadi viral.

Terbaru, Michael nampaknya sudah menamatkan persengketaan bersama Edry apabila mereka baru-baru ini bertemu dalam satu majlis pelancaran sebuah program baharu di Astro. Berita tersebut disampaikan melalui Instagram miliknya dimana beliau sempat bergambar dengan Edry.

TAMMAT! Move on! Gegar Vaganza next!

Baguslah kalau mereka berdua sudah berdamai, tidak perlu nak panjangkan isu yang agak kecil sebegini. Apa-apapun keputusan sudah dibuat, lagipun berapa lama nak bermasam muka, Michael dan Edry dalam satu industri yang sama mesti akan bertemu jua.

Sumber Berita: Instagram Michael Ang

 

Written by Bella | October 15th, 2015

Tahun ini Akademi Fantasia 2015 cukup hangat dengan kontroversi, bermula daripada kes Che Ta menarik diri daripada menjadi juri tetap sehinggalah beberapa pihak yang merasa tidak puas hati apabila peserta daripada Singapura iaitu Sufi dinobatkan sebagai juara.

Jika anda mengikuti perkembangan terkini, pasti anda tahu tentang luahan tidak puas hati Michael Ang akan keputusan tersebut sehingga mencetuskan berita panas apabila pengetua AF2015, Edry KRU yang membalas balik kenyataan Michael yang menegaskan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapat kerana tidak relevan dalam bidang muzik.

Menyedari ia satu isu yang sedang viral, Sufi menerusi portal Murai berkata beliau sama sekali tidak kisah jika kemenangan beliau dipertikaikan.

Bercakap mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana saya berasal dari Singapura, saya tak kisah. Saya tak rasa apa-apa.

Semuanya bergantung kepada rezeki. Sejujurnya, saya langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.

Buat Sufi, beliau sebenarnya sudah puas hati ketika mendapat peluang untuk beraksi di peringkat akhir. Apabila beliu diumumkan sebagai juara tiada apa yang dapat beliau katakan selain merasa syukur dengan ketentuan rezeki buatnya.

Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah menjadi satu bonus buat diri saya. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan.

Menang itu memang satu bonus, apa yang penting sebenarnya cara Sufi nanti untuk terus membina kerjaya beliau dan menghadapai segala ujian dalam bidang hiburan dengan baik. Seperti kata Datuk Ramli MS, jangan hanya popular sekejap lepas tu hilang je macam tu.

Sumber Berita: Murai

Written by Bella | October 13th, 2015

Umum mengetahui bahawa pengarah Michael Anga sangat tidak puas hati apabila Sufi diumumkan sebagai juara AF2015 dan berpendapat pengetua program realtiti tersebut iaitu Edry KRU sengaja ingin menaikkan nama Sufi kerana beliau adalah anak emas beliau.

Mendegar luahan Michael, Edry mengatakan beliau tidak mahu ambil pusing dengan pendapat mereka yang tidak relevan dalam bidang muzik, malah beliau juga tidak pernah tahu siapakah Michael sebelum ini.

Membalas kenyataan Edry, Michael menerusi akaun Facebooknya mempersoalkan mengapa sebagai pendengar beliau tidak mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.

Michael juga menjelaskan beliau tidak pernah bersikap rasis ataupun mempertikaikan kemenangan Sufi seperti yang disalah faham oleh rakyat Singapura dalam status Twitternya beberapa hari lepas.

Pada org Singapura sila faham saya bukan anti Singaporean untuk bertapak di Malaysia! Saya Hanya komen pasal Sufi as a MATTER OF PREFERENCE! Saya tak pernah mempertikaikan kemenangan Sufi Dia Boleh nyanyi dgn bagus tapi cuma saya tak minat sangat lebih minat Suara BILA itu namanya PREFERENCE.

Ada benda u Suka I tak Suka Ada benda I Suka u tak Suka! That is all! So tak payah nak Bagi komen yang berbau racist or patriotisma! And pada keratan suratkhabar ni saya Bagi pendapat sebagai peminat and pendengar muzik.

Kalau pendapat Kita yg beli lagu tak relevant pendapat siapa yg relevant? Itu namanya buat lagu SYOK SENDIRI! Sama jugak pendapat CEK TA Dia sepatutnya terima bukan maki Cek Ta balik! So kalau tak main badminton aku tak Boleh la komen pasal permainan Pemain tersebut? Mentality bodoh apa ke tu? Jgn jadi katak bawa tempurung kalau tak mcm tu mcm tu aje lagu2 Kita!

Semakin hari nampaknya bahang semakin terasa apabila banyak pihak tidak berpuas hati dengan kemenangan Sufi AF2015.  Apa salahnya kalau kita buka sedikit minda untuk menerima segala pendapat, tidak mahu lah nanti setahun dua sahaja wujud dalam industri lepas itu terus senyap.

Sumber Berita: Facebook Michael Ang

Written by Bella | October 13th, 2015

Baru-baru ini Michael Ang menerusi akaun Twitter beliau ada meluahkan rasa tidak puas hati beliau dengan keputusan pertandingan AF2015 yang telah menyaksikan peserta daripada Singapura iaitu Sufi dinobatkan sebagai juara.

Michael juga turut mengkritik bahawa pengetua AF2015, Edry Abdul Halim sengaja ingin mengangkat Sufi sebagai juara. Pengarah tersebut juga meyifatkan program berkenaan sudah seperti konsert anak-anak syarikat KRU.

Sedar ia sudah menjadi isu yang viral di media sosial, Edry bagaimanapun tidak ingin mempedulikan luahan ataupun pendapat daripada individu yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang muzik. Malah, Edry juga mengatakan beliau tidak pernah mengenali siapakah Michael.

Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka.

Walaupun Michael menjelaskan kenyataan beliau di Twitter hanya sebagai gurauan, masih ada segelintir pihak yang tidak boleh menerima alasan tersebut dan menganggap tindakan Michael itu tidak profesional.

Biasalah setiap keputusan dalam mana-mana pertandingan sekali pun akan ada pihak yang tidak berpuas hati, kalau asyik terus kritik sana sini benda yang lepas bukan kita boleh ubah bukan? Relax jer..

Sumber Berita: Harian Metro