October 9th, 2013

Kebelakangan ini selebriti tempatan memang rajin mengadakan majlis ‘baby shower’. Mengikut pemahaman kami, majlis seperti ini biasa diamalkan masyarakat Barat, biasanya untuk berkumpul, makan bersama, mengeratkan hubungan dan mengumpul hadiah untuk bayi yang bakal lahir. Tidak ketinggalan buat Yasmin Hani Richardson dan suaminya Sha’arin Razali yang Ahad lepas menganjurkan ‘baby shower’ untuk bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.


 photo f54ad6c62e9611e3bcc022000a1fcf26_7.jpg
 photo ebcc9d7c2eb011e383e322000a9f1948_7.jpg

Dekorasi majlis ini banyak berkisar pada warna putih, biru dan turqoise. Antara yang turut hadir ialah Ning Baizura, Atilia, Daphne Iking, Aishah Sinclair dan Dynaz Mokhtar. Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Instagram Yasmin Hani.

 photo af1611c82ea211e38b1d22000ae91391_7.jpg
 photo e82015fe2e6611e3b0e622000ab78692_8.jpg
 photo 04298a862ea911e387d022000a1fc4f9_71.jpg
 photo abaad8742e9911e39f5b22000a1fbc74_7.jpg
 photo 432c260e2e9e11e393ab22000aeb0c17_7.jpg
 photo 753f644c2e9b11e3ae6922000ae902d1_7.jpg
 photo 09e223822ea611e3905222000aaa031b_7.jpg
 photo 19d521dc2e9611e3aa8c22000a9e17c4_7.jpg
 photo 6ec685982e8511e389f722000ae91416_7.jpg

April 28th, 2010

anak dynas

Tahun 2010 ni memang tahun artis Malaysia kahwin, cerai ataupun dapat anak. Semalam baru cerita pasal Eizlan Yusof dan Vee yang dapat anak, hari ini dapat tahu yang Dynas pun dah selamat lahirkan anak perempuan Sabtu lalu. Tahniah, tahniah dan tahniah sekali lagi. Semoga makin murah rezeki dengan kelahiran si comel baru ini.

anak dynas

Untuk yang tak tahu, Dynas pernah gugur anak pertamanya dahulu. Alhamdulillah kali ini semuanya selamat. Nama anak perempuannya ini ialah Khyra Khalyssa. Cantik dan sedap je nama tue. Nanti kalau dah kawin dapat anak perempuan nak amik nama anak Dynas nie la. Tahniah sekali lagi dari kami kepada Dynas. Sumber berita daripada Wawan_Azwani.

P.S: Kepada anda-anda yang tak pernah melawat Kuching, sila layan video Project Alpha 2 episod ke 4 kat atas nie. Abang Nara kagum sebentar dengan bandar Kuching. Cantik menarik tertarik kau memang da bom. Kalau nak tengok video-video sebelum nie sila pergi ke www.projectalpha.com.my. Project Alpha dibawakan khas oleh Adidas Action 3, P1 Wimax dan MAS Airlines.

October 22nd, 2009

dynas mengandung

Ingat lagi tak kisah Dynas keguguran anak dalam kandungan dia? Itu yang jadi punca dia tak dapat datang ABPBH 2009 tahun nie. Namun begitu khabarnya kali nie Dynas dah mengandung semula. Tahniah kami ucapkan kepada Dynas dan suami. Semoga kandungan beliau kali ini bakal selamat dilahirkan.

Kot-kot sapa-sapa ada tips masa mengandung yang nak dikongsi bersama meh la share-share kat sini. Kami tau ramai readers kami nie perempuan. Jangan segan-segan nak share.

July 28th, 2009

dynas mokhtar

Dah lama tak dengar khabar pelakon Dynas Mokhtar sejak keguraun kadungan . Nampaknya dia dah kembali aktif berlakon. Selain tue Dynas dan Awal ada bergabung untuk jual baju-baju fesyen terkini. Gambar-gambar terbaru Dynas Mokhtar nie pun kitorang amik daripada website @ blog Dynas Mokhtar.

Tapi secara jujurnya kitorang tak berkenan langsung ngan fesyen-fesyen baju yang Dynas peragakan nie. Nampak tak kenalah ngan gelaran seorang isteri dan seorang wanita Melayu. Terlalu seksi dan tak cukup kain di mata kitorang.Itu hanyalah pandangan peribadi kitoarang. Mungkin bagi remaja-remaja masa kini yang moden, inilah fesyen terkini dan terbaru yang sepatutnya dipakai semua orang.

Cuma satu kami kasihankan kat Dynas nie. Ada ke patut ada khabar angin cakap kandungan dia gugur sebab Dynas seksi sangat. Ish-ish. Tak baik cakap macam tue. Pastue ada rumours gak cakap Dynas sengaja gugurkan kandungan. Sungguh celaka mulut-mulut manusia yang buat fitnah macam tue.

Lagi gambar terbaru dan terkini Dynas Mokhtar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

dynas mokhtar

dynas mokhtar

dynas mokhtar

dynas mokhtar

dynas mokhtar

dynas mokhtar

dynas mokhtar