Written by AbangNara | April 20th, 2009

keputusan

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Di sini kami ingin mengumumkan pemenang bagi pertandingan pengkomen terbanyak di BeautifulNara. Sebelum itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi turut serta dalam pertandingan ini.

Senarai pemenangnya ialah:-

  1. Flower – 2682 komen
  2. Ain – 2024 komen
  3. Hanz – 899 komen

Kepada mereka-mereka yang di atas, sila hantarkan butiran bank Maybank anda kepada kami di borakartis @ gmail.com untuk tujuan pemberian hadiah. Sila gunakan email semasa anda membuat komen ketika menghantar email kepada kami untuk tujuan pengesahan.

Kepada budakgenius, Neokunam, fiza224, ni dan mereka-mereka yang turut aktif memberi komen, terima kasih kami ucapkan. Mungkin lain kali pertandingan yang lebih kurang serupa akan terus kami anjurkan untuk anda semua.

Teruskan menyokong kami di BeautifulNara untuk menjadi blog hiburan Malaysia yang tersempoi. Teruskan bergosip secara berhemah di BeautifulNara.com.

Written by AbangNara | March 26th, 2009

contest

Sesungguhnya kami sangat terharu dengan sambutan hangat daripada anda semua atas pertandingan yang kami anjurkan(sambil mengelap air mata yang berlinangan dengan tisu).

Baru 2 hari bermula, jumlah komen yang kami terima bertambah banyak daripada hari-hari sebelum ini. Ini ada sedikit update tentang jumlah pengkomen terbanyak setakat ini(25.03.2009):-

  1. ni (116 komen)
  2. flower (62 komen)
  3. garfield_82 (25 komen)
  4. ain (24 komen)
  5. amano (20 komen)
  6. rain (20 komen)

Berkemungkinan besar hadiah wang tunai untuk tempat kedua dan ketiga juga akan diberikan kepada pengkomen kedua dan ketiga terbanyak. Jadi teruskan komen-komen yang bernas, mantap dan laser.

Terima kasih banyak-banyak sekali lagi atas sokongan anda.

Written by AbangNara | March 17th, 2009

contest

Yeah ~~ Walaupun duit tengah tak ada (sebab Nuffnang tak bayar lagi), kami rela mengopakkan duit gaji kami yang ciput untuk menganjurkan pertandingan buat pengunjung-pengunjung blog setia ini.

Buat pengetahuan anda, kini pengunjung BeautifulNara telah pun mencecah 5 ribu orang setiap hari(terima kasih banyak-banyak). Jadi untuk menunjukkan penghargaan kami, kami mahu anda sendiri yang memilih hadiah apa yang patut kami beri kepada anda.

Sila undi di bawah ya. Butir-butir mengenai pertandingan akan diberitahu Isnin depan. Kalau anda idea yang bernas, leh beritahu kepada kami di ruangan komen.

[poll id=’16’]