December 25th, 2017

Hujung tahun ini, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti, begitu juga dengan selebriti popular Neelofa yang kini sedang menikmati percutian di Dubai.

Antara foto yang menarik perhatian netizen ialah ketika Neelofa bermanja dengan seekor ikan lumba-lumba. Ramai juga yang “cemburu” melihat aksi comel mereka apatah lagi ketika ikan tersebut dapat mencium pipi Neelofa. Alahai dengan haiwan pun korang hendak cemburu ya?

Ok lah kami tidak mahu cakap banyak, jom kita layan beberapa lagi foto sekitar percutian Neelofa di Dubai.

December 18th, 2017

Pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sedang menikmati percutian di Dubai bersempena dengan ulangtahun keempat perkahwinan mereka.

Mereka tidak pergi berdua sahaja tetapi turut disertai oleh anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana serta beberapa ahli keluarga Che Ta.

Seperti biasa, Che Ta pasti akan membawa jurugambar khas bagi merakam detik-detik indah percutiannya bersama keluarga tercinta.

Jom kita layan lagi beberapa foto Anniversary Trip Che Ta dan Zai Saidin dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Eddy Aidil

December 2nd, 2015

Selepas beberapa bulan Fahrin Ahmad berulang alik ke Dubai untuk bertemu dengan isteri tercinta, akhirnya Elena Hani membuat keputusan untuk berhenti kerja daripada syarikat penerbangan Emirates  dan memberikan sepenuh tumpuan kepada rumah tangga mereka.

Teruja dengan kepulangan isterinya awal tahun hadapan, Fahrin buat masa ini enggan terikat dengan sebarang komitmen kerja yang panjang dan  sedang sibuk menguruskan persiapan untuk menyambut Elena pulang.

Banyak juga tawaran yang datang selepas drama Eksperimen Cinta, tetapi saya mahu mengambil rehat dari sebarang komitmen yang panjang. Hanya terima tawaran telemovie yang sesuai dengan masa selain undangan sebagai pengacara majlis.

Sepanjang tempoh rehat ini saya banyak menguruskan hal rumah tangga sebagai persediaan menyambut kepulangan isteri. Dia dijangka akan kembali selepas meletakkan jawatan awal tahun hadapan.

Selain itu ibu saya baru sahaja menjalani pembedahan akibat sakit tulang belakang. Jadi saya ambil masa ini untuk berikan perhatian lebih kepadanya.

Sudah menjadi lumrah untuk mereka yang mendirikan rumah tangga, soal anak pasti tidak akan lekang daripada mulut peminat mahupun saudara mara.

Berbicara soal itu, Fahrin berkata beliau mahu menunggu isterinya pulang terlebih dahulu sebelum membuat perancangan soal cahaya mata.

Lebih baiklah isteri saya pulang dahulu sebelum kami fikirkan soal anak. Bukannya merancang, tetapi kami berdoa agar dikurniakan anak pada waktu yang tepat.

Seronok je kami lihat Fahrin Ahmad cukup bahagia sekarang disamping isteri tercinta. Pendek kata, bercinta selepas kahwin itu ada kemanisannya tersendiri. Semoga Fahrin dan Elena kekal bahagia dengan penuh kasih sayang sehingga akhir hayat.

Sumber Berita: Mangga Online

November 18th, 2015

Walaupun terpaksa berjauhan disaat pasangan lain yang baharu berkahwin masih lagi bermanja-manjaan dan menikmati kehidupan sebagai suami isteri, Fahrin Ahmad tidak pernah mendesak ataupun memaksa isterinya Elena Hani untuk berhenti kerja sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan di  Dubai.

Namun, ada segelintir pihak yang masih beranggapan sebegitu selepas Elena membuat keputusan untuk meninggalkan dunia pramugarinya pada hujung tahun ini demi memberikan fokus kepada rumah tangganya.

Bukan saya mendesak atau memaksa dia untuk berhenti. Perkara ini sebelum berkahwin lagi kami sudah bercerita dan berbincang. Ini adalah perancangan yang masing-masing sudah ada sejak sebelum kami mendirikan rumahtangga lagi. Namun sebelum ini tidak ada sebab untuk dia balik. Tapi sekarang dia pun dah lapan tahun di sana, jadi kami rasa ini waktu yang terbaik untuk dia pulang dan menetap di sini.

Lagipun, sebelum ini kami hanya berkesempatan berjumpa dua kali sebulan sahaja dan perkara itu tidak dinafikan membuat kami berdua berasa sunyi dan saling rindu apabila sering berjauhan. Jadi, saya rasa keputusan ini adalah yang terbaik untuk rumahtangga kami berdua.

Ada yang ingin tahu, apakah benar Elena berhenti kerja kerana sudah berbadan dua?  Jelas Fahrin, berita itu tidak benar sama sekali dan jika isterinya mengandung nanti beliau sendiri akan mengumumkan khabar gembira itu kepada pihak media.

Bertahun lamanya Fahrin Ahmad menunggu seorang wanita yang sesuai untuk jadi peneman hidupnya, akhirnya beliau kini sudah bahagia disamping isteri tercinta. Lepas ini, tidak perlu lagi la yee memendam rindu, Hehe.. Semoga kekal bahagia buat selamanya.

Sumber Berita: Tonton Extra