January 25th, 2016

Selamat petang semua!!! Apa khabar anda hari ini? Pejam celik pejam celik dah hari Isnin balik dah. Cepat sungguh kan masa berlalu? Tup-tup nanti dah habis seminggu lagi dan hari Isnin muncul kembali. Kalau dulu sebut Isnin je mesti stress pikir kerja bagai, namun kini Abang Nara tak sabar nak tunggu kemunculan hari tersebut. Ini semua gara-gara drama Sesal Separuh Nyawa.

sesal separuh nyawa

Drama Sesal Separuh Nyawa ini ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa tepat jam 9 malam bermula 18 Januari yang lalu menerusi saluran HyppSensasi HD (HyppTV saluran 116). Mesti ramai yang dah tengok episod 1 & 2 drama lakonan Ayda Jebat serta Aiman Hakim Ridza nie kan? Boleh tahan jugak menjadi bualan di laman sosial dengan hashtag #SesalSeparuhNyawa. Boleh tahan chemistry antara Ayda Jebat dan Aiman Hakim. Sweet sweet manis gitu. Malam ini episod 3 akan ditayangkan. Tak sabar rasanya.

sesal separuh nyawa

sweet dalam drama je tau, jangan gosip plak

Aik apa? Korang terlepas tengok? Ish, ish, ish. Memang menyesal sungguh kalau terlepas drama Sesal Separuh Nyawa ini. Drama 30 episod arahan Michael Ang ini bukan calang-calang tau. Siap ada penggambaran kat Amsterdam lagi untuk kasik lebih “real”. Buat anda yang terlepas, silalah tengok trailer di bawah ini untuk menambahkan lagi penyesalan anda.

Hari tue Abang Nara dah ceritakan sedikit sinopsis drama Sesal Separuh Nyawa ini. Tapi untuk mengimbau balik memori korang, meh Abang Nara ceritakan sekali lagi. Drama 30 episod ini menceritakan tentang 2 orang sahabat baik iaitu Fara (Ayda Jebat) dan Razlan (Aiman Hakim Ridza) yang mempunyai hubungan suka dan kadangkala benci antara satu sama lain. Konflik berlaku apabila fara mengesyaki kakak tiri Razlan, Melissa (Nina Nadira) cuba untuk menggodanya. Sementara itu marah akibat lamaran cintanya ditolak Fara, Fendi (Aidit Noh) telah menyerang Melissa sebagai tindakan untuk membalas dendam.

sesal separuh nyawa

pelakon-pelakon utama Sesal Separuh Nyawa

sesal separuh nyawa

2 jejaka kacak Sesal Separuh Nyawa

Ok jom kita layan beberapa gambar ketika penggambaran drama Sesal Separuh Nyawa ini. Dari gambar pun boleh tahu ke”best’an drama ini.

sesal separuh nyawa

3 bintang!!!

sesal separuh nyawa

muka selepas kena tarbiyah dengan Michael Ang

Excited kan nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa. Tapi Abang Nara berani jamin. Mesti yang akan tanya Abang Nara soalan ini. “Abang Nara saya memang nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa nie tapi macam tak pernah tahu pun kewujudan saluran HyppSensasi HD nie? Camner nak tengok?”

Ish, ish, ish. Baiklah meh sini Abang Nara jelaskan cara nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa ini. Ada 2 cara sebenarnya iaitu menggunakan HyppTV atau pun HyppTV Everywhere. HyppTV adalah untuk pengguna UniFi atau Streamyx dan untuk tontonan di rumah, sementara HyppTV Everywhere ini kalau korang tak melanggan UniFi/Streamyx pun boleh guna juga tetapi hanya menerusi smartphone/tablet.

Untuk HyppTV, sekarang ini ada promosi pemasangan UniFi atau pun upgrade kelajuan ke 30Mbps dengan harga cuma RM179 sahaja. Nanti akan dapat sekali pakej HyppTV Aneka Pek yang mempunyai saluran 116 HyppSensasi HD yang menayangkan drama Sesal Separuh Nyawa ini.

sesal separuh nyawa

Sementara itu untuk HyppTV Everywhere, sesiapa sahaja boleh gunakannya. Hanya perlu download applikasi tersebut di Google Play Store atau Apple Store, daftar menerusi Facebook ataupun nombor telefon anda dan pilih cara pembayaran anda. Cara bayar ini ada kad kredit, potong prepaid, atau melalui bil Streamyx/UniFi anda. Untuk HyppTV Everywhere, saluran HyppSensasi HD hanya RM6 sahaja sebulan. Apa yang best tentang HyppTV dan HyppTV Everywhere ini ialah kita boleh tengok mana-mana rancangan yang terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Tak perlulah nak tunggu siaran ulangan. Syok kan?sesal separuh nyawa

Jadi sebelum nak tunggu episod ketiga Sesal Separuh Nyawa malam ini, sila pastikan anda dah langgan saluran HyppSensasi HD untuk tidak terlepas menonton drama Sesal Separuh Nyawa. Kalau tak nak langgan Aneka Pek, boleh langgan saluran ini sahaja pada harga RM9/sebulan. Kalau tak sempat tengok jam 9 malam, jangan risau sebab ada fungsi dua (2) jam “time-shift” dan tujuh (7) hari fungsi “catch-up” untuk keselesaan tontonan anda. Jadi boleh layan sampai lebam. Selamat menonton!!! Maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv.

Advertisement
January 15th, 2016

Lakonan Aiman Hakim Ridza dan Ayda Jebat dalam drama-drama mereka sebelum ini seringkali mewujudkan fenomena di kalangan para pencinta drama Melayu. Itu yang Abang Nara apabila mereka berdua bergandingan untuk drama “Sesal Separuh Nyawa”, yang bakal ditayangkan secara ekslusif menerusi HyppTV. Tak sabar rasanya nak melihat chemistry di antara Aiman dan Ayda.

ayda aiman

sekali tengok macam pinang dibelah dua pulak

Sesal Separuh Nyawa yang diarahkan oleh Michael Ang ini menceritakan tentang 2 orang sahabat baik iaitu Fara (Ayda Jebat) dan Razlan (Aiman Hakim Ridza) yang mempunyai hubungan suka dan kadangkala benci antara satu sama lain. Konflik berlaku apabila fara mengesyaki kakak tiri Razlan, Melissa (Nina Nadira) cuba untuk menggodanya. Sementara itu marah akibat lamaran cintanya ditolak Fara, Fendi (Aidit Noh) telah menyerang Melissa sebagai tindakan untuk membalas dendam.

aidit noh

hensem gak si Aidit Noh nie

Abang Nara dapat rasakan drama ini bakal mempopularkan nama Aidit Noh. Aidit mempunyai kualiti lakonan yang bagus dengan pakej yang cukup lengkap. Dengan watak yang agak penting di dalam drama Sesal Separuh Nyawa ini, pastinya nama Aidit akan melonjak naik.

aidit noh

Turut menjalani penggambaran di Amsterdam, sila pastikan anda tidak terlepas menonton drama Sesal Separuh Nyawa yang akan ke udara sebanyak 30 episod ini di saluran HyppSensasi HD (HyppTV saluran 116) bermula 18 Januari, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam. Abang Nara berani jamin korang akan jatuh cinta dengan drama ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

Advertisement