Written by Bella | June 16th, 2017

Drama Hero Seorang Cinderella bukan sahaja tertumpu kepada pelakon utamanya sahaja tetapi juga buat Uqasha Senrose yang membawakan watak antagonis iaitu Puteri . Kata orang, setiap kelakuan jahat Puteri yang selalu cemburukan kebahagiaan Nura Media lakonan Fazura  sangat memberikan kesan kepada penonton.

Pernah menerima pelbagai kritikan mengenai lakonannya, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana akhirnya penonton sudah mula nampak bakatnya sebagai pelakon.

Alhamulillah, memang ramai terkesan dengan watak antagonis yang saya bawa dalam drama itu. Penonton mula nampak bakat saya sebagai pelakon. Secara tidak langsung juga dapat tutup mulut orang yang hanya bercakap tentang kisah peribadi saya sahaja.

Kadang-kadang sesuatu watak itu juga penting untuk menyerlahkan lagi bakat lakonan yang ada. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Uqasha yang berjaya membawakan watak dalam HSC dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 16th, 2017

Dikritik “kayu” ketika berlakon dan dikecam sebagai penulis buku dan penyanyi, Fattah Amin bagaimanapun memberitahu beliau sedikit pun tidak menyimpan perasaan dendam kepada mana-mana pihak yang mecemuhnya walaupun daripada rakan selebriti.

Segala kata-kata negatif tersebut dijadikan sebagai pembakar semangat untuk beliau memperbaiki setiap kelemahan dan melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang beliau lakukan.

Saya sudah cakap sebelum ini, apa yang saya kecapi sekarang adalah hasil kata-kata negatif yang dilempar pada saya sebelum ini. Sedikit pun tidak wujud rasa dendam kerana prinsip saya adalah sentiasa memaafkan sesiapa sahaja dan mengelakkan permusuhan.

Sekarang terbukti bahawa lakonan Fattah semakin menyerlah bukan? Beliau juga antara aktor yang popularitinya begitu hangat sekarang dengan jumlah peminat yang ramai.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | June 14th, 2017

Sejak Fazura berlakon di dalam drama Hero Seorang Cinderella, ramai yang “cair” melihat betapa manis dan jelitanya Fazura memakai tudung.

Baru-baru ini pula, Fazura ada memuat naik foto beliau berpakaian baju kurung tetapi kelihatan tudungnya agak singkat. Penampilan beliau itu mendapat perhatian peminatnya yang menegur cara beliau berpakaian.

Namun, ada yang berpendapat jangan menggunakan bahasa yang kasar ketika ingin menegur orang lain apatah lagi ketika dalam bulan Ramadhan.

Tidak semua manusia itu sempurna dan pasti akan membuat kesilapan. Harapnya dengan teguran daripada peminat ini, Fazura akan lebih berhati-hati dalam berpakaian.

Written by Bella | June 13th, 2017

Keserasian dan kemesraan hero dan heroin drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura tidak dinafikan membuatkan ramai orang merasa cemburu termasuk beberapa golongan selebriti.

Pasangan yang kini dilabel Fattzura ini memberitahu mereka tidak mahu terlalu mengambil pusing ataupun melatah dengan kecaman netizen dan luahan tidak puas hati yang dilemparkan oleh rakan selebriti di media sosial.

Saya dengan Fattah selalu cakap, kita tak boleh membaca hati orang. Kita juga tidak mampu untuk menduga niat seseorang sama ada baik atau sebaliknya.  Cuma, apa yang kita boleh buat adalah terus bersabar dan percaya apabila sesuatu perkara hendak berjaya, akan ada halangan sedemikian.

Meskipun lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai reaksi negatif sesetengah pihak, Fattah bagaimanapun ada meluahkan rasa terkilannya dengan “haters” yang seakan hendak menutup periuk nasinya.

Pernah berlaku ketika saya menghadiri satu sesi promosi, tiba-tiba ‘client’ saya tidak dapat memuat naik gambar kerana akaun Instagram kami digodam.  Tak sangka ada pihak yang busuk hati sampai ke tahap hendak menutup periuk nasi orang. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dan mungkin tindakan susulan akan dibuat terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

Kalau dilayan segala komen negatif memang sampai bila-bila pun ia tidak akan berakhir.  Anggap sahaja ia cabaran untuk anda berdua yang kini semakin popular dan mendapat tempat di hati penonton.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : MSG & Co.