Written by Bella | June 14th, 2019

Ramai yang tahu sudah bertahun lamanya kemelut antara selebriti terkenal Azwan Ali dan abangnya Datuk Seri Azmin Ali berlanjutan.

Setelah sekian lama bersengketa, Azwan dengan hati yang ikhlas dan rela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak, ingin memohon maaf dan meluahkan hasrat mahu berbaik semula dengan abangnya itu.

Azwan yang kini menetap di London sejak Februari lalu menjelaskan hasratnya untuk berdamai dengan Azmin bukan sahaja kerana mengenangkan menteri itu adalah abang kandungnya tetapi turut memikirkan didikan arwah ibu bapa mereka.

Di hari baik bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini saya nak cakap, Min (Azmin) selama ni aku banyak buat buat salah dan dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf kau Min.

Saya akui sebelum ini begitu keras hati. Tapi orang tak tahu apa yang dilalui antara kami adik-beradik kerana ia hal peribadi dan keluarga. Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya yang sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya. Hasrat saya ini untuk berbaik dengan Azmin bukan disebabkan politik, tetapi kerana kerelaan saya sendiri.

Azwan dengan hati terbuka sanggup pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Azmin jika abangnya itu sudi untuk berjumpa dengannya untuk bersalaman memohon maaf.

Kami doakan agar niat murni Azwan Ali ini akan termakbul. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Mereka tetap adik beradik kandung walau apa pun yang terjadi. Semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 12th, 2019

Ketika ini viral mengenai sebuah video skandal seks yang melibatkan seorang lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali. Kedaan menjadi lebih hangat apabila tersebar pula video akuan sumpah dari seorang lagi lelaki dalam video seks berkenaan.

Bersimpati dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepada Azmin, selebriti Azwan Ali berharap abangnya itu kekal tabah dan dapat membersihkan namanya.

Tidak mustahil, apa yang berlaku mungkin merupakan perbuatan khianat daripada pihak tertentu yang ingin menjatuhkan maruah Azmin.

Bagi saya, ia merupakan ujian terbesar buat beliau dengan kedudukannya sekarang sebagai menteri dan ahli politih. Mungkin ada pihak cuba untuk jatuhkan dia. Beliau kena kuat. Saya berharap beliau tabah, dapat menghadapi dakwaan ini dan membersihkan namanya sekiranya ia adalah fitnah.

Saya beri nasihat untuk beliau supaya kuat hadapi ujian terbesar ini, bukan sebab video dakwaan yang tersebar tetapi kerana saya lebih mengenali dia. Saya tidak terkejut langsung dapat video-video itu. Saya sebagai adik lebih mengenali dia macam mana.

Terdahulu, tular tiga video seks mirip menteri bersama seorang lelaki. Malah, rakaman perbualan mereka turut tersebar. Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan seks oral terhadap ‘menteri’ berkenaan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 25th, 2018

Selebriti popular dan penuh kontroversi, Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA tidak dinafikan sering menjadi bahan jenaka ataupun ketawa netizen di media sosial gara-gara perwatakan beliau yang “unik”.

Bila tiba PRU14 yang lalu, Diva AA mendapat perhatian yang sangat luar biasa kerana bertanding sebagai calon bebas semata-mata ingin mengalahkan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Sejak daripada itu memang rancaklah netizen menghasilkan pelbagai “memes” mengaitkan dua beradik itu.

Walaupun Diva AA sudah tidak mempunyai akaun Twitter, beliau tetap tahu dirinya menjadi bahan “troll” di laman sosial tersebut dan tidak akan memaafkan netizen yang berbuat demikian.  Ia turut ditujukan buat individu yang membuat akaun Twitter palsu menggunakan namanya dan meniru gaya penulisan beliau.


Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan. Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka. Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti.

Beberapa hari lalu, viral foto Azmin sedang bercakap di telefon dan disertakan dengan kapsyen lawak yang menjadi bahan hiburan dan gurauan di Twitter. Netizen saling berbalas “tweet” tersebut dengan menggunakan  gambar Diva AA dan seolah-olah beliau sedang berbual dengan Azmin.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 3rd, 2018

Walaupun menerima pelbagai tomahan dan kecaman daripada netizen kerana ingin menglibatkan dirinya dalam bidang politik semata-mata ingin menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali,  kini selebriti kontroversi yang juga calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Azwan Ali meluahkan hasratnya untuk menjadi senator pula.

Untuk makluman anda, Azwan ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya.

Saya teringin nak jadi seperti arwah Tan Sri Datuk Jins Samsudin, menjadi senator. Kalau tengok dia satu-satunya artis yang terpilih menjadi senator, saya tidak tahu proses dia macam mana tapi saya ada impian untuk sampai ke tahap itu.

Antara kempen yang dijalankan oleh Diva AA ialah memberikan rendang secara percuma hasil air tangannya sendiri yang diagihkan kepada penduduk di kawasan Bukit Antarabangsa. Beliau sanggup memasak hidangan tersebut di dalam hujan.

Diva AA memberitahu beliau tidak begitu memikirkan tentang kemenangannya. Cukuplah sekadar memecahkan undi dan tidak kisah jika kalah serta hilang wang pertaruhannya yang digunakan sepanjang PRU 14.

Sumber Berita : BH ONLINE