October 21st, 2019

Baru-baru ini pelakon Remy Ishak memuat naik kenyataan berunsurkan amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan keluarga. Ramai juga peminat yang bimbang dan tertanya-tanya bagaimana keadaan pelakon itu.

remy ishak disihir

Terbaru, menerusi Live di Instagram, Remy akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar berlaku kepada dirinya. Menurut Remy, pada awalnya dia menyangka dirinya mengalami depresi kerana emosinya tergganggu sehingga rasa enggan keluar dari rumah dan melakukan perkara yang bukan-bukan termasuklah bunuh diri.

Sejak beberapa minggu lalu saya sedar saya telah melakukan perkara yang bukan atas kehendak sendiri. Hati tak gembira, suka bersendirian, susah membuat keputusan dan saya tidak mahu keluar rumah.

remy ishak sihir

Pada masa sama, saya mengalami mood swing, rasa sedih amat sangat, mula berfikir negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah sebab takut naik angin. Tetapi apabila tinggal di rumah saya akan rasa sedih sangat, perasaan itu bercelaru.

Remy turut mengakui dia mengambil beberapa jenis ubat untuk menenangkan diri. Selain itu, dia juga mendedahkan telah melalui rawatan kaedah perubatan Islam atas nasihat oleh kenalan dan keluarga yang melihat perubahan dirinya yang begitu ketara.

remy ishak depresi

Keluarga saya sudah lama perasan perubahan saya dan mereka nasihatkan saya untuk berjumpa ustaz. Kemudiannya saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawan badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap.

Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya. Dia mula menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang. Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap, semua pandangan mengenai saya depresi hilang.

remy ishak sihirDalam pada itu, Remy juga bercadang bertemu dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan pandangan secara sudut perubatan moden tentang masalah yang dialaminya.

Perbuatan sihir, antara perkara yang menunjukkan betapa buruknya perangai manusia yang tidak pernah berpuas hati akan sesuatu sehingga menggunakan cara halus untuk menganiaya seseorang yang mereka tidak suka. Mari sama-sama kita doakan agar segala urusan Remy untu berubat akan dipermudahkan dan semoga terhindar daripada perkara buruk.

Sumber Berita : Astro Awani

October 18th, 2019

Di zaman serba moden ini masih ada lagi yang percaya dengan benda khurafat dan syirik seperti sihir. Semuanya kerana perasaan hasad dengki sehinggakan orang lain menjadi mangsa.

remy ishak disihir

Terbaru, pelakon Remy Ishak memuat naik kenyataan berunsurkan amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan keluarga. Remy berkata dia akan mengambil tindakan sekiranya ada perkara buruk berlaku terhadap keluarganya akibat perbuatan sihir.

Seakan memberikan bayangan dan mengesahkan perkara tersebut, Remy turut memuat naik foto ayat suci Al-Quran, surah yang diamalkan apabila ‘dikhianati’.

remy ishak sihir

remy ishak disihir

Bagaimanapun, Remy tidak menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai situasi dan perkara sebenar yang berlaku.

Mungkin ramai yang dengki melihat populariti Remy tetapi janganlah sampai hendak hantar sihir musnahkan karier orang lain dan turut melibatkan keluarga pula. Apa-apa pun, mari sama-sama kita doakan agar Remy dan keluarganya terhindar daripada perkara buruk itu.

September 27th, 2017

Fatin Afeefa, bekas isteri pelakon Adam Shahz memberitahu bahawa terdapat kemungkinan dia bercerai dengan Adam akibat sihir pemisah yang dihantar kepadanya.
Bercerita kepada mStar Online, Fatin mendakwa mengalami sakit yang tidak dapat dikesan puncanya oleh doktor perubatan di hospital:

Sebelum ini saya ada mengalami muntah-muntah. Waktu malam dalam pukul 12 pula mesti saya tak boleh bangun.

Malah apabila ke hospital doktor pun tak boleh kesan penyakit saya kerana tidak tahu apa puncanya.

Buat masa sekarang, saya dalam proses berubat dan berulang alik ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa seminggu sekali.

Fatin memberitahu, perawat Islam yang merawatnya mengatakan seseorang telah menghantar sihir pemisah kepadanya:

Ramai orang yang tegur pasal perubahan berat badan saya yang sangat ketara.

Sebelum ini berat dalam lingkungan 45 hingga 46 kilogram. Namun, sekarang berat saya dalam 39 kilogram sahaja.

Sebelum ini, Adam mendedahkan melalui sebuah portal hiburan Ahad bahawa dia sering sakit-sakit badan kerana sihir yang dihantar seseorang.

Hasil perkahwinan mereka memiliki dua anak, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Sebelum ini juga, pasangan ini pernah terpalit dengan skandal orang ketiga Adam Shahz yang menimbulkan kontroversi.

Adam, 35, menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling setelah Fatin memfailkan perceraian. – beautifulnara.com