November 22nd, 2016

Meskipun pelakon Dira Abu Zahar dan pengarah Helmi Yusof sudah bercerai, mereka berdua nampaknya masih mengekalkan hubungan baik dan meraikan hari jadi anak Dira, Anggun  pada hujung minggu lepas.

Majlis sambutan hari jadi Anggun cukup meriah sekali dengan tema Suicide Squad.

Dira dan Helmi kelihatan cukup mesra sekali dan seakan tidak mempunyai masalah ketika majlis berkenaan berlangsung.

Berikut kami sertakan lagi foto mesra Dira, Helmi dan Anggun dengan membaca entri ini sepenuhnya.

November 18th, 2016

Sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung dan sedang menunggu keputusan mahkamah berkaitan hal penceraian beliau,  pelakon Dira Abu Zahar bagaimanapun enggan bermasam muka dengan bekas suaminya Helmi Yusof.

Dira mahu menyelesaikan segala masalah secara baik dan tidak menghalang Helmi untuk bertemu dengan anak tirinya, Anggun.

Walaupun bercerai, kami selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tiada halangan atau paksaan buatnya untuk berjumpa Anggun. Semua telah diselesaikan dalam keadaan yang baik. Anggun memang berada bawah jagaan saya.

Berbicara mengenai keruntuhan rumah tangganya, Dira enggan mendedahkan punca sebenar beliau bercerai.

Minta maaf, saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Itu adalah jalan yang terbaik dan saya tidak boleh kongsi semua perkara. Hal ini adalah untuk kebaikan semua pihak dan saya rasa ia tidak perlu disensasikan lagi memandangkan saya telah buat kenyataan tentang status saya dan dia sebelum ini. Itu sudah mencukupi.

Dira pada masa yang sama menjelaskan mengapa beliau menyembunyikan perkara berkenaan meski pun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka sudah hangat diperkatakan sebelum ini.

Sebenarnya, waktu itu memang saya sudah berbincang dengan dia (suami) untuk tidak mendedahkan apa-apa berkaitan masalah rumah tangga kami. Bagaimanapun, saya sendiri sedar bahawa saya masih memegang status sebagai selebriti. Jadi, saya perlu menjelaskannya kepada khalayak terutama apabila rumah tangga kami tidak boleh diselamatkan lagi.

Pada mulanya, saya dan dia sudah sepakat untuk tidak mendedahkan hal tersebut, namun saya sedar bahawa lambat-laun orang akan tahu juga apabila kami tidak lagi tinggal bersama. Sebab itu akhirnya saya mengaku akan bercerai dengannya.

Dira dan Helmi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata bersama.

Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan Ash daripada kumpulan Bau pada tahun 2007 dan bercerai tiga tahun kemudian.  Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anggun.

Sumber Berita : Kosmo!

November 11th, 2016

Sebelum ini ada desas-desus tentang keruntuhan rumah tangga Dira Abu Zahar dan suaminya, Helmi Yusof. Namun Dira telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan yang dirinya masih bergelar seorang isteri. Namun enggan membenarkan para peminat berteka-teki, akhirnya Dira tampil membuat pengakuan tentang status perkahwinannya.

dira abu zahar cerai

Dira mengakui yang dirinya dan suami sudah tidak tinggal sebumbung sejak 6 bulan yang lalu. Mereka kini sedang menunggu keputusan mahkamah berkaitan penceraian. Apa pun, keretakan perkahwinan mereka bukanlah kerana kewujudan orang ketiga sebaliknya kerana kesibukan Dira dan suami. Kata Dira:-

Memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini. Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan.

Keretakan hubungan kami berpunca dari diri kami sendiri yang gagal mengurus masa ekoran sibuk dengan tuntutan kerja sehingga tanggungjawab sebagai suami isteri terabai

dira

Sesungguhnya tiada manusia yang mahukan sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan penceraian. Namun kalau sudah sampai di sini saja jodohnya, siapalah kita untuk menilai baik dan buruk pasangan tersebut. Semoga Dira dan Helmi akan lebih tenang selepas ini. Sama-sama kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan.

September 23rd, 2016

Sekitar bulan Ramadhan lepas, ada gosip yang mengatakan rumah tangga pelakon Dira Abu Zahar dan pengarah Helmi Yusof sudah  berakhir.

Ramai yang ingin tahu kebenaran berita ini daripada mulut Dira sendiri. Walaubagaimanapun, Dira nampaknya tidak ingin memberikan sebarang komen mengenainya.

Saya tak mahu komen dan saya tak akan bercakap apa-apa mengenai perkara itu walaupun ramai yang nak tahu.

Malah, suaminya Helmi juga enggan membicarakan gosip penceraian mereka dengan lebih lanjut.

Kalau nak tahu cerita perceraian itu, saya tak mahu komen. Saya sibuk sekarang, hubungi saya semula.

Menurut beberapa sumber, rumah tangga mereka mula bergolak berpunca daripada penajaan sebuah filem yang menjalani penggambaran di Thailand.

Pasangan Dira Abu Zahar dan Helmi Yusof mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011. Mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama.

Sumber Berita : Harian Metro