September 30th, 2015

Wife Abang Nara merupakan seorang pembeli ‘online’ yang tegar. Tahap ketegarannya ialah barang dapur macam ayam, minyak, sayur, pampers anak dan makanan ringan pun dia beli secara online. Power kan? Bila Abang Nara tanya kenapa dia suka sangat beli online, jawapannya ialah “senang, murah dan pantas’. Tak perlu penat-penat nak keluar rumah, drive kereta, beratur nak bayar dan angkut barang.

mycybersale

Mamaroo yang Arissa duduk nie pun beli online jugak

Sesungguhnya wife Abang Nara adalah orang yang paling excited apabila mengetahui MyCyberSale kembali buat kali kedua pada tahun ini. Tahun 2014 adalah kali pertama MyCyberSale dianjurkan dan telah menyaksikan transaksi sebanyak RM67 juta berlaku. Tahun 2015, angka tersebut dijangka meningkat kerana lebih daripada 400 penjual atas talian termasuklah dari Sabah, Sarawak, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan turut sama terlibat.

mycybersale

MyCyberSale 2015 adalah jualan online terbesar di Malaysia yang bermula dari 28 September 2015 sehingga 2 Oktober 2015. Kempen ini adalah salah satu inisiatif di bawah Digital Malaysia untuk mengalakkan orang ramai membeli-belah secara online. Kalau ada pembaca BeautifulNara yang tak pernah beli barang secara online, inilah masanya untuk mencuba. Banyak sangat promosi, tawaran, diskaun dan cabutan bertuah yang ditawarkan. Memang kelabu mata dibuatnya.

mycybersale

Sempena MyCyberSale 2015 ini, Abang Nara ada beberapa tips, fakta dan nasihat untuk korang semua. Antaranya ialah:-

1. Pembelian secara online adalah selamat

mycybersale

Mungkin ada yang takut nak beli secara online kerana risaukan maklumat peribadi seperti kad pengenalan, kredit kad, maklumat bank dan sebagainya dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab. Walaupun 99% transaksi kini adalah selamat, untuk lebih berjaga-jaga, ketika membuat pembayaran, pastikan alamat di laman web itu mempunyai “https://” dan bukannya “http://” sahaja.

2. Selalu bukak laman web www.mycybersale.my

mycybersale

Yang ini paling penting sebab kesemua info tentang MyCyberSale 2015 ada di www.mycybersale.my. Promosi yang ditawarkan, apa cabutan bertuah yang boleh menang, peniaga yang join MyCyberSale, kategori produk yang ada dan macam-macam lagilah. Jangan lupa untuk pergi tengok hadiah cabutan bertuah (antaranya ada Samsung Galaxy A8) yang bernilai lebih dari RM50,000. Jadi korang boleh merancang pembelian. Mana tahu ada rezeki kan?

3. Sentiasa refresh Facebook Digital Malaysia

Buat yang mahu membuat pembelian pada harga diskaun tinggi tak ingat (lebih dari 90% diskaun pun ada), salah satu teknik yang wajib digunakan ialah refresh Facebook Digital Malaysia. Ini kerana segala jenis ‘flash sale’, diskaun yang awesome dan promosi tak masuk akal akan diwar-warkan di sini. Nasihat Abang Nara, bukak satu tab untuk Facebook Digital Malaysia dan selang 3 minit sila refresh.

4. Jangan tunggu sampai ‘last minute’ baru nak beli

mycybersale

MyCyberSale 2015 akan berakhir pada 2 Oktober 2015. Biasanya ramai yang akan buat pembelian last minute sebab kononnya hari last mesti lagi murah. Untuk MyCyberSale 2015, sila beli terus kalau ada produk yang berkenan di hati. Sebabnya kebanyakan produk yang ditawarkan diskaun ketika MyCyberSale mempunyai kuantiti yang terhad. Siapa cepat dia yang dapat. Suka je terus tekan ‘beli’. Tak payah tunggu-tunggu. Lagipun setiap hari promosi yang ditawarkan berbeza-beza. Tak semestinya sama.

5. Sediakan duit secukupnya!!!

Yeah!!!! Kalau diskaun 90% tapi duit tak ada tak guna jugak kan? Jadi silalah sediakan bekalan wang yang secukupnya sepanjang MyCyberSale 2015 ini. Fikirkan penjimatan yang anda dapat lakukan kalau beli ketika kempen ini berlangsung. Tapi jangan sampai membazir pulak. Ukur baju di badan sendiri. Kalau boleh janganlah sampai buat hutang yang kita tak mampu bayar. Tak gitu?

Itu sahaja tips dan nasihat daripada Abang Nara bersempan #MyCyberSale2015 ini. Sebagai ingatan, kempen ini berlangsung dari 28 September sehingga 2 Oktober 2015 sahaja. Untuk informasi lanjut tentang MyCyberSale 2015, boleh juga ke laman YouTube Digital Malaysia.

Selamat membeli belah Abang Nara ucapkan. Kalau sudi, isikanlah poll di atas. Jangan lupa layari www.mycybersale.my dan Facebook Digital Malaysia sepanjang MyCyberSale 2015 ini. Selamat bershopping!!!

September 21st, 2015

Yang dinanti-nanti akhirnya tiba jua. MyCyberSale yang telah mendapat sambutan hangat pada tahun 2014 dengan jualan sehingga RM67 juta kini kembali dengan lebih besar, lebih banyak promosi dan lebih gempak buat tahun 2015. Bakal bermula daripada 28 September sehingga 2 Oktober ini, MyCyberSale 2015 membawakan lebih daripada 400 penjual atas talian termasuklah dari Sabah, Sarawak, Johor, Penang dan juga Negeri Sembilan. Confirm lagi meriah la nie.

mycybersale2015Antara nama-nama popular yang telah mengesahkan penglibatan mereka di dalam MyCyberSale 2015 ini ialah Lazada, Zalora, 11thStreet, Qoo10, Rakuten dan banyak lagi. Untuk makluman, MyCyberSale ini adalah merupakan salah satu inisiatif dibawah Digital Malaysia dalam memperkukuhkan dan mempromosikan industri e-dagang di Malaysia. Dijangkakan MyCyberSale kali ini akan mendapat sambutan lebih hangat dan padu daripada mereka yang gemarkan membeli-belah secara online.

Pelancaran #MYCYBERSALE2015 hari ini di Publika, Hartamas.#MYCYBERSALE2015 telah dilancarkan oleh YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri KKMM,diiringi oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi MDeC dan Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC di Publika Hartamas. Neelofa dan Yumi Wong turut serta sebagai rakan selebriti #MYCYBERSALE2015. Berikut merupakan paparan video sempena pelancaran tengah hari tadi.

Posted by Digital Malaysia on Tuesday, September 8, 2015

Nasihat Abang Nara, simpan dulu duit perbelanjaan anda dan tunggulah tarikh 28 September ini untuk bershopping sepuas hati. Berdasarkan MyCyberSale tahun lepas, diskaun dan promosi yang ditawarkan memang hebat-hebat belaka. Ada yang sampai diskaun 90%. Jadi diharap bersabar lebih sikit. Maklumat lanjut layari www.mycybersale.my.

December 8th, 2014

Kelajuan Internet di Malaysia semakin hari semakin pantas. Kat rumah Abang Nara ada Unifi, jadi memang berdesup laju kalau melayari laman web. Internet kat telefon pun dah semakin bagus lebih-lebih lagi sejak ada 4G ini. Kalau tak menghadap laptop, Abang Nara mesti akan online kat telefon. Sehari rasanya tak kurang daripada 6 jam Abang Nara pasti akan menggunakan Internet. Fuh, lama jugak tue.

Namun fikir-fikir balik, apa yang Abang Nara buat selama 6 jam tue sebenarnya? Hmmmm. Selain daripada update blog untuk bacaan anda, selalunya diri ini akan tengok Facebook, Twitter dan Instagram. Itu jerlah kot. Kadang-kadang layan lagu Korea kat YouTube. Sedih juga bila Abang Nara menyedari apa yang diri ini lakukan. 6 jam semata-mata nak tahu perkembangan orang lain dan update perkembangan sendiri untuk orang lain baca. Agak membazir masa juga sebenarnya.

mdec domorelah

sejak ada baby girl nie rajin plak update Instagram. Hehe

Dengan tahun 2014 yang sudah hampir ke penghujung, Abang Nara telah berazam untuk membuat sesuatu yang lebih berguna dan mampu memberikan impak positif kepada diri sendiri dan juga orang ramai terutamanya rakyat Malaysia. Tapi bukan mudah nak tukar mindset secara tiba-tiba begini. Maka Abang Nara pun cuba mencari inspirasi dengan membaca idea-idea yang telah dihantar bersempena kempen #DoMoreLah4Malaysia di Facebook Digital Malaysia (selaku seorang blogger memang wajib tahu tentang DigitalMalaysia).

mdec

Banyak idea-idea yang menarik perhatian Abang Nara. Kreatif juga rakyat Malaysia ini. Ada yang nak bantu badan kebajikan dengan mengambil gambar secara percuma. Ada yang nak letakkan rak buku di tempat-tempat awam untuk mengalakkan budaya membaca. Macam-macam lagilah. Idea yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah daripada Naz Biz ini.
mdec

Simple dan cukup menarik kan? Brilliant sangat idea ini lebih-lebih negara kita memang perlukan lebih ramai rakyatnya yang mahir dalam bidang IT menjelang tahun 2020. Buat roadtour seluruh negara, anjurkan pameran, buat penerangan, tarik minat orang ramai dan terus boleh buat kursus yang akan berikan sijil apabila graduate. Kadangkala sesetengah rakyat Malaysia bukannya tak nak belajar, cuma tak ada akses serta tak tahu cara untuk mengikuti kursus-kursus sebegini. Dengan idea daripada Nas Biz ini, pasti akan memudahkan lagi orang ramai untuk belajar tentang ICT.

Bijak kan? Banyak lagi idea-idea yang best telah dikongsikan di Facebook Digital Malaysia sempena kempen #DoMoreLah4Malaysia ini. Contoh-contoh kejayaan yang terdahulu pun ada dikongsikan di laman web MDEC. Memang memberikan inspirasi sungguh. Terasa sangat diri ini membazir masa dengan sekadar online Internet dan tidak melakukan sesuatu yang mampu mengubah rakyat Malaysia. Kalau anda seusia dengan Abang Nara (31 tahun), kita kena berubah mulai hari ini jugak. Takkan sampai ke tua nak online tengok Facebook je kot? Selaku belia, inilah peluang kita untuk membuat sesuatu buat negara kita yang tercinta, Malaysia!!!

mdec

Disebabkan diri ini tak ada kepakaran lain selain menulis dan sedikit pemahaman mengenai cara-cara berblogging dengan betul, Abang Nara nak buat kelas one to one mengajar mereka yang berminat cara untuk menulis blog dengan betul. Kenapa blog? Sebab Abang Nara dah lihat ramai yang berjaya menerusi blog. Mula-mula hanya sekadar menulis, lepas itu bila dah ramai pengikut, ada yang boleh bukak kedai online, ada yang jadi selebriti, ada yang dapat jana wang dan paling penting, ada yang boleh ajar orang lain jadi blogger jugak. Abang Nara rasa dah tiba masanya untuk diri ini menurunkan ilmu di dada. Apa kata anda? Menarik tak idea Abang Nara nie? Semua nie akan Abang Nara ajar secara PERCUMA je.

Kenapa secara percuma? Sebab konsep yang dibawakan dalam kempen #DoMoreLah4Malaysia ini ialah ‘Digital Volunteerism’. Kita buat sesuatu secara sukarela dengan kemahiran kita menggunakan teknologi digital yang ada dengan harapan ia mampu memberi kebaikan kepada orang ramai. Konsep ‘Digital Volunteerism‘ ini memang sejajar dengan tagline kempen ini iaitu “Together, we can make a difference with digital”. Senang je sebenarnya nak join kempen ini. Cuba tanya diri sendiri apa kepakaran anda? Kalau anda power ambil gambar, mungkin boleh kongsikan gambar yang membawa aura positif di Instagram jadi bila orang tengok akan rasa bersemangat. Jangan lupa gunakan hashtag #DoMoreLah4Malaysia untuk memudahkan orang lain mengikuti apa sahaja yang anda lakukan.

mdec

Ini idea Abang Nara untuk memberi sedikit impak positif kepada industri digital Malaysia. Abang Nara percaya ramai lagi rakyat Malaysia terutamanya para belia yang mempunyai idea yang lebih kreatif dan inovatif. Jangan simpan sorang-sorang. Kongsikannya di Facebook Digital Malaysia. Kalau masih tak faham dengan kempen #DoMoreLah4Malaysia ini, boleh lawati laman web Digital Malaysia. Banyak informasi menarik disediakan untuk bacaan. Jom sama-sama kita bantu-membantu untuk memajukan diri kita.