Written by Bella | August 9th, 2016

Dalam beberapa bulan ini, nama Siti Nordiana kerap juga dikaitkan dengan gosip yan mendakwa beliau sudah mula berlagak diva.

Terbaru menerusi ruangan Poklip di Utusan Online , Nana dikatakan membatalkan persembahaan pada saat akhir.

Menurut Poklip, Nana bertindak sedemikian apabila menerima undangan nyanyian dengan bayaran yang lebih tinggi dan ini bukan kali pertama Nana melakukan hal tersebut.

Nana kini sedang membina namanya semula selepas menjuarai pertandingan Gegar Vaganza 2 dan nyata berita ini sedikit sebanyak memburukkan reputasinya apabila ada beberapa pihak yang sudah melabelkan Nana sebagai seorang penyanyi tidak profesional dan sering mungkir janji.

Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran khabar angin ini tidaklah diketahui kerana Nana sebenarnya kelihatan seperti seorang yang merendah diri.

Apa-apa pun, kami harap perkara ini tidak seperti yang digembar-gemburkan. Nana sudah bertahun lamanya bergelar penyanyi dan beliau harus bijak mengatur langkah agar tidak “jatuh” lagi didalam industri hiburan tempatan.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | July 21st, 2016

Siti Nordiana nampaknya sekarang ini semakin popular lebih-lebih lagi selepas beliau ditawarkan untuk berlakon didalam drama Dia Semanis Honey.  Nyata lakonan beliau cukup memikat hati ramai dan jumlah peminat beliau sudah bertambah.

Lumrah menjadi artis popular, pasti akan timbul gosip dan kontroversi bukan? Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa Nana berlagak sombong apabila menolak permintaan seorang pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya.

Walaubagaimanapun, Nana yang menafikan gosip berkenaan enggan terlalu memikirkan tuduhan tersebut.

Nana juga dikatakan lepas tangan dan hanya membiarkan pengurus peribadinya, Anas menyelia karier seninya seratus peratus.

Sejak mula menyanyi, saya sudah terbiasa dengan gosip seperti ini. Jadi, jika ditanya terkesan atau tidak, saya hanya boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Cuma dakwaan yang mengatakan saya sombong dan tidak mahu menerima tajaan pakaian adalah tidak benar.

Apatah lagi mengenai pengurus peribadi yang dikatakan mengongkong karier saya selepas menjuarai GV2 juga tidak pernah berlaku. Jika saya ada menyakiti mana-mana pihak, saya minta maaf.

Sudah 17 tahun berada dalam industri hiburan, ia membuatkan Nana matang dalam kerjaya seninya dan menganggap segala gosip adalah cabaran buat mereka yang bergelar artis.

Semua orang yang terlibat dalam dunia glamor akan melalui perkara sama. Jadi, apabila dituduh mengenai perkara yang tidak benar, saya cuba untuk tidak ambil peduli dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya.

Bila dah popular akan ada pihak yang tidak merasa puas hati dengan kejayaan seseorang artis. Relaks je Nana, jangan terlalu menyerah dan tertekan dengan segala kritikan.

Sumber Berita : Kosmo!

Written by Bella | May 26th, 2016

Beberapa hari lepas, ada artikel yang menyatakan isteri Alif Satar iaitu Shadila Halid cemburu melihat adegan romantis suaminya bersama Siti Nordiana didalam drama Dia Semanis Honey.

Sejak berita itu tersebar, ada beberapa pihak mula mengkritik isteri Alif yang tidak boleh bersikap profesional dan memahami kerjaya suaminya.

Tidak mahu terus menjadi mangsa kritikan “keyboard warrior”, Shadila menerusi akaun Facebook Alif telah menafikan perkara berkenaan. Jelas Shadila beliau tidak pernah merasa cemburu walaupun sedikit, malah beliau adalah peminat setia drama Dia Semanis Honey.

Berikut antara kenyataan Shadila :-

Buat apa hendak rasa cemburu bukan? Lagipun adegan romantis antara Alif Satar dan Siti Nordiana didalam drama tersebut tidaklah melampau. Masih ada batas-batasnya.

Sumber Berita : Media Hiburan