June 30th, 2016

Penyanyi kumpulan muzik Indonesia,  Dewa 19, Ahmad Dhani tidak perlu diperkenalkan lagi bukan? Beliau juga mempunyai peminat tersendiri di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Ahmad Dhani baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi di akaun Twitternya dimana beliau menyatakan memakan babi itu halal asalkan haiwan berkenaan bersih .

Jelas status berkenaan menyentuh sensitivi umat Islam di Indonesia dan ia mendapat kritikan daripada netizen Indonesia.

Berikut antara respon netizen terhadap kenyataan Ahmad Dhani :-

Meskipun di kecam teruk, Ahmad Dhani kemudian membuat satu lagi kenyataan mempersoalkan adakah babi dan anjing haram memasuki masjid. Jika benar haiwan berkenaan haram berada di kawasan masjid, Ahmad Dhani mengatakan ia perbuatan Muslim daripada keturunan jongos.

Hmmph, adakah Ahmad Dhani cuba untuk meraih publisiti murahan? Sesungguhnya status seperti itu jelas tidak menghormati umat Islam sedangkan beliau juga beragama Islam..Namun, kalau lihat gaya hidup Ahmad Dhani dan keluarganya yang agak sosial mungkin ini bukanlah satu perkara yang memeranjatkan…Wallahualam..

March 1st, 2011

Dari dulu lagi Abang Nara dah dengar cerita-cerita hubungan Dewa 19 dengan Yahudi dan gerakan Freemason. Benar atau tidak, Abang Nara tak dapat tentukan. Menariknya minggu lepas ada seorang pembaca telah berkongsi video di atas. Katanya mungkin video ini dapat membuka mata kita semua. Cuba anda tengok dan bagitau pendapat anda.

P.S: Masuk contest Ford Fiesta yang baru dan rebut peluang memenangi tiket ke Hollywood menonton American Idol 10.

December 20th, 2010

once tarik diri

Malam semalam berita penarikan diri Once dari kumpulan Dewa 19 telah diwar-warkan melalui Twitter KlubKiddKL, salah seorang wartawan hiburan tersohor Malaysia. Khabarnya pengumuman tersebut telah dibuat oleh Ahmad Dhani. Kemungkinan besar dilakukan selepas konsert Ria yang berlangsung di I-City semalam.

once tarik diri

Surat penarikan diri dari Once ini telah diserahkan kepada Ahmad Dhani dan ahli kumpulan Dewa 19 yang lain pada minggu lepas. Kemungkinan besar Once ingin bergerak secara solo. Lagiipun mungkin Once berasakan dirinya sudah terlalu lama berada di dalam Dewa 19. Mungkin mahukan sesuatu yang baru.

All the best buat Once dan Dewa 19. Kami dari dulu lagi memang suka dengan lagu-lagu Dewa 19 ini. Lagunya simple, lirik yang sempoi dan yang penting melodinya sangat catchy. Tak gitu?