Written by Bella | December 12th, 2016

Sejak berkahwin, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya Deena Emir belum lagi sempat untuk berbulan madu.

Walaubagaimanapun, mereka berdua dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah apabila Saharul dikatakan sedang merencana untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri tercinta pada bulan depan.

Pasangan ini akan ke sana dari hujung Januari hingga pertengahan Februari.

Alhamdulillah dapat juga saya dan isteri ke sana bulan depan. Semoga ibadat dan kunjungan kami ke sana akan dipermudahkan. Ia menjadi kali kedua saya mengerjakan umrah.

Cuma kali ini bersama isteri tersayang.  Bulan ini saya dan isteri akan mula mencuri masa mengikuti kursus umrah.

Semoga Saharul Ridzwan dan isteri diberikan kesihatan yang baik ketika menjalani ibadah di Tanah Suci Mekah nanti dan segala ibadah mereka juga dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE