July 2nd, 2020

Datuk Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah dan penerbit filem terkenal di Malaysia telah dilantik kedua kalinya menjadi ahli Panel Perundingan Pencegahan Rasuah (PPPR) untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang dilantik untuk membantu menghapuskan rasuah dalam semua bidang meskipun mempunyai latar belakang perfileman. Datuk Yusof Haslam juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak SPRM yang memberikan kepercayaan kepada dirinya, petik laporan Malaysia Kini.

“Terima kasih di atas perlantikan ini dan pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya. Saya dilantik bukan khusus untuk pantau bidang perfileman semata-mata tapu turut merangkumi semua bidang secara umumnya,”

Beliau yang juga sebelum ini pernah dilantik menjadi anggota lembaga penasihat itu ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu dalam tempoh antara 15 Ogos 2016 hingga 14 Ogos 2017.

View this post on Instagram

Bersama isteriku yg tersayang

A post shared by Yusof haslam (@datuk_yusofhaslam) on

 Selain Datuk Yusof Haslam, terdapat 24 ahli badan bebas yang terdiri daripada 12 ahli PPPR,7 ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan 5 ahli Panel Penilaian Operasi yang melibatkan individu dari pelbagai latar belakang dan bidang.

Perlantikan Datuk Yusof Haslam dalam badan SPRM itu difahamkan telah dilantik sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara pentadbiran.

November 11th, 2018

Baru-baru ini kita ada dengar keluhan penggiat seni yang tidak puas hati dengan pihak penerbit yang memberikan wang bonus agak sedikit sedangkan filem yang dihasilkan mendapat sambutan hangat dan mencecah kutipan berpuluh juta ringgit.

Namun, buat filem Munafik 2, penerbitnya Datuk Yusof Haslam mengatakan pelakon dan kru produksi filem itu tidak risau kerana beliau menjanjikan bonus lumayan kepada mereka semua atas penghargaan untuk segala usaha serta penat lelah mereka sama-sama menjayakan filem arahan Syamsul Yusof itu.

Jangan risau, saya akan agih bonus setimpal atas usaha dan hasil kerja mereka. Saya tahu, pasukan kerja filem Munafik 2 mengerah keringat mengangkat naskhah hingga diterima di luar negara.

Saya akan buat majlis kesyukuran dan serah bonus sekembali daripada mengerjakan umrah bersama keluarga pada pertengahan bulan depan. Apa yang dapat dikatakan, jumlah yang diperuntukkan untuk bonus lebih besar berbanding dulu. Saya percaya rezeki yang dikongsi akan menambah lagi keberkatan.

Bukan itu sahaja, beliau juga akan menyalurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi dan Lombok serta membantu anak-anak yatin, asnaf dan masjid.

Menelan belanja sebanyak RM2.9 juta, Munafik 2 mencatat kejayaan luar biasa  Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam dengan kutipan lebih RM 40 juta.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 27th, 2017

Nama Datuk Yusof Haslam tidak perlu diperkenalkan lagi didalam industri perfileman tanah air, beliau mempunyai pengalaman berpuluh tahun didalam bidang berkenaan  serta pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man.

Menyedari sekarang ialah trend cerita cinta yang klise, Yusof Haslam menegur pembikin drama untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan mempunyai mesej yang baik.

Pada masa yang sama, beliau juga menegur stesen televisyen swasta yang lebih gemar untuk menyiarkan cerita yang lebih tinggi nilai komersialnya.

Jangan kita asyik tumpu pada pembikinan cerita klise dan cerita cinta. Sekarang ini, pembikin drama boleh buat cerita berdasarkan isu semasa yang berlaku di negara ini.

Kadang-kadang, ini masalah stesen televisyen swasta. Kalau cerita tiada nilai komersial, mereka tidak mahu siarkan cerita tersebut. Kalau kita asyik nak berpaksikan nilai komersial, bila kita nak sampaikan mesej berguna kepada masyarakat?

Jadi, saya rasa peranan stesen televisyen perlu seimbang dan sentiasa berganding bahu dengan pembikin bagi menghasilkan cerita yang bertauladan.

Apa pendapat anda tentang apa yang ditegur oleh Datuk Yusof Haslam?  Adakah cerita cinta klise seperti terpaksa kahwin dengan orang kaya dan sebagainya sudah membuatkan penonton bosan?

Sumber Berita : Media Hiburan

August 9th, 2016

Dituduh menyalahgunakan kuasa dan pengaruh sebagai antara yang terlibat didalam Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) untuk menaikkan filem anak-anaknya, Datuk Yusof haslam akhirnya mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam penganjuran FFM pada tahun depan.

Datuk Yusof Haslam akui beliau merasa terkilan apabila sebelum ini beliau dikecam oleh netizen apabila filem anak-anaknya, Munafik dan Mat Motor (Kami Mat Motor Bukan Mat Rempit) terbitan Skop Production tersenarai sebagai finalis FFM 28.

Saya beremosi tadi apabila ramai pihak menuding jari dengan mengatakan ada berlaku kepentingan peribadi apabila filem anak saya dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik.

Saya tak tahu pun siapa juri sebenarnya. Selepas ini biarlah orang lain yang uruskan. Tak mahulah nanti saya dituduh ada konflik peribadi memandangkan saya masih aktif dalam penerbitan filem.

Isu senarai pencalonan FFM 28 kali ini cukup hangat apabila ada juga pihak menuduh pengasingan bagi kategori Filem Terbaik untuk Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia diumumkan oleh pihak FFM 28. Ada yang melabelkan ia sebagai satu tindakan rasis.

Malah, pelakon  Afdlin Shauki juga telah memboikot FFM 28 kerana pengasingan kategori berkenaan.

Sehingga kini isu berkenaan masih belum reda dan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh beberapa pihak. Mungkin tindakan Datuk Yusof Haslam untuk tidak terlibat dengan penganjuran FFM pada tahun depan adalah yang terbaik agar tiada pihak yang salah anggap.Hmmph..

Sumber Berita : BH ONLINE