Written by Bella | June 27th, 2016

Tidak kami nafikan, Ayda Jebat antara aktres popular dan menjadi perhatian ramai serta sering ditawarkan watak utama dalam mana-mana drama.

Baru-baru ini kami ada dengar cerita bahawa Ayda sekarang tengah membodek penerbit Datuk Rafina dan menurut Cik Pang menerusi Harian Metro,  berita Ayda yang kuat membodek ini disampaikan oleh seorang artis tempatan.

Ayda dikatakan sering menemani Datuk Rafina terbang didalam dan diluar negara malah beliau juga bebas memberikan pendapat dan idea dalam pilihan pelakon yang dimahukan ketika mengikuti Datuk Rafina ke mesyuarat bersama stesen televisyen.

Ayda Jebat bersama Datuk Rafina

Namun, ada sumber Cik Pang mengatakan mereka sebenarnya kawan rapat dan Ayda tidak pernah berniat untuk menjadi kaki bodek seperti yang didakwa.

Ayda sebenarnya berhubung baik dengan semua pihak dalam industri sebab beliau sangat menghargai kerjaya seni.

Benarkah Ayda jebat sebegitu? Ini mungkin ada kes tidak puas hati dan dengki dengan karier Ayda Jebat yang semakin menyerlah dan mendapat pelbagai jenis tawaran. Hmmmph, tidak perlu lah begitu. Semuanya bergantung kepada rezeki dan usahalah untuk ubah menjadi diri lebih baik daripada Ayda daripada menlontarkan fitnah sebegini.

Sumber Berita : Harian Metro