Written by Bella | November 13th, 2017

Masih belum terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan yang sudah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Rapidah Abdul Ghani pada jam 10.55 pagi semalam di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam majlis pernikahan yang sederhana itu, Rapidah menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut yang berharga RM20,000 daripada pihak pengantin lelaki dan ia dibalas tujuh dulang hantaran. Jalaluddin turut menyerahkan mas kahwin RM300 kepada Rapidah tetapi pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran.

Pasangan pengantin baru ini ketika ditemui pihak media meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan baik dan dapat diraikan bersama keluarga dan sahabat handai. Doakan kebahagiaan kami agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum allahyarhamah meninggal dunia pada 5 November  2016. Rapidah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai empat orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 11th, 2017

Tanggal 5 November 2016, adalah tarikh dimana pelakon Datuk Jalaluddin Hassan kehilangan sahabat, cinta hati  peneman hidupnya dan seorang isteri iaitu Datin Hashimah Aksan yang meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan jantung.

Ketika jenazah Datin Hashimah dikebumikan, saat itu Datuk Jalaluddin tidak boleh lagi menahan air matanya.

Menerusi akaun Facebook Ustaz Abdullah Khairi, beliau ada berkongsi kisah ketika Datuk Jalaluddin menceritakan kedaaan jenazah isterinya yang tercinta. Perkongsian tersebut cukup menyayat hati sesiapa pun yang membacanya.

Ia tentang pengorbanan serta kesabaran seorang isteri yang sering mendoakan kesejahteraan suaminya.

Taktala membaca kisah ini, kami akui hati ini agak tersentuh.  Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Datin Hashimah dan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan beriman.

Sumber Berita : Ustaz Abdullah Khairi

Kredit  Foto : Utusan Malaysia

Written by Bella | June 29th, 2016

Pelakon vateran, Datuk Jalaluddin Hassan meluahkan rasa kecewanya apabila sekali lagi dikatakan sudah meninggal dunia.

Ini bukan kali pertama beliau dikatakan sudah meninggal dunia, sebelum ini sekitar Oktober 2015, berita yang sama juga menjadi viral di Internet.

Jalaluddin menasihatkan agar pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini berhenti mengelirukan orang ramai.

Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat.

Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya.

Untuk pengetahuan anda, Jalaluddin masih lagi sihat dan baru sahaja pulang dari India selepas menjalani proses alihan suara untuk filem Kabali yang dibintangi oleh Rajnikanth.

Jalaluddin menyumbangkan suaranya bagi watak antagonis, Virasegaran dalam filem yang dijangkan bakal menjadi  hit apabila ia ditayangkan di Malaysia tidak lama sahaja lagi.

Alahai, masih ada lagi kan mereka yang suka bermain-main dengan berita kematian orang lain. Dah tidak ada kerja lain hendak buat? Hmmph..

Sumber Berita : Astro Awani

Written by serenity | December 22nd, 2014

Sejak program lawak seperti Maharaja Lawak Mega diperkenalkan oleh Astro, senario persembahan lawak di Malaysia telah bertukar. Semakin ramai pelawak baru muncul dan mereka juga sering menjadi pilihan untuk menjadi deejay radio utau pengacara kerana kebolehan berjenaka untuk menghiburkan penonton.

Program ini telah menukar juri program untuk musim ini kepada Datuk Jalaludiin Hassan, Fazura, Farah Quinn dan Taufik Batisah. Mereka ini datangnya dari bidang yang berlainan dari bidang jenaka dan boleh dikatakan terkenal dalam bidang mereka iaitu lakonan, kulinari dan nyanyian.
 photo jurimlm14jpg.jpg
Namun kebelakangan ini terdengar suara-suara penonton yang memberi kritikan terhadap penjurian Maharaja Lawak Mega. Malah, juri-juri ini juga dikritik oleh bekas peserta Maharaja Lawak Mega iaitu Afdlin Shauki yang nyata tidak senang dengan corak ‘pemberian bintang’ bagi persembahan dalam program tersebut.

Tweet oleh Afdlin mendapat reaksi dari peminat yang ratanya bersetuju dengan beliau. Ada yang menganggap juri memberi bintang secara berat sebelah, tidak adil dan ada juga mempersoalkan mengenai sikap juri yang tidak gemar dijadikan bahan lawak oleh peserta.

 photo ScreenShot2014-12-22at102615AM.png

Malah, ada peserta yang lebih menunjukkan skil nyanyian mendapat bintang yang tinggi manakala mereka yang tidak menunjukkan bakat nyanyian pula mendapat kurang bintang. Peminat mempersoalkan adakah skil nyanyian relevan dengan penjurian untuk sebuah program lawak jenaka.

 photo ScreenShot2014-12-22at102652AM.png

Dan khabarnya juga, walaupun sebilangan penonton merasakan yang persembahan peserta kelakar, tetapi juri mengatakan tidak lawak pula. Akhirnya peminat terus mempersoalkan kredibiliti juri untuk menghakimi pertandingan lawak.

Apa pun rancangan ini kekal antara rancangan paling popular dan diperkatakan oleh peminat. Bagaimana pendapat anda, adakah juga merasakan penjurian MLM 2014 tidak adil? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.