April 3rd, 2018

Tidak pernah dengar sebarang berita ataupun hendak terlalu berbangga, siapa sangka pelakon Fouziah Gous sebenarnya sudah bergelar Datin.

Berita itu mula diperkatakan apabila Fouziah menerusi Insta Stories di Instagramnya memuat naik keratan akhbar dan juga beberapa momen gembira ketika suaminya Zhaf Yusof menerima beberapa anugerah pencapain terbaik sebagai “wealth advisor”.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah status suaminya yang kini bergelar Datuk.

Ramai yang memuji sikap rendah diri Fouziah yang tidak pernah menunjuk-nunjuk dengan status beliau sekarang.

Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Fouziah dan suami atas gelaran Datuk yang diterima. Ramai juga usahawan muda yang menerima gelaran tersebut sekarang kan?

March 26th, 2018

18 Mac lepas, pelakon Elvina Mohamad telah sah bergelar isteri kepada usahawan dan selebriti permotoran Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, dengan sekali lafaz di sebuah hotel di ibu kota.

Malam Sabtu lepas, telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan Elvina, atau Datin Norazlina Mohamad, 23, di sebuah ballroom di hotel yang sama. Pasangan ini mengenakan busana perkahwinan dan sut Altelia Almani.

Lagi 41 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bersama kita doakan perkahwinan mereka berdua dikurniakan keberkatan dan berkekalan hingga ke akhir hayat. – beautifulnara.com

Kredit gambar: @kaki5photo

 

January 5th, 2015

Akhirnya setelah sekian lama, Pancaindera semalam telah pun mengeluarkan gambar wajah suami dan madu kepada pelakon Zarina Zainuddin. Pelakon jelita ini telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar pada usia 22 tahun sebagai isteri kedua. Madunya ialah Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor. Pendedahan ini telah dilakukan selepas majlis kenduri doa selamat di kediaman Zarian Zainuddin di Subang Jaya, Selangor.

suami zarina zainuddin

Menariknya, ketika mahu berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan, Zarina Zainuddin sendiri  yang telah pergi meminta kebenaran daripada isteri pertama beliau. Kata Zarina:-

Berlaku salah faham tentang hasrat saya untuk berpoligami apabila saya sendiri yang meminta kebenaran berkahwin daripada Noorhashimah pada peringkat awal dulu. Apabila Datin Seri terima, saya bersyukur dan pada waktu itu saya berjanji untuk menjadi madu dan isteri yang baik.

Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya yang terdedah dengan publisiti. Syaratnya saya tidak membabitkan mereka berdua.Saya bersyukur dapat bermadu dengan Noorhashimah yang banyak mengajar saya cara berniaga.

gambar suami zarina zainuddin
Semoga dengan pendedahan ini, tiada lagi fitnah, desas-desus dan juga khabar angin yang melanda Zarina Zainuddin. Semoga berbahagia ke akhir di samping suami dan anak-anak tercinta. Sama-samalah kita doakan. Amin.
qareem familynara P.S: Dapatkan jubah Bin Qareem dengan diskaun sebanyak 30% hanya di FamilyNara. Hadiahkanlah jubah awesome ini kepada suami, ayah, kekasih atau adik beradik lelaki anda. Pasti mereka akan kelihatan lebih kacak. Info lanjut di www.familynara.com.