Written by AbangNara | November 18th, 2013

Agak terkejut Abang Nara membaca fakta yang dikeluarkan oleh Bipop semalam. Rupa-rupanya Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha Mohd Khalid telah pun bergelar suami isteri sejak 2 tahun yang lalu. Namun perkahwinan tersebut terpaksa dirahsiakan daripada media massa atas permintaan nereka berdua. Berita tersebut hanya diketahui oleh ahli keluarga dan wartawan yang rapat dengan Jalani dan Zaleha.

gambar kahwin

Jadi majlis resepsi yang berlangsung 2 minggu lalu sebenarnya adalah untuk meraikan dan mengumumkan berita perkahwinan mereka. Majlis tersebut telah berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton dengan meriah sekali. Terang Zaleha mengenai tindakan mereka merahsiakan perkahwinan:-

Terlalu sukar untuk dijelaskan kenapa kami terpaksa merahsiakan perkahwinan kami selama 2 tahun ini. Apa yang dapat saya katakan, banyak hati yang perlu dijaga terumata anak-anak dan keluarga. Disebabkan itulah, kami memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk mengumumkan perkahwinan selama ini.

Namun sebenarnya ramai di kalangan keluarga, saudara mara dan raka media massa sudah mengetahui, tapi mereka menghormati permintaan kami. Bukan kami mahu berselindung, tapai apabila sudah bersedia, barulah kami mengambil langkah untuk mengumumkannya.

zaleha lagi

Datin Seri Zaleha juga turut mengakui terkejut dengan kontroversi yang melanda walaupun ketika itu mereka sudah bergelar suami isteri. Tambah beliau lagi:-

Saya tidak biasa dengan dunia selebriti… tapi itulah… terkejut juga dahulu apabila wajah terpampang di akhbar (ketawa). Apa yang berlaku, saya reda walaupun tepaksa menanggung tohmahan.

Kami sebenarnya sudah berkahwin 2 tahun lalu, malah sudah 2 kali meraikan Syawal bersama. Walaupun berdepan fitnah, kami bersabar. Kami percaya kebenaran akan terbukti.

zaleha jalani

Pasti Datuk Seri Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha kini boleh menarik nafas lega dengan pengumuman perkahwinan mereka. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Tahniah Abang Nara ucapkan. Selamat pengantin baru buat anda berdua.
vitaminP.S: Pening tak tahu nak pilih vitamin apa sebagai supplemen? Jangan risau. LIKE sahaja Facebook Doktor Vitamin Anda untuk mendapat maklumbalas yang jitu, tepat dan padat. Segala persoalan anda akan dijawab oleh mereka yang pakar. Confirm anda dah tak perlu risau dan takut untuk ambil vitamin yang dicadangkan oleh Doktor Vitamin Anda.

Written by serenity | November 13th, 2013

Sebelum ini kami telah menulis mengenai majlis perkahwinan Datuk Seri Diraja Jalani Sidek dan Datin Seri Diraja Zaleha Mohd Khalid di Hotel Hilton, Kuala Lumpur beberapa hari lepas. Dalam entri ini dipaparkan gambar-gambar dari majlis tersebut.

 photo 1467180_627018737336820_1832129263_n.jpg
 photo 1403481_627165103988850_1330131118_o.jpg

Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan SazaStudio. Sila like fanpage mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej-pakej fotografi perkahwinan untuk hari bersejarah anda. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Datanglah beramai-ramai ke Bazar Industri Kreatif di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 16 dan 17 November ini mulai 5.00 petang – 11.00 malam. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, pertandingan breakdance, jualan produk seni dan budaya, persembahan kebudayaan, persembahan kugiran dan banyak lagi. Maklumat lanjut, layari facebook.com/bazar.seni