September 2nd, 2009

yunalils

DUNIA artis tidak pernah diidamkan oleh penyanyi indie, Yuna memandangkan dia mencuba nasib dalam industri seni ini sekadar untuk menghiburkan peminat muzik tempatan.

“Saya hanya buat (menghasilkan) muzik untuk orang gembira..,” begitulah luahan Yuna yang tidak menyangka dirinya kini berada sebaris dengan artis-artis ‘mainstream’ yang lain.

Mengenali pemilik nama Yunalis Zarai ini, orangnya tidak sombong, peramah dan meminati dunia muzik, fesyen juga pandai melukis.

Biarpun dirinya sudah dikenali dan menjadi perhatian ramai, Yuna masih tidak mahu orang melabelkan dirinya sebagai ‘artis’.

Kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini dalam nada rendah diri, “Saya tak suka dinamakan artis tetapi saya lebih suka digelar pemuzik.

“Kalau jadi artis..kita akan jadi terkenal.. tidak seronok pula. Banyak lagi yang saya kena capai untuk menjadi terkenal.

“Misalnya Datuk Siti Nurhaliza, dia memang layak untuk menjadi artis. Saya rasa diri ini ‘kecil’ dan masih tiada apa-apa lagi..,” luahnya yang turut bercita-cita untuk mengadakan konsert atau showcase seperti Datuk Siti.

yunalils

Disebabkan kerjayanya kini bukan sahaja terhad sebagai pemuzik malah juga sebagai ahli perniagaan pakaian dan ksesori ‘IAMJETFUELshop’, Yuna terpaksa melantik rakannya Pa’an sebagai pengurus manakala sepupunya, Wawa sebagai pembantu peribadi yang boleh membantunya berhubung dengan pihak media dan rakan bisnes.

Oleh sebab itu, Yuna telah menukar nombor telefonnya dan menggunakan talian ‘private’ yang terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan mana-mana pihak.

“Saya sudah menubuhkan pengurusan yang baru dan selepas ini saya tidak akan berhubung secara terus dengan media tetapi melalui pengurus saya.

“Kira sekarang saya memakai nombor ‘private’ agar saya lebih mudahuruskan antara peribadi dan kerja.

“Saya ada banyak kerja (nyanyian) dan kedai untuk uruskan dan semuanya tidak boleh berurusan secara langsung dengan saya takut ada salah faham,” jelasnya yang mempunyai dua syarikat iaitu Yuna Room Recordsdan IAMJETFUEL Enterprise.

yunalils

Menyentuh tentang perniagaannya, Yuna gembira dengan kemajuan kedainya yang semakin menjadi tarikan pengunjung terutama dalam bulan puasa ini.

“Saya tengok sejak kedai itu dibuka, ramai juga yang datang. Masa bulan puasa ini, semakin ramai pula kerana kedai saya dekat dengan Bazar Ramadan.

“Antara pelanggan yang datang ada yang mengatakan mereka singgah ke kedai saya sebelum ke Bazar Ramadan,” katanya mengenai kedai di SS15, Subang Jaya yang dibuka bermula pukul 12 tengah hari hingga 7 malamitu. Untuk bulan Ramadan ini, kedai itu dibuka selepas waktu berbuka puasa.

Selain itu, pelantun lagu ‘Dan Sebenarnya’ ini sedang menyiapkan album terbarunya yang kini telah siap sebanyak 40 peratus sejak dibikin sejak Mei lalu.

Yuna yang mewarisi bakat nyanyian dan bermain gitar menerusi bapanya itu turut menggunakan idea bapa dan ibunya sebanyak 10 peratus untuk menghasilkan album yang berkualiti yang dijangka akan siap pada hujung tahun ini.

Penyanyi berusia 23 tahun ini juga teruja untuk melakukan persembahan jelajah sempena ulangtahun ke-10 Mocca di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai Oktober ini.

June 21st, 2009

yunalis dan sebenarnya

Terkejut kami baca Pancaindera hari nie bila ada tajuk artikel “Pakcik meninggal ke Yuna”?. Baca punya baca rupa-rupanya si Joyah tak puas hati dengan Yunalis Zarai nie.

Kata Joyah susah sangat nak wat appointment ngan si Yuna nie. Pastue ada member-member Joyah yang kena tinggal gitu ajer dengan Yuna masa kat konsert. Then kononnya Yuna terpaksa batalkan temujanji sebab pakcik dia meninggal tapi last-last muncul kat satu konsert lain.

Dengan ikhlasnya mulai hari ini kami nak jadi anti Joyah. Selamba ajer dia kutuk artis feveret kami si Yuna nie. Kami rasa Joyah sakit hati dia tak dapat nak buat temujanji ngan Yuna untuk Pancaindera itu yang dia kutuk Yuna tak ingat punya.

Kesian betul ngan wartawan-wartawan hiburan mainstream nie. Masa si Yuna nie baru nak naik semua buat derk jerk. Skang dah femes baru terhegeh-hegeh nak wat appointment semua. Tak lama lagi kompem si Joyah nie cakap tanpa wartawan si Yuna nie takkan femes. Kononnya tak dapat publisiti la daripada dia.

Sorry to say but Yuna dah memang femes dari dulu lagi. Cuma wartawan-wartawan hiburan macam Joyah nie jer tak pernah nak amik tau pasal musik underground. Tiba-tiba jer sekarang nak menyelit dan menjatuhkan nama Yuna. Panas hati kami dibuatnya.

Buat Yunalis Zarai, tabahkan hati anda. Biasalah dunia hiburan Malaysia nie. Anda tak boleh nak puaskan hati semua orang. Jangan layan wartawan-wartawan yang nak amik kesempatan macam si Joyah nie. Sila jangan ubah personaliti anda kerana diorang-dioarang nie.

Oh ya kalau anda nak layan lagu omputih Yuna yang bertajuk After Midnight sila baca artikel ini sepenuhnya. Memang sempoi beb.

March 16th, 2009


~Video telah dipadam~

Kami sebenarnya dah malas nak buat coverage pasal Akademi Fantasia 7. Bagi kami, program hiburan realiti AF7 ini dah basi, tak ada kick dan hambar. Tambah pulak si AC Mizal jadi pengacara, lagi hilang mood nak tengok.

Tapi bila si Aishah di konsert pertama AF7 menyanyikan lagu Yunalis – Dan Sebenarnya yang merupakan artis wanita bertudung feveret kami, nak taknak terpaksalah tulis artikel ini.

Sila tengok video konsert minggu pertama AF7 Aishah di atas dan buat perbandingan dengan video penyanyi asal lagu Dan Sebenarnya. Yang mana lebih mantap pada pandangan anda?

P.S : Dengar katanya, si Aishah ini dulu bertudung tapi sebab nak masuk AF7 tudung dah dicampak entah ke mana. Betul ke?