November 23rd, 2017

Siapa yang tidak kenal dengan Wak Doyok seorang ikon fesyen dan usahawan terkenal. Semalam, Wak Doyok ada berkongsi beberapa foto dan video beliau menyambut hari lahir bersama seorang gadis yang sangat cantik.

Namun, video Wak Doyok mencium pipi gadis tersebut mencuri perhatian netizen. Ada yang mengatakan betapa bertuahnya Wak Doyok dan ada juga mengecam perbuatan Wak Doyok itu agak keterlaluan sebagai orang Islam.

Untuk pengetahuan anda, gadis tersebut yang bernama Malika Askarova rupa-rupanya seorang model yang terkenal.

Adakah ini kekasih baru Wak Doyok? Jika benar, untunglah dapat seseorang yang cantik. Pasti semalam Wak Doyok tidur lena dapat ciuman istimewa. Heh?

September 24th, 2017

Sehari dua ini satu adegan yang memaparkan pelakon Fattah Amin dan Janna Nick sedang berciuman di set penggambaran Coffee Prince arahan Michael Ang telah menjadi viral.

Asalnya, adegan itu dirakamkan dan dimuat naik oleh pelakon seksi Fara Mendoza yang juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan satu gambar berciuman dengan seorang penyanyi ketika beraksi untuk sebuah video muzik ke akaun Instagramnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

mStar Online melaporkan, seorang jurukamera, Juo Azri menerusi Instagramnya pada Sabtu mendedahkan foto dan jarak sebenar kedudukan antara Janna dan Fattah ketika penggambaran berlangsung yang sebenarnya tidak berciuman.

Gambar yang menjadi kontroversi… ini pandangan daripada skrin kamera saya. Babak ini dibuat atas alasan untuk membuatkan Emma Maembong cemburu dan secara automatik menolak tawaran nenek Raykal (lakonan Fattah).

Juo Azri menambah yang babak itu hanya dibuat atas cadangan pihak Astro dan belum tentu disiarkan.

Sementara itu, pengarah drama Coffee Prince, Michael Ang, memberitahu yang dia tidak tahu adegan itu telah dirakamkan oleh Fara Mendoza:

Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.

Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.

Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang.

Malah adegan bercium sebenarnya tidak pernah wujud:

Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.

Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.

Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya.

Michael juga memberitahu yang dia tidak akan membenarkan sesiapa merakamkan adegan dramanya ketika penggambaran di masa akan datang untuk mengelakkan salah faham dan spoiler:

Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran.

Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut.

Bagi penulis, Fara Mendoza yang pernah mengalami situasi serupa tidak sepatutnya memuat naik rakaman yang boleh menimbulkan salah faham sebegitu. Kasihan pula Janna Nick dan Fattah Amin dikecam bertubi-tubi sedangkan mereka bukan berciuman, hanya adegan itu diambil dari sudut yang menampakkan mereka seolah berciuman.

Jadi bolehlah berhenti kecam Janna dan Fattah kot, mereka tidak bersalah pun.  – beautifulnara.com

Sumber mStar Online: 1, 2

October 27th, 2015

Semalam foto comolot antara Fara Mendoza dan penyanyi baharu iaitu Zwenstar viral di media sosial. Foto tersebut diambil di lokasi penggambaran muzik video untuk lagu penyanyi itu yang bertajuk Ku Tahu.

Fara yang tidak pernah putus dihimpit kontroversi untuk beberapa bulan ini, sekali lagi menerima komen serta kritikan hebat daripada masyarakat. Ada yang  menggelarkan beliau sebagai artis sendu yang sengaja mencari publisiti murahan.

Terbaru, Fara menerusi portal mStar Online menafikan beliau berkelakuan sumbang seperti yang disebarkan dan menjelaskan foto itu sebenarnya salah satu babak pasangan bercinta dalam klip video tersebut.

Malah, beliau juga masih mempunyai akal untuk berfikir untuk tidak melakukan sebarang tindakan tidak senonoh di tempat awam.

Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian. Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung.

Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut.

Tidak mahu terus menjadi bahan kritikan ataupun fitnah orang, Fara akan mencari dalang yang menyebarkan foto beliau dengan niat untuk mencalarkan imejnya.

Saya akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya jatuh.

Sering terpalit dengan pelbagai cerita panas, Fara akui beliau pernah menitiskan air mata apabila mengenangkan setiap perkara yang beliau harus lalui.

Kalau ikut gaya didalam foto memang macam orang sedang bercumbu tetapi mungkin ini hanya trick kamera yang digunakan oleh dalang tersebut untuk mejatuhkan imej Fara Mendoza. Heh..tepuk dada tanya hati. Tak pernah pulak kami lihat didalam klip video ada aksi mesra macam ni.

Sumber Berita: mStar Online

October 26th, 2015

Artis hot Fara Mendoza baru mendapat satu job sebagai model video muzik penyanyi Zwenstar. Klip video tersebut ialah untuk lagu Zwen yang berjudul “Ku Tahu”. Walaupun baru mengalami kemalangan, Fara yang masih belum sembuh tetap meneruskan tugasnya beraksi untuk klip video tersebut.
 photo 12142461_1512766092369436_555024755_n.jpg

Memang di Instagram Fara, banyak gambar dari penggambaran klip video tersebut dimuat naik olehnya. Bagaiamanapun, Instagram Miss Kepoh telah mengeluarkan satu imej gambar yang memberi gambaran seolah-olah Fara dan Zwenstar sedang berkucupan di lokasi penggambaran klip tersebut.
 photo 12071120_458951610956406_96200240_n.jpg
Tak tahulah kalau-kalau ia trik kamera ke apa. Tapi apa yang digambarkan memang nampak seolah-olah pasangan itu sedang comolot.

Adakah satu jalan cerita lain juga sedang berlangsung di lokasi penggambaran itu? Tak best macam tu bukan, kan Fara kata dia bukan wanita murahan?

Mungkinkah ini sekadar gimik? Hanya mereka yang berada di lokasi tahu jawapannya.

Panggung Seni Tradisional 2015 kini kembali lagi dengan tujuh (7) kesenian tradisional yang akan diketengahkan pada kali…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 22 March 2015