Written by AbangNara | July 28th, 2017

Dato Aliff Syukri dan keluarga kini sedang bercuti di Switzerland. Menerusi akaun Instagramnya, beliau telah berkongsi detik-detik percutian di sana untuk tatapan para pengikut. Menerusi salah satu video yang dikongsi, Dato Aliff Syukri telah meluahkan rasa sedih kerana dihalau daripada sebuah restoran. Akibatnya, beliau sekeluarga terpaksa menjamu selera di tepi jalan.

aliff syukri

Ini luahan hati Dato’ Aliff Syukri:-

sedih sy bila bawa gi restoren bawa bekal sbb kat sini makanan halal amat susah nak dpt..baru je cadang nak oder lah air biar cover skit nak tumpang makan..tapi kami kena halau .. jadi kami makan lah di tpi jalan

Sedih memang sedih dengan nasib yang dialami oleh jutawan kosmetik ini, namun chef popular iaitu Datuk Chef Wan telah tampil menegur perbuatan Dato Aliff Syukri sekeluarga. Menurut Chef Wan, selaku seorang public figura, Aliff Syukri harus menjaga imejnya walaupun berada di luar negara. Malah menurut Chef Wan yang sudah berpuluh kali melancong ke Switzerland, ada banyak meja yang disediakan di taman-taman di Switzerland untuk memudahkan para pengunjung menjamu selera. Tak perlu makan di tepi jalan.

aliff syukri

Ini pula teguran versi panjang lebar oleh Datuk Chef Wan terhadap Aliff Syukri yang telah dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya:-

Tergerak pula hati saya nak menegur Dato Aliff when i saw him eating with the family di tepi jalan.
I find that shocking.

First of all as Malaysian kita kena jaga image kita di mana saja kita berada. Pelik saya with all his wealth that he has been flaunting to everyone pi la cari tempat2 yg elok untuk makan.

There load of restaurant to eat yg halal pun boleh di cari. This days melalui phone tu dah mcm2 we have excess to. Being a public figure now like it or not he must learn the do and donts.

Masa pi wedding baru2 ini saya terdengar di meja some of the guests debating among themselves yg juga Kaya Raya tetapi very modest from all the years i have known them. Depa kata by doing all this flaunting of kekayaan kita selain dari riak didalam agama juga tidak baik untuk image2 mereka yg di pandang tak ada class! U might have the money but u cannot buy the class!

Mereka kata bila kita over do things we also subject diri kita menjadi bahan kutukan so unnecessarily sedang kan ordinary rich people pun dont do that as depa nanti akan malu dengan image begitu even sesama org kaya2 ini. Bila memberi pandangan begini mesti la ada kata kita dok dengki dgn harta mereka.

Kita pun duit makan tak habis jugak tapi tak payah la buat perangai mcm tu yg jadi kan lagi kita manusia mencari pasal mengata kan hal kita. Actually itu satu perbuatan yg tidak cerdik dan jangan la di jadi kan contoh tauladan kepada sesiapa pun Ustaz kata as that will create more human brings yg ada sifat phd dan mcm2 lagi.

Bila saya mendengar apa yg di debat kan ada juga betul nasihat Puan Sri Tadi to also all her friends. She said ” Orang Melayu ni sedikit2 kita phd dgn depa yg cakap2 dan sokong itu pun bodoh jadi pak turut dan kaki kipas, no wonder la mereka naik lemak as they thing its ok to behave in such a manner to seek attention.

Bila kita kata perangai mcm orang kampong dan jakun Kaya depa marah kita balik! Said another Datin Seri pulak. Kita dengar saja and i am sure so many of us also hear this thing being debated all the time.

Bila saya melihat segala drama minggu ini di pentas kan it is also a lesson to each and everyone of us to be careful with our image on social media. Tersilap langkah habis la!

chef wan

Ada betul juga kata-kata Chef Wan itu kan? Apabila kita berada di luar negara, kita membawa nama Malaysia. Jadi tingkah laku dan adab itu kenalah jaga. Jangan sampai malukan nama negara tercinta. Apa pun, diharap Dato’ Aliff Syukri menerima teguran daripada Chef Wan ini dengan hati terbuka. Sama-sama kita perbaiki diri.