Written by Bella | May 31st, 2019

Setiap tahun pastinya selebriti Rozita Che Wan akan berkongsi persiapan baju raya dirinya dan keluarga. Setiap pakaian yang ada, mengikut tema berbeza. Ramai juga yang bermain teka-teki, agaknya berapa pasang baju pula Che Ta akan gayakan pada Syawal tahun ini.

Bagaimanapun, tahun ini Che Ta enggan berkongsi jumlah persalinannya kerana tidak mahu ia menjadi satu isu besar dan dikecam netizen.

Kalau nak tahu sangat berapa pasang baju raya saya tahun ini, kiralah sendiri bila saya muat naik gambar di Instagram sepanjang Syawal nanti.

Kalau saya senaraikan warna baju, pasti ada yang dapat mengagak jumlahnya. Sebut sahaja warna apa, semuanya jadi pilihan. Tetapi, saya tidak akan nyatakan berapa jumlah pakaian untuk raya tahun ini.

Saya sudah malas apabila niat sekadar menjawab pertanyaan media disalah erti hingga dijadikan segelintir warganet sebagai modal untuk mengecam.

Katanya, ada baju raya tahun lalu yang belum sempat digayakan dan ada pula pakaian yang sudah dipakai dan dijual semula di Instagram. Agak mengejutkan ada individu yang sanggup untuk membeli baju Che Ta yang paling mahal dijual pada harga RM3000.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 20th, 2019

Selebriti popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta adalah salah satu ikon fesyen di Malaysia. Tidak kira dimana sahaja, penampilan beliau sentiasa anggun dan ‘up to date’.

Baru-baru ini, Che Ta ada memuat naik foto ketika beliau melawat pesakit di hospital. Ramai juga yang puji, pakaian beliau ibarat macam hendak pergi ke kenduri kahwin kerana tampak begitu eksklusif.

Namun, ada doktor yang mengatakan fesyen itu terlalu berlebihan dan bagaimana pula pihak hospital boleh membenarkan Che Ta duduk bergambar dengan pesakit sedangkan pakaiannya mempunyai bulu dan boleh menyebarkan kuman.

Tidak puas hati dengan tuduhan tersebut, Che Ta tampil berikan penjelasan.

Doktor itu menuduh saya memakai baju jubah yang mempunyai bulu dan kononnya boleh menyebarkan kuman kepada pesakit selepas saya memuat naik gambar ketika melawat Hospital Sungai Buloh baru-baru ini. Saya tidak kisah ditegur, tetapi janganlah semberono sahaja. Saya memakai jubah bermanik, bukan berbulu. Jangan cepat sangat membuat tuduhan jika tidak tahu perkara sebenarnya.

Saya tahu adab melawat orang sakit. Tidak mungkin saya sesuka hati mahu duduk di atas katil orang jika tiada kebenaran daripada mereka sendiri.

Che Ta meminta doktor tersebut agar menyelidik dahulu perkara sebenar sebelum membuat tuduhan melulu.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | April 15th, 2019

Tersebarnya video seorang pelawak membelasah warga emas menyebabkan Lan Pet Pet dikecam hebat oleh netizen.

Mengulas mengenai kontroversi yang melanda adik iparnya itu, pelakon Rozita Che Wan ataupun mesra dengan panggilan Che Ta menyatakan insiden yang menimpa Lan adalah satu fitnah besar yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu.

Che Ta menganggap media sosial ibarat dajjal kecil punca fitnah berleluasa.

Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat persembahan dekat Johor sekarang. Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajjal kecil.

Perkara seperti ini kalau kita tidak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelawak terkenal bertindak membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas. Pengawal itu ditumbuk tiga kali dibahagian muka dan ditendang dibahagian pinggang. Disebabkan itu netizen mula ‘menyerang’ Lan sehingga pakej umrah bersama pelawak itu juga tiada sambutan dan terpaksa dibatalkan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 27th, 2019

Fesyen pelakon Rozita Che Wan selalunya memang ‘up to date’ dan unik. Sesiapa kalau lihat memang terpegun sehingga ada yang menganggap beliau sebagai ikon fesyen. Pendek kata, apa sahaja yang beliau pakai pasti nampak cantik.

Namun, menerusi foto terbaru Che Ta di Instagram, beliau yang menggayakan skirt berwarna hijau telah mendapat perhatian ramai.

Siapa sangka, skirt yang dipakai Che Ta dijadikan bahan lawak dimana rata-rata netizen berkata sekali pandang sudah nampak seperti sayur ataupun daun pisang.

Sekali-sekala netizen bergurau apa salahnya kan Che Ta? Apa-apa pun, beliau masih kekal anggun dan cantik.