February 15th, 2016

Hubungan intim antara suami isteri adalah satu topik taboo yang jarang dibincangkan secara terbuka di kalangan masyarakat. Namun secara umum, ramai sedar tentang masalah hubungan seksual yang dialami oleh pasangan suami isteri. Malah kalau tak silap Abang Nara, ada kajian menyatakan lebih 50% isteri tidak mencapai rasa puas apabila bersama dengan suami mereka. Hmmm. Satu masalah yang besar jugak sebenarnya kan?
che ta

Bagi Che Ta, soal hubungan kelamin atau peribadi adalah sesuatu perkara yang harus dibincang dengan baik antara suami isteri. Baginya, persefahaman antara pasangan berkahwin perlu ada. Kata Che Ta:-

Saya percaya dalam soal nafkah batin, baik isteri dan suami perlu memuaskan diri masing-masing. Sejak bertahun lalu, saya memang mengamalkan jus tenaga ini. Alhamdulillah, pada usia saya Tuhan masih berikan kesempatan untuk mengandung. Dua bulan selepas bernikah, saya hamil.

Advertisement

che ta
Untuk makluman, Rozita Che Wan bercadang memasarkan jus tenaga yang diambilnya dengan nama Jus Goyang Rapat by RCW tidak lama lagi. Fuh. Pasti ramai yang teruja dan ingin mencubanya. Semoga produk ini akan meletup dan makin ramai suami isteri yang berjaya dalam mencari kepuasan dalam hubungan intim. Sumber BiPop.

Advertisement
July 8th, 2015

Rozita Che Wan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini telah mendedahkan taktik seorang peniaga Instagram yang sering didakwa menipu pelanggannya dalam jual beli barangan mewah secara online.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Che Ta yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram, memberi amaran kepada pengendali akaun itu.

Advertisement

Ramai sangat yang mengadu ditipu. Saya cuma ingin membantu mereka yang ditipu. Ramai yang mengadu kepada saya.

Bagi saya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Sama-sama kita ambil iktibar perkara ini agar pembeli lebih berhati-hati.

Akaun yang dikenali dengan nama Paris Shopping Heaven telah memperdayakan pelanggan dengan menggunakan khidmat ramai selebriti temaptan bagi mempromosikan barangan mewah seperti beg tangan dan kasut.

Memang mudah untuk mendapatkan keperluan kita secara atas talian tetapi kita haruslah berhati-hati agar tidak jadi mangsa. Kalau boleh minta bukti jika mereka berdaftar dengan SSM ataupun boleh melihat testimoni yang ada.

Sumber Berita: Berita Harian

Advertisement
March 3rd, 2015

Ya Allah. Seronoknya melihat gambar Zain Saidin dan Rozita Che Wan menunaikan umrah. Alhamdulillah. Bukan senang mendapat jemputan ke rumahNya. Sejuk mata memandang lebih-lebih lagi Che Ta yang tampak manis sangat bertudung litup. Semoga apabila pulang kelak, Che Ta akan terus berhijab. Kalau tak silap, Zain Saidin pun mahukan isterinya bertudung selepas selesai menunaikan umrah.
che ta dan zain

Tak sabar rasanya satu hari untuk menjejakkan kaki ke bumi suci ini. Semoga segala urusan Zain dan Che Ta di sana dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Advertisement

che ta dan zain

che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain
che ta dan zain

Advertisement

Advertisement
May 8th, 2014

Kalau dah namanya selebriti, sudah tentu segala perbuatan akan diperhatikan dan menjadi bualan ramai. Lebih-lebih kalau melakukan perkongsian gambar yang agak romantis dan intim. Itulah yang sedang berlaku kepada pasangan suami isteri Zain Saidin dan Rozita Che Wan selepas berkongsi gambar mereka berdua di dalam bilik di Koh Samui baru-baru ini.

zain dan che ta

Bagusnya menurut Zain, dia dan Che Ta tidak ambil pusing dan tidak memberikan perhatian terhadap komen-komen yang diterima menerusi akaun media sosial mereka. Kata Zain menerusi Mstar Online:-

Advertisement

Letaklah gambar apa pun mesti akan jadi perhatian. Pertikaian orang tentang foto itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah kami sudah biasa dengan situasi ini. Malah saya sudah mengjangkakan reaksi peminat apabila saya memuat naik gambar itu dan saya tidak mahu ulas panjang mengenai perkara itu. Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa keburukan dan jika ada baharulah saya akan buang gambar itu.

che ta zain

Kalau dah tuan punya gambar tak nak buang dan rasa gambar yang dikongsi tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang yang melihatnya, siapalah kita untuk mengomen lebih-lebih. Yang penting, Zain dan Che Ta bahagia dengan kehidupan mereka. Kalau nak ikut cakap orang lain, memang boleh tunggang-langgang hidup dibuatnya. Tak gitu?

P.S: 10 cara untuk bersarapan dengan cepat

Advertisement