Written by Bella | January 3rd, 2017

Semalam Diana Danielle ada memuat naik foto beliau yang kelihatan sarat mengandung di akaun Instagramnya.  Foto berkenaan mengundang pertanyaaan ramai dan ada yang mempercayai bahawa Diana kini sedang hamil anak ketiga bersama suami Farid Kamil. Ruangan komen di Instagram Diana  juga dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat.

Tidak mahu salah faham berterusan, Diana memberitahu foto berkenaan cuma salah satu babak dalam drama terbaru beliau.

Itu gambar untuk drama TV3, Raisha.

Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 3, dan Nur Aurora, 1.

Kami pun tidak percaya bahawa Diana sedang hamil. Sebelum ini ketika beliau menemani Farid di ASK 2016, perut Diana kelihatan biasa sahaja dan tidaklah besar seperti didalam foto berkenaan.

Sumber Berita : Utusan Online