May 27th, 2020

Punyalah lama duduk di dalam rumah sebab arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sampaikan dah tak ingat tarikh dan hari langsung. Seronok betul dapat berguling sakan tanpa perlu memikirkan masalah nak padankan pakaian dan jenis solekan apa untuk keluar rumah.

Malah ramai yang menyangka bahawa kulit wajah pasti akan gebu bak kulit pau tebal dek tak terdedah dengan cahaya matahari yang melampau dan anasir di persekitaran luar yang boleh merosakkan permukaan wajah.

Tapi kalau anda nak tahu, ada banyak tabiat tidak baik ketika duduk santai di rumah yang sebenarnya dalam diam boleh menyebabkan kulit merajuk dan buat perangai. Yang mana satu anda boleh relate?

Langsung tak nampak bayang matahari

asyik terperap di rumah

Mungkin anda dah terbayang kulit wajah yang mulus kerana terperap sahaja dalam bilik bak Rapunzel tetapi itu hanyalah angan-angan semata! Memang mengejutkan tetapi jikalau langsung tidak meluangkan masa di luar rumah, kemungkinan besar kulit anda akan mengalami dehidrasi lantas memudahkan jerawat datang menyerang. Jangan mengeluh apabila melihat cermin dan wajah anda mula kelihatan kusam dan kering. Sedih!

Stres terperap buat kulit merajuk

Siapa tak gembira dapat lepak di dalam rumah sahaja dan tak perlu bersusah-payah untuk pergi kerja mahu pun kuliah. Rasa macam dunia ini kita yang punya! Tetapi apabila terperap di rumah dengan aktiviti yang terhad untuk tempoh yang panjang, sudah pasti anda akan mula berasa tertekan. Disebabkan stress kerana mahu melihat semula dunia luar dan kembali kepada norma biasa, ia akan menyebabkan kulit muka menjadi bermasalah kerana turut terkesan dengan tekanan anda. Dah cukup stress, makin tertekan apabila melihat taburan jerawat di sekitar kulit wajah!

Sibuk makan makanan ‘viral’, wajah pun ‘viral’ dengan masalah

kredit – Asian Food Network

Sejak semua orang banyak masa di rumah, macam-macam idea ‘ciptaan’ yang tak pernah difikirkan mula dibuat. Antaranya ialah Dalgona Coffe yang nampak lazat kerana bancuhan kopinya yang likat ditambah pula dengan susu pekat. Umphh! Kalau anda nak tahu, apabila kandungan gula dalam darah mula meningkat, ia boleh menyebabkan penyakit kulit meneruk. Dalam keseronokan anda menikmati minuman penuh gula itu, sekumpulan jerawat juga sedang berseronok kerana dah tak sabar nak bertapak di wajah anda. Keseronokan yang membawa padah!

Waktu tidur bercelaru

kredit Healthline

Bayangkan kini kesemua 24 jam itu dimiliki oleh anda tanpa sebarang komitmen lain. Mulalah nak marathon drama kegemaran tak kisahlah daripada Korea atau pun Amerika, sampai waktu tidur menjadi mangsa keadaan dek nak habiskan satu musim drama sekali tengok sahaja. Tapi jangan terkejut kalau wajah anda dipenuhi dengan jerawat dan nampak kusam tahu. Bukan sahaja waktu tidur sekejap berubah ke petang, sekejap kembali ke malam sahaja yang menyebabkan masalah ini, bahkan tempoh rehat yang kian berkurang juga akan membuatkan kulit anda menghadapi dehidrasi dan ia akan merangsang proses penuaan. Tidak!

Senaman tinggal kenangan

kredit Business Insider

Bila dah syok bermalasan di rumah, jangan kata buat rutin senaman selama 30 minit sehari, nak bergerak ke tandas pun kena ada orang lain tolong heretkan. Walaupun duduk terperap di rumah, ia bukanlah alasan untuk anda duduk keras kejung tanpa bergerak langsung. Senaman ringan sebenarnya mampu untuk rangsang badan anda supaya bekerja. Bukan sahaja kulit anda kekal lembap dan sihat bahkan hormon yang dirembes oleh aktiviti tersebut boleh buatkan anda ceria dan bersemangat.

Asyik berulang kali bersihkan diri

Membersihkan wajah dan badan berulang kali bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada dikerumuni bakteria dan virus. Silap hari bulan, kulit anda jadi kering dan bersisik kerana sabun yang dipenuhi dengan bahan kimia telah menghakis keluar minyak semula jadi pada permukaan kulit. Bukannya makin sihat, nanti semakin teruk pula kulit apabila asyik dilumurkan dengan sabun berpuluh kali sehari.

Apa Kat Cuba “Hilangkan” Stress dan Kekal berseri dan sihat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Perubahan gaya hidup mungkin akan menyebabkan wajah anda turut menerima impaknya. Tak perlu gunakan pelbagai produk penjagaan daripada jenama yang berlainan bagi memastikan kulit wajah kekal berseri sepanjang berada di rumah ketika ini. Nah! Cetaphil Gentle Skin Cleanser hadir sebagai penyelamat kepada dilema kulit kering dan kusam disebabkan oleh pelbagai tabiat buruk yang menjejaskan kulit.

cetaphil

Nak tahu kenapa Cetaphil Gentle Skin Cleanser dicanang sebagai antara produk penjagaan yang baik bahkan menduduki tempat teratas sebagai produk penjagaan yang terjual banyak di hospital dan klinik? Ini kerana pembersih ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah yang berminyak, kering, kombinasi, sensitif dan senang berjerawat. Hebat!

cetaphil gentle skin cleanser

Dek bebas sabun dan juga pewangi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit. Jangan terkejut tahu sebab pembersih ini mendapat pujian daripada pakar dermatologi kerana kemampuannya yang tiada tandingan.

Sebenarnya tak cukup sekadar mempraktikkan pelbagai langkah penjagaan kebersihan yang disarankan oleh pihak bertanggungjawab. Cetaphil Gentle Skin Cleanser merupakan pembantu yang paling ideal dalam mengawal kelembapan wajah supaya berseri dan nampak ‘hidup’. Bahkan seberapa kerap pun anda menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, ianya langsung tidak akan menanggalkan lapisan minyak semula jadi pada wajah anda. 99% daripada wanita juga bersetuju dengan kenyataan menakjubkan ini!

Selain daripada mengamalkan langkah penjagaan diri yang disarankan oleh doktor pakar seperti kerap membasuh tangan selama 20 saat pada setiap kalinya, apa kata anda masukkan juga pembersihan wajah dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ke dalam rutin tersebut. Bukan sahaja amalkan ketika berada di rumah kini, malahan rutin penjagaan ini boleh dikekalkan sampai bila-bila!

Pelakon Lisa Surihani pun dah tak pandang pembersih lain kerana jatuh cinta dengan keberkesanan Cetaphil Gentle Skin Cleanser selepas mula menggunakannya sejak mengandungkan anak kedua. Bak kata orang, cinta pandang pertama!

Kalau nak kulit wajah anda tampil berseri dan sihat seperti Lisa Surihani, sudah tiba masanya untuk anda pilih yang terbaik demi kebaikan wajah anda. Apa tunggu lagi? Dapatkan dengan pantas Cetaphil Gentle Skin Cleanser di farmasi berdekatan.

Tak boleh keluar sewenang-wenangnya kan? Apa susah, anda boleh miliki produk ini secara atas talian menerusi e-store rasmi Cetaphil di laman pembelian online popular iaitu Shopee dan juga Lazada.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk hebat ini, boleh layari laman web Cetaphil.

Amalkan penjagaan kulit wajah yang sihat bersama Cetaphil Gentle Skin Cleanser!



Advertisement
May 15th, 2019

Siapa ada masalah kulit sensitif dan kering? Ada kala terasa gatal seakan mencucuk di bahagian kulit.  Agak merimaskan juga kalau asyik tergaru-garu sana sini.

Jangan ambil mudah perkara ini kerana ia adalah salah satu simptom ekzema dan anda memang perlukan bantuan.

Ekzema merupakan satu masalah kulit di mana kulit menjadi gatal, merah, tetapi tidak berjangkit.

Bagaimanapun, sehingga hari ini punca ekzema tidak dapat diketahui tetapi sering dikaitkan dengan faktor genetik, keadaaan cuaca dan tekanan.

Selalunya Ekzema terjadi pada bahagian pipi, pelipat, leher, siku dan lutut.

Antara simptom ekzema :-

  • Kulit sangat gatal walaupun tiada ruam
  • Ruam mempunyai pelbagai bentuk dan merah menyala
  • Kulit boleh menjadi berair dan bernanah jika terkena jangkitan kuman
  • Jika kulit tidak meradang atau kemerahan, ia akan mula kering dan akan menyebakan kegatalan

Jika tidak dirawat, pastinya ia akan mengganggu rutin harian anda. Memang risau kalau kesakitan ini juga boleh sampai tahap mengeluarkan nanah dan darah. Ngeri..

Bertambah risau bila kena berulang-alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan, bukan sahaja membuang masa tetapi kos yang harus ditanggung juga agak tingg.

Tak apa, relaks tarik nafas dalam-dalam, kami ada penyelesaian untuk anda!

Melegakan Kegatalan Dengan Cetaphil Pro AD Derma

Cetaphil Pro AD Derma berfungsi untuk melegakan kegatalan dan melembabkan kulit secara serentak.  Cetaphil Pro AD Derma adalah rangkaian penjagaan kulit pertama dengan teknologi Filaggrin™ untuk membantu menangani masalah kulit kering dan sering gatal.

Filaggrin sebenarnya sejenis protein yang penting untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap dan dilindungi melalui Faktor Pelembap Semula Jadi dalam kulit kita.

Selepas mandi menggunakan Cetaphil Pro AD Derma Skin Restoring Wash, sapu pula Cetaphil Pro AD Derma Skin Restoring Moisturizer supaya badan dan kulit lembap setiap masa.

Dengan Cetaphil Pro AD Derma, anda tidak perlu risau lagi. Paling penting, Cetaphil Pro AD Derma bebas daripada parabens, sabun dan juga steroids malah selamat digunakan bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi untuk bayi seawal usia 3 bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang Cetaphil Pro AD Derma, boleh klik link di bawah :-

Website: https://cetaphil.com.my/ms/restoraderm-ms/

Facebook: https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/



Advertisement