October 23rd, 2015

Facing Up To Fazura (FUTF) musim pertama sememangnya cukup menghiburkan dan mendedahkan banyak rahsia pelakon jelita, Nur Fazura. Antara yang menjadi topik hangat ialah pembongkaran percintaan Fazura dengan Shaheizy Sam dan juga hubungannya dengan Sara Ali menerusi program tersebut. Abang Nara merupakan salah seorang daripada jutaan penonton program FUTF dan kerana sambutan yang amat hangat, musim kedua FUTF bakal ditayangkan tidak lama lagi.

facing up to fazura

Apa yang menarik tentang FUTF bagi Abang Nara ialah keterbukaan Fazura untuk berkongsi detik-detik indah, sedih, gembira dan duka di dalam hidupnya tanpa berselindung. Abang Nara yakin musim kedua FUTF ini lebih menarik dan kita dapat mengenali Fazura dengan lebih dekat lagi. Kata Fazura:-

Saya nak tunjukkan inilah diri saya, tak perlu peminat nak baca blog atau gosip dan sebagainya untuk tahu semuanya tentang diri saya. Kalau nak nilai saya, nilai menerusi apa yang mereka tonton dalam program ini dan seperkara yang lucu apabila buat program realiti ini, kadang-kadang saya terlupa yang kamera sedang rakam apa saja yang saya buat.

Musim kedua ini, saya banyak menangis. Sebenarnya, saya tak suka menangis sebab tak mahu orang tengok saya ini lemah tetapi saya lupa yang saya juga manusia biasa. Misalnya kalau bercakap berkaitan binatang atau bercerita mengenai bertapa bersyukurnya saya dengan apa yang saya sudah capai dalam hidup saya sehingga saat ini, saya tak dapat tahan air mata saya.

Kali ini juga saya ambil peluang untuk jelaskan isu-isu panas yang mengaitkan diri saya seperti isu saya pegang anjing dan tentang isu KLFW. Kadang-kadang saya rasa penting untuk orang tahu kenapa saya buat sesuatu itu dan saya pertahankan apa yang saya buat atau nak perkatakan.

Tak dinafikan ruang media sosial kini juga menjadi platform kita berkongsi dan peminat boleh tahu boleh apa saja. Bagi saya media sosial ini sebenarnya tanpa kita sedar ia adalah perangkap yang mana jika kita tidak bijak mengendalikannya, ia akan memberi kesan negatif pada kita sendiri.

fazura

Tidak sabar rasanya mahu menonton musim kedua Facing Up To Fazura yang bakal bermula 1 November ini di saluran E!. Pasti lebih banyak perkara menarik yang bakal dipertontonkan. Abang Nara yakin para peminat Fazura juga sedang berada dalam keadaan teruja. Sama-sama kita nantikan episod pertama daripada 6 episod FUTF Ahad minggu hadapan. Selamat menonton.

May 29th, 2012

Rasanya anda semua sudah tahu yang Fazura kini sudah pun mempunyai butiknya sendiri yang diberi nama House of Doll. Abang Nara rasa pilihan nama itu memang sangat sesuai. Doll atau patung sememangnya sinonim dengan kecantikan seseorang dan  insan yang bernama Fazura ini memang diakui ramai kecantikannya.

fazura house of doll

Apa yang tambah mengkagumkan Abang Nara lagi ialah Butik House of Doll yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar ini dibuka 100% dengan duit Fazura sendiri. Tidak ada sebarang tajaan langsung. Kesemua kos yang mencecah ratusan ribu ringgit ini datang daripada hasil lakonan dan duta produk. Paling awesome ialah Fazura tidak melakukan mana-mana loan bank sebaliknya House of Doll ini terbina daripada wang simpanannya. Mantap kan?

fazura house of doll

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fazura atas pembukaan butik miliknya ini. Semoga perniagaan anda akan berkembang maju. Dan kepada peminat Fazura, bolehlah pergi melawat House of Doll dan mendapatkan sendiri produk rekaan Fazura bersama Rizman Ruzaini. Tahniah sekali lagi kepada Fazura. Kredit info Berita Harian.

May 22nd, 2012

Abang Nara ialah seorang pengguna Blackberry. Walaupun dihentam teruk oleh rakan-rakan yang menggunakan Android dan iPhone, Abang Nara masih kekal menggunakan Blackberry. Dan kini Abang Nara boleh riak kepada rakan-rakan dengan berkata “Fazura datang launching Blackberry, kau ada?”.

fazura bb

Fazura tampil dengan gaya simple tetapi tetap memukau mata mereka yang memandang. Abang Nara tidaklah tahu sama ada Fazura dilantik menjadi duta Blackberry atau sekadar menghadiri majlis pelancaran tersebut. Apa pun, layankan 10 lagi gambar Nur Fazura dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Blackberry Malaysia.

fazura bb
fazura bb
fazura bb
fazura bb
fazura bb
fazura bb
fazura bb
fazura bb
fazura bb
/>