Written by AbangNara | December 18th, 2013

Izzue Islam menjadi selebriti yang paling banyak dicari menerusi Google sepanjang tahun 2013. Nampak gayanya kekacakan penyanyi dan pelakon ini menjadi kegilaan peminat industri hiburan tanah air Malaysia. Berita perkahwinan Izzue Islam dengan pengurusnya, Awin Nurin sedikit sebanyak menambahkan lagi populariti dan bilangan carian yang dilakukan oleh orang ramai mengenai dirinya.

izzue islam

Si cantik manis Emma Maembong mengungguli tempat kedua sementara ratu kontroversi, Sharifah Sakinah berada di tempat ketiga. Tidak ketinggalan Ashraf Muslim dan Afiq Muiz turut berada di dalam senarai ini kerana kontroversi yang melanda diri masing-masing sepanjang tahun 2013. Senarai penuh di bawah:-

Setia Hujung Nyawa pula mengungguli senarai “Malaysian TV Series”. 2 drama yang ditayangkan di Astro iaitu Adam & Hawa dan Sehangat Asrama turut sama tersenarai. Senarai penuh di bawah:-

Abang Nara juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pembaca BeautifulNara yang melakukan carian menerusi “smartphone” anda sekaligus menyaksikan BeautifulNara berada di kedudukan keempat untuk laman web tempatan. Terima kasih banyak-banyak.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui apakah carian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi Google untuk tahun 2013. Kredit info Amanz.