January 29th, 2020

Baru-baru ini hangat dengan kontroversi mendakwa Pencetus Ummah Abu buat hal lagi dan mempunyai skandal baru ketika isterinya, Hana Azraa kini sedang sarat hamil anak pertama mereka. Biasalah, bila isu melibatkan kes orang ketiga ini memang banyak yang ‘naik angin’ dan mendapat perhatian ramai apatah lagi ini bukan kali pertama pendakwah bebas itu terpalit dengan kontroversi bermain kayu tiga.

Turut memberikan reaksi terhadap isu itu ialah Caprice yang umum mengetahui rajin mengulas isu semasa. Bagaimanapun, dia kali ini tidak memberikan sebarang komen  sebaliknya bertindak keluar dari bilik dan menukar baju yang dipakai kepada jubah putih serta meminta pengikutnya berzikir.

Tak habis-habis nak membahan para ustaz

pu amin caprice sindir pu abu

Tindakan Caprice itu mendapat kritikan daripada seorang lagi pendakwah iaitu Pencetus Ummah Amin yang berkata apa yang dilakukan Caprice boleh dianggap sebagai buli dan menjatuhkan lagi maruah golongan agamawan.

Menurutnya, Caprice bersikap tidak adil dan sentiasa membela rakan-rakan baiknya jika mereka dikecam tetapi setiap perkara berkaitan pendakwah pula pasti akan dikritik.

pu amin caprice

Terdahulu, Caprice meluahkan rasa bengang dan menggelar PU Amin bodoh apabila menegur penyanyi rap MK K-Clique yang dikecam netizen kerana ingin terus memakai perhiasan emas kerana minat meskipun hukumnya haram untuk lelaki Islam.

Sumber Berita : mStar Online

January 25th, 2020

Isu MK daripada kumpulan K-Clique memakai barangan kemas memang cukup hangat diperkatakan netizen. Walaupun sedia maklum adalah haram bagi golongan lelaki memakai emas dalam Islam, dia  tetap “langgar” dan tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang untuknya terus memakai perhiasan tersebut.

caprice pu amin

Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah Amin yang memberikan teguran agak sinis mengenai perkara itu. Tindakan PU Amin nyata membangkitkan rasa bengang penyanyi rap Caprice yang menempelak tindakan pendakwah bebas itu.

Menurut Caprice, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan semula memandangkan MK sudah pun meminta maaf.

caprice pu amin

“Another useless PU.” – Caprice 

caprice pu amin

MK sudah minta maaf

Tidak dinafikan ramai yang marah dan mengecam MK selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mendakwa dirinya memang sengaja “langgar” hukum agama demi minatnya yang suka memakai barang kemas.

Bagaimanapun, MK menyedari apa yang dikatakan itu salah dan  sudah tampil memohon maaf secara terbuka  atas  keterlanjuran katanya itu. Malah, video permohonan maaf itu di muat naik di akaun Instagram Caprice.

Terdahulu, dia tidak mahu menjadi hipokrit disebabkan minatnya terhadap emas. Netizen tidak perlu menghukum dirinya kerana apa yang dilakukannya itu adalah dosa peribadi yang bakal ditanggung olehnya sendiri.