May 10th, 2020

Memulakan kerjaya seninya di Malaysia dan terus melebarkan sayap hingga ke Indonesia, allahyarham Ashraf Sinclair nyata terpijak tuah semasa bertapak di negara jiran tersebut. Bukan sahaja aktif berlakon malahan lelaki itu turut berjinak-jinak dengan pelbagai perniagaan.

Bahkan hasil usaha kerasnya menyebabkan dia mampu untuk meninggalkan sebilangan aset dan juga harta buat isteri Bunga Citra Lestari dan satu-satunya anak kesayangan iaitu Noah Sinclair.

Pelabur syarikat start-up

Dipandukan oleh minat yang mendalam dengan dunia perniagaan ‘start-up’, Ashraf Sinclair berani untuk menggunakan dana peribadinya bagi melabur di beberapa syarikat yang kian meningkat naik. Antaranya ialah syarikat kosmetik Korea, Althea dan juga servis penstriman video iaitu Iflix.

Ini kerana lelaki itu percaya bahawa industri kreatif akan mendapat ‘demand’ yang tinggi di Indonesia lantas menggunakan peluang itu untuk memberikan sokongan bagi menampung modal dan teknologi yang diperlukan.

harta peninggalan ashraf sinclair

Sertai Ventura Partner

Daripada data yang diperolehi di laman web start-up iaitu Crunch Base, nama Ashraf Sinclair turut tersenarai sebagai salah seorang rakan kongsi Ventura dalam projek 500 Startup sejak tahun 2017 lagi.

Selepas dijejaki, 500 Startup dikhabarkan telah melabur dalam beberapa syarikat start-up bertempat di Indonesia seperti BukaLapak, Kudo, Brodo, Hijup dan Kredivo.

harta peninggalan ashraf sinclair

Bulgogi Brothers

Tak cukup dengan itu, pelakon lelaki ini turut menyua tangannya dalam industri makanan dan minuman apabila membuka sebuah restoran hidangan Korea yang dikenali sebagai Bulgogi Brothers pada tahun 2013.

Kalau anda nak tahu, cawangan yang dikemudi oleh Ashraf Sinclair dan isterinya terletak di Lotte Shopping Avenue, Jakarta Selatan merupakan francais pertama restoran tersebut di Indonesia.

harta peninggalan ashraf sinclair

T.G.I Fridays

Allahyarham juga pernah berkongsi bahawa dia pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran francais Amerika yang terkenal di serata dunia iaitu T.G.I Fridays. Siapa sangka daripada pekerja biasa, Ashraf Sinclair kemudiannya membuka satu cawangan restoran tersebut di daerah Kemang, Jakarta Selatan.

Bahkan pelakon itu pernah berkongsi keinginannya yang kuat untuk membuka perniagaan sejak daripada kolej lagi dan nampaknya impiannya tidak tinggal sepi dan berjaya dicapai semasa hayatnya.

harta peninggalan ashraf sinclair

Pokok Sunda

Bukan sahaja berjinak-jinak dengan restoran yang menyajikan makanan daripada luar tahu. Malahan Ashraf Sinclair telah membuka pintu kepada peminat juadah Sunda dengan memulakan bisnes yang diberi nama Pokok Sunda bertempat di Bandar Senayan Jl. Asia Afrika Jakarta Pusat.

Sebenarnya, Bunga ada mendedahkan bahawa dia sangat meminati makanan yang berasal daripada Indonesia tersebut lantas merealisasikan hasratnya itu bersama dengan suami kesayangan untuk membuka sebuah restoran khas makanan Sunda.

harta peninggalan ashraf sinclair

Crossfit Equator

Siapa yang meminati Ashraf Sinclair pasti mengetahui bahawa allahyarham merupakan penggemar aktiviti fizikal. Disebabkan oleh minat yang sudah tepu dalam dirinya, pelakon itu telah memulakan perniagaan Crossfit Equator yang terletak di Jakarta Selatan.

Sebagai satu sukan yang mula mendapat tempat di Indonesia, Ashraf Sinclair telah memilih untuk memberikan fokus kepada aktiviti crossfit di pusat kecergasan tersebut.

Bagi yang tidak biasa, sukan ini mengambil inspirasi daripada aktiviti harian seperti menolak, melempar, menarik, melompat dengan intensiti tinggi. Bukan itu sahaja, latihan sukan ini juga merangkumi pelbagai aktiviti lasak. Antaranya ialah 100 push up, 100 pull up, 100 sit up dan 100 squat.

harta peninggalan ashraf sinclair

Sering membanting tulang demi minat dan keluarga, semoga arwah tenang di sana.

Sumber: Murai

March 23rd, 2020

Tidak pernah berkongsi sebarang muat naik di media sosial sejak pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu, penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari akhirnya meluahkan isi hati di Instagram bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke 37 pada Sabtu lalu.

hari jadi bunga citra lestari

Walaupun menerima pelbagai ucapan sempena hari istimewanya itu, BCL mengakui amat sukar untuk mengembalikan semangat diri dan menerima hakikat suaminya sudah meninggal dunia.

“Ini bukan perjalanan yang mudah” – BCL

bunga citra lestari masih bersedih kehilangan suami

Meskipun belum kuat meneruskan kehidupan, namun, sempena ulang tahun kelahirannya dia ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat semua orang yang terus memberikannya kata semangat, doa serta sokongan selama ini.

Dia juga meluahkan rasa syukur mempunyai keluarga, sahabat dan peminat yang menyayangi dirinya.

bunga citra lestari masih bersedih kehilangan suami

Terdahulu, dunia hiburan tempatan dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian Ashraf akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

March 5th, 2020

Tidak mudah untuk menerima pemergian orang tersayang, ibarat separuh jiwa sudah pergi. Begitulah juga yang dirasakan oleh Bunga Citra Lestari saat kehilangan suami tercinta, arwah Ashraf Sinclair.

indonesian idol dikecam netizen

Setelah hampir dua minggu selepas arwah suaminya meninggal dunia, BCL membuat keputusan untuk kembali meneruskan kerjayanya dan menggalas tugas sebagai juri Indonesian Idol. Ketika rancangan Result & Reunion Show Indonesian Idol X di Studio RCTI, Jakarta Barat, BCL tidak dapat menahan sebak dan rasa sedihnya saat mendengar lagu terbaru dendangan Judika yang berjudul ‘Tak Mungkin Bersama’.

Video dan gambarnya menangis teresak-esak viral di media sosial dan turut meruntun jiwa sesiapa sahaja melihatnya. Dapat terasa kesedihan serta keperitan yang ditanggung oleh BCL.

bcl menangis

Kasihan Bunga, air mata belum kering ditambah lagi duka

indonesian idol dikecam netizen

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen termasuk rakan artis Agnes Monica mengecam tindakan pihak produksi yang seakan menjual kedukaan penyanyi itu untuk menaikkan ‘rating’ rancangan tersebut.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa pihak produksi rancangan tersebut meminta Judika menyanyikan lagu yang sangat menyentuh hati itu yang hanya menambahkan lagi kesedihan BCL.

indonesian idol dikecam netizen bunga citra lestari menangis indonesian idol indonesian idol dikecam netizen bunga citra lestari menangis indonesian idol bunga citra lestari menangis indonesian idol

Benar apa yang disuarakan oleh netizen, ketika ini sepatutnya orang ramai menghormati perasaan BCL. Janganlah terus “membunuh” jiwa dan menambahkan rasa sedih dalam hatinya.

March 4th, 2020

Berita pemergian beberapa orang rakan selebriti sejak kebelakangan ini memberi kesan yang begitu dalam bukan sahaja kepada orang ramai tetapi buat rakan-rakan artis yang lain termasuklah juga Elfira Loy.

elfira loy rayyan

Elfira meluahkan perasaan bahawa dia turut terbayang andai dirinya berada di tempat balu arwah Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari, bagaimana jika perkara yang sama berlaku kepadanya. Dia belum bersedia untuk menghadapi ujian seperti yang dilalui oleh BCL.

Selepas kematian Ashraf, saya selalu memikirkan ujian yang dihadapi BCL, saya fikir macam mana jika saya yang harus lalui perkara itu. Setakat ini, dalam kehidupan saya, semua orang tersayang masih ada, jadi saya belum rasa kedukaan berhadapan kematian insan yang dekat dengan saya.

elfira loy

Saya doakan yang terbaik untuk BCL, saya juga harap agar perkara itu tidak berlaku kepada saya sekarang kerana belum sedia untuk menghadapinya.

Semua orang akan diuji Tuhan dan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang sememangnya tidak mudah dan membuatkan jiwa rapuh. Namun, semua orang akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini dan itulah hakikat kehidupan. Sesakit mana pun jiwa, kita harus belajar untuk bertahan dan menjadi lebih matang.

Sumber Berita : Astro Gempak