June 2nd, 2020

Meskipun berbeza menyambut Aidilfitri tanpa kelibat arwah suami di sisi, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari meraikan perayaan itu dalam keadaan norma baharu susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa di Indonesia.

sambutan aidilfitri bcl

Mengakui kemeriah tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini, namun tradisi yang dilakukan ketika arwah masih hidup tetap diteruskan Bunga sebagai tanda menghargai jasa suaminya.

Kongsi Bunga di laman YouTube, malam sebelum meraikan sambutan itu, mereka sekeluarga mengambil kesempatan membacakan surah Yasin buat arwah.

“Kami tidak lepaskan malam itu tanpa takbir seperti kamu lakukan malam tahun lalu.”

sambutan aidilfitri bcl

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan Ashraf pada tahun lalu namun sedikit berbeza susulan pandemik ini mereka bertakbir secara dalam talian bersama seorang ustaz.

Tambah Bunga, lebaran ini cukup indah buat dirinya dan cahaya mata, Noah kerana mereka sempat menyiapkan juadah raya seperti tahun sebelum ini.

“Saya jaga tradisi ini untuk Noah biasa dengan kehidupan baharu ini.”

Video yang dimuat naik itu turut mengimbau kembali kenangan meraikan Aidilfitri bersama Allahyarham pada tahun lalu.

View this post on Instagram

When we have each other, we have everything ❤️.. Eid Mubarak!

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Ujar Bunga, walaupun kini orang ramai bagaikan sedang berdepan ujian dan dugaan, beliau dikhabarkan masih bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyambut perayaan ini bersama insan tersayang.

Kata Bunga lagi, meskipun ketiadaan Ashraf di sisi namun jiwanya sentiasa ada bersama dengannya, malah tidak putus mendoakan Ashraf sebagai tanda rasa cinta buat pemergian arwah suami.

sambutan aidilfitri bcl

Terdahulu, Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2008.

Namun, pada tanggal 18 Februari 2020, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Sumber: YouTube (IT’S ME BCL)

Advertisement
February 2nd, 2016

Sejak mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari, pelakon Ashraf Sinclair mulakan kehidupan baharu di Indonesia  serta aktif dalam bidang lakonan di negara tersebut. Ashraf sering tampil dalam sinetron dan mempunyai kesempatan bergandingan dengan beberapa pelakon popular disana.

Walaubagaimanapun, Ashraf tetap rindu untuk berlakon di Malaysia dan kini sedang mengintai peluang untuk membintangi filem tempatan kerana kualiti sesebuah naskah itu lebih baik berbanding sebelumnya.

Saya berminat untuk kembali membintangi filem-filem tempatan kerana  banyak perkembangan terbaru dalam industri filem Malaysia.

Lebih-lebih lagi saya lihat anak muda di Malaysia mempunyai idea-idea yang cukup bagus. Saya sendiri sangat teruja melihat hasil-hasil kerja pembikin filem tempatan.

Pada masa yang sama, Ashraf mengakui beliau sudah penat berlakon didalam sinetron kerana jadual penggambaran yang cukup lama sehingga membataskan masa beliau bersama keluarga tercinta.

Berlakon dalam Sinetron sungguh memenatkan kerana jadual penggambaran yang cukup lama sehingga jarang berjumpa keluarga. Rasanya saya sudah berlakon hampir 700 episod Sinetron setakat ini.

Apabila saya berada di set penggambaran banyak perkara yang saya tidak terlepas atau tidak dapat buat. Terutamanya untuk bertemu keluarga dan perniagaan saya. Mungkin pertengahan tahun ini saya tidak mahu terlalu terlibat dengan Sinetron dan fokus pada filem pula.

Bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri dimana kita sudah tahu setiap “isi” kehidupan. Tidak dapat dinafikan kalau berlakon sinetron Indonesia ini memang panjang sungguh cerita mereka, tetapi kalau anda perasaan jalan cerita hampir sama juga..

Sumber Berita: Astro Awani

Advertisement
July 8th, 2015

Jika sebelum ini Bunga Citra Lestari dihimpit kontroversi kerana berbikini seksi sewaktu bercuti kini penyanyi popular Indonesia itu didakwa tidak berpuasa di bulan Ramadhan, apabila beliau memuat naik sebuah foto di Instagram beberapa hari lalu sambil memegang botol minuman di siang hari.

Bunga  memegang botol tersebut di hadapan sebuah vending machine ketika bercuti di Tokyo, Jepun bersama suami Ashraf Sinclair dan anak mereka Noah.

Ramai pengikut beliau memberikan komen yang agak negatif dan mendakwa Bunga Citra Lestari tidak berpuasa  dan ada yang menganggap Bunga hanya membeli air itu untuk anaknya atau mungkin beliau tidak puasa kerana datang bulan.

Maaf kami katakan tetapi tidak semua selebriti beragama Islam di Indonesia mengamalkan ajaran Islam yang betul, ada yang sanggup murtad dan sebagainya. Namun, kami tidak menuduh Bunga Citra Lestari tetapi sebagai artis anda haruslah berfikir logik untuk tidak memuat naik foto sebegitu yang boleh mengundang prasangka lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.

Sumber Berita: Murai

Advertisement