January 29th, 2011

fasha sandha

Buat anda yang tak faham, biar Abang Nara ceritakan kronologi kisah ini.

1. Fasha Sandha bagitau yang dia ada buat laporan polis tentang SMS yang ingin mencederakannya daripada perempuan itu. Sila baca entri ini untuk laporan lanjut.

2. Wartawan 999, Mazidul dan Hazrey melaporkan yang tiada laporan polis di atas nama Fasha Sandha telah dilakukan. Hazrey melakukan follow up laporan tersebut di Bukit Aman.

3. Fasha bengang kerana dikatakan menipu membuat laporan polis. Rupanya laporan tersebut di buat pada tahun 2008 manakala Hazrey melakukan pemeriksaan untuk tahun 2010 dan 2011.

4. Fasha tweet gambar laporan polis di bawah.

laporan polis fasha sandha

Kesimpulannya laporan polis oleh Fasha Sandha dibuat pada tahun 2008. Sebab itulah wartawan Hazrey tidak dapat mengesan laporan yang dibuat atas nama Fasha Sandha. Persoalannya kenapa lama sangat pihak polis nak selesaikan laporan kes Fasha Sandha ini? Dah 3 tahun dah nie.

Moga-moga dengan penjelasan daripada Fasha Sandha, tiada lagi orang yang buruk sangka dan menganggap Fasha Sandha hanya mereka-reka cerita.

January 27th, 2011

fasha sandha

Hari ini Fasha Sandha sudah mula mengeluarkan bukti-bukti SMS, BBM dan phone call di Twitternya. Nampaknya Fasha beria benar nak menunjukkan bahawa dia dan Jejai hanya clash pada 18 Januari yang lalu. Bukan 2 bulan sebelum ini seperti yang dikatakan oleh Nora Danish.

fasha sandha

Pendapat kami, bagus jugak Fasha buat macam ini. Walaupun nampak macam agak kebudakan, mungkin dengan cara sebegini, orang takkan pandang rendah atau ingat Fasha propa lebih. Tak gitu?

fasha sandha

Kredit gambar kepada RotiKaya.