July 10th, 2012

Hari Sabtu yang lepas, Abang Nara telah pergi ke Pavilion untuk melihat promosi pembelian Blackberry Curve 9320 oleh Celcom. Abang Nara sampai kira-kira jam 10.10 pagi dan orang ramai telah berbaris panjang yang amat. Mana taknya, Blackberry Curve 9320 yang berharga RM799 boleh didapati dengan harga serendah RM118.

curve

Dan ini adalah wajah pembeli pertama Blackberry Curve 9320 yang khabarnya telah beratur sejak jam 8 pagi. Dia berjaya mendapatkan smartphone ini dengan harga RM88 sahaja. Memang bertuah sungguh.

curve

Kepada anda yang tidak sempat hadir ke Blue Cube Pavilion Sabtu lepas, anda masih berpeluang untuk menjadikan Blackberry Curve 9320 ini milik anda. Dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh Celcom, smartphone ini boleh berada di tangan anda dengan harga serendah RM388 sahaja.

curve

Kontrak pun hanya untuk jangka masa setahun jadi bagi mereka yang tidak berapa suka diikat lama-lama, inilah peluang anda. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, Abang Nara memang pengguna Celcom. Selain daripada coverage yang meluas, Abang Nara sukakan Celcom kerana tiada hidden charges yang mengarut seperti telco-telco lain.

curve

Sila dapatkan Blackberry Curve 9320 yang mempunyai dedicated butang untuk BBM di Blue Cube, Celcom Branch atau dealer rasmi berhampiran anda. Hanya RM388 sahaja sekiranya anda memilih pakej yang paling tinggi. More info tentang ini sila layari www.celcom.com.my/smartphones.

July 6th, 2012

Gila. Memang gila sungguh promosi daripada Celcom ini. Sukar nak dipercayai tetapi itulah kenyataannya. Sempena dengan pelancaran BlackBerry Curve 9320, Celcom menawarkannya dengan harga serendah RM118 kepada pelanggan-pelanggannya. Abang Nara dah teruja tahap gaban dah nie.

blackberry curve 9320

Retail price untuk BlackBerry Curve 9320 ini ialah RM779 tetapi sekiranya anda menjadi 100 pelanggan terawal di Blue Cube Pavilion atau 50 pelanggan terawal di Blue Cube 1Borneo, Sabah dan Blue Cube Spring Mall, Sarawak, anda layak mendapatkannya dengan harga RM118 sahaja. Tambah menarik, 5 pelanggan bertuah di setiap Blue Cube boleh membeli BlackBerry Curve 9320 ini dengan harga RM88 sahaja. Serius best kan?

blackberry curve 9320

Namun sekiranya anda tidak mampu untuk beratur seawal jam 10 pagi di ketiga-tiga Blue Cube ini, jangan risau kerana Celcom turut menawarkan BlackBerry Curve 9320 dengan harga yang istimewa. Hanya dengan serendah RM388, Blackberry yang mempunyai butang BBM ini boleh menjadi milik anda. Pastikan anda tidak terlewat untuk ke Blue Cube yang Abang Nara tulis di atas. Blue Cube ini akan ditutup selewat jam 10 malam.

blackberry curve 9320

Di atas ialah plan-plan daripada Celcom untuk Blackberry Curve 9320 ini. Tengok baik-baik sebelum membuat keputusan. Yang penting anda tak perlu risau tentang coverage kerana Celcom mempunyai the best coverage in Malaysia. Abang Nara dah guna Celcom sejak 4 tahun yang lepas dan memang sangat berpuas hati. More info tentang Blackberry Curve 9320 sila layari www.celcom.com.my/smartphones.