Written by serenity | February 26th, 2018

Neelofa di bawah jenama tudung miliknya Naelofar Hijab hari ini melancarkan koleksi terbaru iaitu #BeLofa. Bagaimanapun pelancaran tudung itu menarik minat Netizen kerana diadakan di sebuah kelab malam.

Majlis itu juga ialah majlis menyambut ulangtahun kelahiran Neelofa yang ke 29.

Neelofa telah disolek dengan alat solek Lancome oleh jurusolek Bosco.

Bagaimanapun terdapat Netizen yang mempersoalkan pelancaran tudung itu di kelab malam terkemuka tersebut.


Mengadakan majlis dengan menyewa keseluruhan lokasi kelab bukan perkara asing, pasti ia hanya majlis santai yang biasa, cuma diadakan di lokasi tersebut mungkin untuk menimbulkan ambiance yang bersesuaian dengan tema tudung terbaru keluaran Neelofa.

Namun begitu kesesuaiannya masih boleh dipersoalkan. Tak gitu? Lagi gambar Neelofa dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 
Written by serenity | December 27th, 2017

Perkahwinan rahsia antara pemuzik Gegar Vaganza, Ude Wahid, 29, dengan pelakon, Izreen Azminda, 32, kini sudah tidak rahsia lagi. Sejak ia didedahkan oleh isteri pertama Ude Wahid, pasangan ini menerima kecaman Netizen sehinggakan mereka berdua terpaksa mematikan fungsi komen di akaun Instagram masing-masing.Terbaru, Ude dan Izreen telah mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anak Ude bersama isteri pertama, Intan Liana Azman, 32, iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Mushri, 1. Khabarnya, Izreen telah menempah dua kek untuk meraikan dua adik-beradik itu di kediamannya. Bagaimanapun, sambutan yang turut melibatkan ibu Ude itu tidak melibatkan Intan Liana. Dalam kapsyen yang ditulis, Izreen mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya kerana sudi datang makan nasi ayam bungkus di rumahnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 3rd, 2017

Anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana mempunyai pengikut tersendiri kerana kecomelan dan kepetahannya berkata-kata walaupun baru berusia tiga tahun. Pada usia semuda ini juga Aaisyah ialah seorang aktres dan model. 

Pada 1 November lepas, Aaisyah telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ketiga di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Ianya disambut serba mewah dan dihadiri saudara mara serta rakan terdekat Rozita dan Zain.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 2nd, 2016

Semalam,kelab peminat Mira Filzah yang dipanggil Miracle FC telah menganjurkan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Mira yang ke-23. Majlis ini diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Mira mula mendapat tempat di hati peminat apabila fotonya mengenakan seragam Kastam tersebar di Internet sewaktu berlakon dalam sebuah drama.


 photo 12917792_233047810383285_362210464_n.jpg

Populariti Mira Filzah kian meningkat setelah membintangi slot drama Akasia Cinta Si Wedding Planner di TV3 bergandingan dengan Adi Putra. Seorang yang berjaya dalam pelajaran serta personaliti Mira yang enggan bersentuhan dengan pelakon lelaki dalam drama menyebabkan dia disenangi peminat.

Lagi 63 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Kaki5Photo.

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016