Written by serenity | November 25th, 2015

Nama Siti Nordiana kembali menjadi hangat setelah menyertai progam Gegar Vaganza 2. Persembahan Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana yang mantap minggu demi minggu menyemarakkan minat peminat terdahulu dan membolehkannya meraih sejumlah peminat baru.

Pada 23 November lepas, Siti Nordiana Fan Club telah menganjurkan satu kejutan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nana yang ke 31, iaitu selepas berlangsung konsert Gegar Vaganza 2 minggu keenam di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor. Untuk makluman, tarikh ulangtahun kelahiran Nana ialah 22 November. photo IMG_5913.jpgAntara selebriti yang turut hadir untuk memeriahkan majlis ini ialah Zul Yahya, Noorkhiriah, Azza Elite, Nubhan, Erry Putra dan pengarah Michael Ang. Menangis tengok ada banyak kek cantik-cantik dan nampak sedap yang dihadiahkan peminat buat Nana. Video kejutan sewaktu majlis boleh disaksikan di bawah.

Kredit gambar kepada #TeamSitiNordiana dan Instaqleeqs.

Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

http://redtix.airasia.com/Events/konsertkoirkebangsaanmalaysia/

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 17 November 2015