Written by Bella | July 22nd, 2016

Raja Afiq nama yang sudah mula mendapat perhatian wanita-wanita selepas membintangi drama yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu Sayangku Kapten Mukhriz.

Namun, maaf kami katakan Raja Afiq sebelum ini telah mendedahkan hatinya sudah dimiliki oleh bekas kekasih Sharnaaz Ahmad iaitu Anis Al Idrus.

Malah, Anis juga menerusi portal Berita Harian mengesahkan beliau sedang bercinta dengan Raja Afiq.

Anis pada masa yang sama memberitahu beliau tidak pernah serik untuk menjalinkan hubungan istimewa bersama artis.

Anis dan Raja Afiq mula rapat sekitar Ramadan lalu selepas sama-sama terbabit dalam beberapa acara anjuran TV3.

Ya, dia kekasih saya. Serik atau tidak bercinta dengan artis itu bukan persoalan. Apa yang terjadi antara saya dan dia tidak dirancang. Kisah lama saya juga sudah terpadam dan tidak perlu diungkit lagi.

Buat Anis, Raja Afiq seorang yang sangat matang walaupun usianya agak muda dan berbudi bahasa orangnya.

Walaupun umurnya masih muda, namun perangai dan kelakuannya sangat matang.

Kami mendoakan agar hubungan pasangan ini boleh berkekalan sehingga jinjang pelamin. InshaAllah. Seorang cantik seorang lagi agak kacak, memang sepadan dah tu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | July 19th, 2016

Memang sempoi dan jantan sungguh Raja Afiq ini. Selalunya selebriti zaman sekarang bila ditanya bercinta atau tidak, seboleh-bolehnya tak nak buat pengakuan apa-apa. Namun bukan Raja Afiq yang membawa watak hero di dalam drama Sayangku Kapten Muhkriz. Raja Afiq dengan keyakinan seorang kapten mengakui bahawa dirinya kini sedang hangat bercinta dengan Anis Al Idrus.

raja afiq dan anis al idrus

Untuk makluman, Anis Al Idrus satu ketika dahulu dilaporkan pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Nampaknya Anis sudah menjumpai pengganti di dalam kesasaan dan ketampanan Raja Afiq. Kata Raja Afiq tentang hubungan mereka:-

Alhamdulillah, saya dan Anis dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing dan bolehlah dikatakan kami sedang bercinta. Kami berkenalan ketika saya menjadi duta Syukur Selalu pada Ramadan lalu dan dia (Anis) juga rajin menghadiri majlis-majlis anjuran TV3.

Saya senang bersama dia kerana sikapnya yang sering merendah diri walaupun lebih berpengalaman dalam industri. Lagi pula, dia juga tidak terlalu cerewet dan sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga seorang artis.

Saya seorang yang tidak suka hubungan yang lama dan jika masing-masing bersedia dan keluarga juga mengizinkan apa salahnya teruskan sahaja. Lagi pula saya tidak kisah tentang jarak umur kerana saya memang suka wanita lebih tua dan matang berbanding wanita muda. Insya-Allah, selepas dia balik bercuti saya akan bawa dia bertemu keluarga saya terlebih dahulu

raja afiq dan anis al idrus

Lelaki seperti Raja Afiq inilah baru dikatakan lelaki sejati. Buat apa nak malu mengaku sedang bercinta semata-mata kerana takut populariti jatuh. Kalau lakonan hebat dan berbakat, orang tak pandang sama ada single, taken or married. Tak gitu? Apa pun semoga hubungan percintaan Raja Afiq dan Anis Al Idrus akan berakhir di jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan.

P.S: Pengguna LRT laluan Ampang mengamuk