April 16th, 2016

Sepanjang minggu ini, “perang” antara pelakon utama Tundukkan Playboy Itu iaitu Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi menjadi viral di media sosial.

Isu itu menjadi panas apabila Uqasha menerusi akaun Twitter beliau menyindir kenyataan Hafidz mengenai tunangnya yang cemburu akan kemesraan mereka berdua ketika berlakon. Buat Uqasha, sikap itu agak kebudak-budakan sedangkan mereka hanya berlakon sahaja dan tidak mempunyai sebarang hubungan.

Malah, Hafidz juga ada membalas kenyataan Uqasha dan meminta agar aktres itu bersemuka dengan beliau jika ada memendam rasa tidak puas hati.

Mulai saat itu, ada sesetengah netizen yang menganggap Uqasha agak keterlaluan dalam menegur dan beliau lah yang harus dipersalahkan.

Tidak mahu terus berada di pihak yang salah, Uqasha menjelaskan sikap tidak matang Hafidz adalah punca sebenar perkara itu berpanjangan.

Saya hairan kenapa orang hanya nampak seperti saya yang menjadi punca kontroversi itu, hanya berdasarkan satu status saya muat naik. Sedangkan selepas itu dia (Hafidz) memuat naik tiga status berbeza di laman sosialnya dengan ayat yang agak kasar bunyinya.

Dia sepatutnya lebih matang dalam menangani situasi ini. Pada saya, tidak perlu rasanya untuk dia memberitahu mengenai perasaan cemburu tunangnya itu kepada khalayak. Ia akan lebih merumitkan keadaan dan mencalarkan reputasi tunangnya sendiri.

Mengetahui kontroversi antara mereka sudah semakin panas, Uqasha ada cuba menghubungi Hafidz untuk menyelesaikan masalah mereka, tetapi usaha beliau gagal kerana Hafidz tidak menjawab sebarang mesej yang dikirim ataupun menjawab panggilan telefon daripada Uqasha.

Kalau boleh saya tidak mahu kontroversi ini berpanjangan dan ingin menyelesaikannya secepat mungkin. Saya pernah cuba menghubunginya namun panggilan telefon tidak berjawab dan mesej yang dihantar tidak berbalas. Iyalah, saya pun nak tahu juga apa puncanya sehingga berlaku perkara seperti ini.

Dasyat juga masalah antara Uqasha dan Hafidz, malah kedua-duanya telah memadam foto mereka bersama daripada Instagram masing-masing. Kalau salah seorang sudah mengalah dan cuba selesaikan masalah, apa salahnya untuk bertolak ansur bukan? Benda boleh settle..

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
April 13th, 2016

Woah, nampaknya salah faham antara Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi semakin menjadi-jadi.  Mereka nampaknya saling berbalas kenyataan.

Semalam, Hafidz ada memuat naik kapsyen yang meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap tweet Uqasha.

Menurut Hafidz, jika Uqasha tidak berpuas hati mereka boleh bertemu empat mata untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara baik.

Hafidz juga tidak risau beliau diburukkan oleh Uqasha dan akan membalas keburukan yang beliau lakukan.

Membaca kenyataan Hafidz itu, Uqasha menyifatkan Hafidz seorang yang lebih biadap.

Erm, tidak perlulah saling berbalas kenyataan, nanti anda berdua juga yang akan dikritik bergaduh seperti budak-budak. Cuba untuk berjumpa dan  luahkan rasa tidak puas hati masing-masing . Selepas itu cari jalan untuk selesaikan masalah ini dengan berfikiran lebih matang agar ia tidak berpanjangan.

Advertisement
November 12th, 2013

Sejak memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat secara terbuka mengkritik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Keterbukaan atau kelantangan Khairy dalam mengkritik menyebabkan ada golongan vetaran yang terasa dengan sikapnya.  Datuk Jamal Nasir, bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM mendakwa beliau terguris apabila ada pihak, apa lagi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan induk itu.

Sebagai kenyataan balas, kata Khairy secara sinis ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam:-

Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur.

Kenyataan Khairy itu bagaimanapun mendapat perhatian dari penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dalam satu tweet beberapa jam tadi, Siti telah menulis:-
 photo tweetct.png
Tweet Siti telah mendapat maklumbalas ramai pengguna Twitter. Ada yang menyokong, malah ada yang membantah Siti membuat kenyataan berunsur politik, namun Siti mendakwa tweetnya bukan berkait politik, tetapi hanyalah teguran kepada orang lain untuk menghormati seseorang yang lebih tua.
 photo 892fb939bf89f409cf129ab028472cae.jpegSememangnya tidak disangka Siti menegur kelakuan seorang menteri, tetapi jika ia benar, tidak ada salahnya bukan?

Apa pendapat anda?


Jangan lupa menonton Planet Joget Zon Utara malam ini jam 9.00 malam di TV1! Saksikan pertempuran hangat mereka. Siapakah bakal mara bagi mendapat hadiah utama berjumlah RM 100,000? Tonton hingga akhir!

Advertisement
February 1st, 2013

Kalau semalam ND lala menerusi Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan agar Sharnaaz Ahmad,pelakon yang dikaitkan sedang bercinta dengan anaknya Shila Amzah tidak biadap dan menghormatinya dan isteri sebagai ibu bapa Shila, Sharnaaz melalui portal Murai telah membalas kenyataan tersebut:-

Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.

Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.

Isu ini mula timbul apabila Sharnaaz mengumumkan Shila sebagai bakal isterinya di media maka dengan sebab itu mengakui dia mengongkong Shila. Tambah Sharnaaz lagi:-

Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.

Sharnaaz turut menyatakan yang keputusan untuk berkahwin di tangan Shila, bukan di tangan bapanya:-

Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?

Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.

Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri.

Makin hangat nampaknya situasi ini apabila Sharnaaz memberikan komen sebegini. Cuma mungkin, cara Sharnaaz ini akan menyebabkan ketegangan yang lebis serius antara dia dan bapa Shila.

Orang kata, ambil hati orang tuanya dulu, kalau hendak pinang anaknya. Bukan begitu?

Advertisement