December 11th, 2017

Kenyataan Raf Yaakob yang berbunyi “ Apa guna bertudung kalau hati hitam” mengundang kecaman netizen minggu lalu. Meskipun Raf berkata jangan mudah menghakimi orang dari luaran tetapi beliau juga sebenarnya sedang menghakimi seseorang serta menyentuh isu yang agak sensitif berkaitan pemakaian tudung.

Sedar ia sudah menjadi isu yang agak besar, Raf menerusi Insta Stories di akaun Instagramnya telah membuat permohon maaf secara terbuka. Raf akui beliau sudah terlanjur dalam berkata-kata dan menyinggung hati ramai pihak.

Baguslah kalau Raf berani untuk mengakui kesalahan beliau dan tidak malu untuk meminta maaf kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Harapnya selepas ini Raf tidak lagi terlalu mengikut perasaan marah dan memuat naik kenyataan sensitif di media sosial.

December 8th, 2017

Baru-baru ini, Mawar Rashid menerima kecaman yang hebat gara-gara video menari beliau di majlis resepsi perkahwinan bersama Raf Yaakob mula viral di media sosial. Mawar dan Raf bagaimanapun memberitahu mereka tidak kisah dengan komen negatif yang dilemparkan kerana tarian itu tidak mengandungi unsur seksual.

Terbaru, Raf menerusi akaun Instagramnya membuat satu kenyataan mengenai sikap netizen yang suka mencari kesalahan dan mempertikaikan pemakaian tudung seseorang sedangkan mereka sebenarnya mempunyai hati yang hitam.

Apa yang dikatakan Raf itu sekali lagi mengundang kecaman netizen yang rata-rata tidak berpuas hati apabila Raf membangkitkan isu sensitif melibatkan mereka yang bertudung. Netizen berpendapat Raf juga seorang yang mudah melenting dan tidak boleh ditegur.

Jika benar Raf marah dengan sesetengah pihak yang sering mengecam beliau dan Mawar, tidak perlulah sehingga tahap menyentuh sesuatu perkara sensitif terutama sekali bab menutup aurat dan luaran orang lain. Pada masa yang sama Raf juga tidak sedar beliau juga sedang “judge” orang lain.

January 14th, 2016

Pelakon Sara Ali mula dikenali melalui lakonannya dalam filem Songlap beberapa tahun lepas. Selama ini memaparkan imej ranggi, penampilan terbaru Sara seperti gambar yang dimuat naik ke akaun Instagramnya memaparkan beliau mengenakan hijab.


 photo 12424878_1554209358237098_849206367_n.jpg
 photo 1515359_452017974994132_2120207146_n.jpg
Walaupun Sara tidak menyatakan secara terus terang, ramai peminat mengharapkan ia satu penghijrahan berkekalan Sara. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada Sara dengan penampilan terbaru itu.

Melihatkan personaliti Sara yang berterus-terang dan tegas selama ini, kami merasakan ini ialah satu perubahan yang berkekalan oleh Sara.

Sekiranya benar Sara sudah mengenakan hijab, harap Sara akan terus Istiqamah dengan keputusannya dan doakan yang terbaik buat Sara.

July 3rd, 2015

Setelah memuat naik beberapa foto beliau bertudung ke akaun Instagram,  timbul spekulasi yang mengatakan aktres yang terkenal dengan watak antagonis, Raja Ilya kini sudah berhijab. Namun, menerusi portal Harian Metro hari ini, beliau mengakui sudah bersedia untuk berhijrah tetapi buat masa ini beliau masih lagi terikat dengan beberapa kontrak lakonan.

Gambar saya berhijab itu diambil daripada dua babak telefilem. Namun saya tidak sangka ia akan mengelirukan peminat pula. Ramai peminat dan pengikut saya di Instagram ingin tahu kebenaran sama ada sudah pun berhijab atau pun sebaliknya.

Justeru saya berharap semuanya sudah pun jelas menerusi kenyataan ini. Sebenarnya saya memang sudah bersedia untuk bertudung sekarang, tetapi buat masa ini saya masih terikat dengan kontrak berlakon filem Tamil dan projek di luar negara.

Raja Ilya turut menaruh harapan agar peminat beliau di luar sana berdoa agar beliau segera berhijrah dan mengenakan hijab.

InshaAllah, niat yang baik pasti akan dipermudahkan sama-sama kita doakan agar Raja Ilya diberkati oleh Allah SWT dan menjadi muslimah yang sejati satu hari nanti.

Sumber Berita: Harian Metro