Written by serenity | December 3rd, 2017

Rasanya ramai mengetahui tentang percintaan pengacara kacak Hefny Sahad, 30, dengan pelakon jelita, Uqasha Senrose, 25. Kepada Mingguan Malaysia, Hefny memberitahu yang dia serius mengenai perhubungan dengan Uqasha, dan merancang untuk bernikah dengan Uqasha hujung tahun hadapan.

Hefny memberitahu keluarga mereka berdua merestui perhubungan itu dan Hefny ingin menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan diri sebagai bakal suami dan ketua keluarga:

Kami sudah berbincang tentang itu (berkahwin). Insya-Allah jika tak ada halangan dan dengan rezeki Allah SWT untuk mempermudahkan se­gala-galanya, saya berharap agar urusan membina masjid bersama Uqasha ini berjalan lancar seperti dirancang bersama pada hujung tahun depan. Saya memang mahu memperisterikan dia dalam waktu segera tetapi kami perlukan masa untuk membuat persiapan.

Persediaan dari segi persediaan mental, me­ngukuhkan kewangan sedia ada dan mendalami lagi ilmu agama dalam diri sendiri, sebelum saya menjadi ketua keluarga itu sangat pen­ting.

Hefny juga memberitahu tidak akan merahsiakan pernikahannya dan berjanji akan berkongsi kepada umum apabila tiba masanya:

Yang perlu dirahsiakan di sini adalah majlis pertuna­ngan, bukannya majlis pernikahan. Sebab utamanya terlalu banyak cabaran untuk orang bertunang maka ia dibolehkan untuk dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Pun begitu, semuanya terpulang kepada individu berkenaan.

Saya memilih untuk ber­kongsi kepada umum apabila sampai masanya, itu janji saya. Benda yang baik, takkanlah saya nak berahsia asalkan kita tidak melanggar undang-undang dan norma masyarakat orang Melayu.

Walaupun Uqasha terbabit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, ibu bapa Uqasha memberi sokongan dan pilihannya kerana peranan Hefny memimpin Uqasha menjadi isteri solehah dan memastikan keharmonian rumahtangga adalah penting.- beautifulnara.com

Written by serenity | November 9th, 2017

Setelah dua tahun bercinta dengan seorang wanita dari Maghribi bernama Sanaa Jaffer, pelakon Idris Khan, 30, memberitahu bakal berkahwin dengan Sanaa bulan depan.

Bagaimanapun, Idris atau nama sebenarnya, Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan tidak mendedahkan tarikh sebenar tarikh pernikahannya. Idris memberitahu BH Online:

InsyaAllah, kami akan melangkah ke jenjang pelamin bulan depan. Januari depan genap dua tahun saya mengenali Sanaa dan sepanjang mendekatinya, saya lihat dia memenuhi ciri yang saya cari sebagai suri hidup.

Saya selesa dengannya kerana Sanaa memahami apa yang saya lakukan. Tidak mudah untuk mereka yang berada di luar lingkungan dunia hiburan memahami insan seni, tetapi bakal isteri pula sebaliknya.

Dia sudah mula faham cara kerja saya, malah boleh membiasakan diri dengan persekitaran kerjaya yang tidak menentu masa. Saya berharap perancangan kami ke arah yang lebih baik itu akan dipermudahkan.

 

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 30th, 2017

Kamal Adli dan Emma Maembong telah lama bercinta tetapi sehingga kini mereka berdua masih belum membawa perhubungan itu ke peringkat seterusnya. Baru-baru ini Kamal telah menjuarai pertandingan Super Spontan 2017 yang memberi wang hadiah kemenangan berjumlah RM 100,000.

Sehubungan itu, timbul tanda tanya sama ada Kamal akan melamar Emma memandangkan dia telah pun memenangi hadiah wang yang banyak. Kalau setakat nak buat kenduri kahwin tu, tak ada masalah rasanya dengan wang sebanyak itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 19th, 2017

Nama Syahir Zawawi, 29, kembali meniti bibir peminat hiburan tempatan apabila juara Akademi Fantasia (AF) kelapan itu menyertai AF Megastar 2017. Sedang menjalankan persiapan ke finale pertandingan itu, nama Shahir yang sebelum ini digembar-gemburkan sedang bercinta dengan pelakon popular Erra Fazira kini disebut sebagai kekasih kepada seorang pramugari Firefly, Mona Syamimi Samsudin.

Gambar-gambar Mona dan Shahir beserta status yang dtulis Mona dihantar kepada BeautifulNara oleh seseorang yang mendakwa Mona ialah teman wanita baru Shahir. Mona beberapa kali memuat naik gambar Shahir dengannya bersama kapsyen yang membayangkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jom meriahkan Festival Tari Malaysia 2017 dan saksikan 15 kumpulan berentap dalam 3 kategori: Tradisional, Moden & Rampaian Tradisional. Kumpulan manakah yang bakal mengungguli setiap kategori? FESTIVAL TARI MALAYSIA 2017 pada 20 & 21 Oktober 2017 (8.30 malam) di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masuk adalah PERCUMA. Dapatkan pas masuk dengan menghubungi 03-2614 8200 / 8315 / 8262 / 8265 #jkkn #mysenibudaya #festari2017 #festivaltarimalaysia