April 8th, 2016

Pelawak popular Mr Os telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang tadi di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Berita pemergian Mr Os disahkan sendiri oleh anak kelima beliau Hafizul Mohd Yusof. Menurut Hafizul, bapanya dirawat di hospital berkenaan sejak hari Isnin lepas kerana sesak nafas.

Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi. Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Allahyarham sudah setahun menderita daripada penyakit berkenaan dan pernah menjalani pembedahan sekitar bulan Mac 2015 akibat pendarahan tonsil.

Antara pesanan terakhir arwah ialah beliau mahu anak-anaknya sentiasa mengingati Allah SWT dan menutup aurat.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang di kediamannya di Gombak dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata petang ini.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mr Os, ayuh sama-sama sedekahkan Al –Fatihah kepada beliau dan supaya rohnya dicucuri rahmat.

Sumber Berita : mStar Online