October 24th, 2013

Abang Nara lihat Neelofa adalah salah seorang selebriti tempatan yang mempunyai cita-cita dan hala tuju di dalam kehidupannya. Walaupun masih muda, Neelofa sudah pun mempunyai produk kecantikannya sendiri iaitu Bellavita. Ini semua adalah persiapan untuk dirinya bersara daripada dunia hiburan apabila usia Neelofa mencecah 30 tahun.
neelofa bertudungKini berusia 24 tahun, Neelofa percaya dalam tempoh 5 tahun lagi bakatnya tidak lagi akan diperlukan kerana sudah ada bakat-bakat baru ketika itu. Kata Neelofa kepada Mstar Online:-

Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun.

Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan

neelofa

Bagus perancangan yang ada di dalam tangan Neelofa itu. Dunia lakonan sememangnya tidak mampu bertahan sampai bila-bila. Masa muda inilah pulun betul-betul sambil merancang perniagaan untuk masa depan. Dah tak popular nanti sekurang-kurangnya sudah ada backup plan. Tak adalah baru terkejar-kejar nak meniaga. Semoga perancangan Neelofa menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kita tunggu sama-sama 5 tahun lagi.

May 17th, 2012

Abang Nara mengkagumi sifat keusahawanan yang ada di dalam diri Neelofa. Walaupun baru sahaja menceburkan diri di dalam bidang lakonan, namun Neelofa sedar yang kepopularitian tidak akan bertahan selama-lamanya. Dan semalam, Neelofa telah pun melancarkan produk kecantikan terbaru miliknya yang diberi nama Bella Vita.

neelofa bella vita

Bella Vita buat masa ini khusus untuk kaum Hawa yang mahukan bukan sahaja kecantikan luaran, tetapi juga kesihatan dari dalam badan. Semasa menghadiri majlis ini semalam, Abang Nara dan jurukamera telah pun tersilap apabila meneka ibu Neelofa sebagai kakaknya. Sememangnya ibu Neelofa sangat awet muda. Mungkin ini hasil daripada penggunaan Bella Vitta.

bella vita

Lagi 13 keping gambar Neelofa di majlis pelancaran Bella Vita dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sekiranya anda berminat dengan produk ini, boleh layari www.bellavita.my.

neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita
neelofa bella vita