July 15th, 2020

Mengakui perlu selektif dalam pemilihan watak, termasuklah menjaga batas pergaulan demi tidak menjejaskan kepercayaan yang diberikan suami, pelakon Bella Dally akui dirinya akan melihat siapa pengarah dan bagaimana jalan ceritanya sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran.

bella dally lebih suka berdikari

“Alhamdulillah, suami memahami kerja, tetapi saya tidak boleh mensia-siakan kepercayaan diberikan suami. Saya faham, apabila memegang status isteri, saya harus tahu menjaga batas.”

Menurutnya, biarpun kerjaya lakonannya sedikit terjejas susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan, namun kecintaan dalam dunia lakonan masih belum luntur.

bella dally lebih suka berdikari

Ujar Bella lagi, beliau kini sedang sibuk menguruskan perniagaan. Walaupun mendirikan rumah tangga dengan Arif Izuddin yang juga seorang ahli perniagaan, namun Bella langsung tidak bergantung kepada suaminya apabila membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan.

“Saya lebih suka berdikari. Walaupun suami ahli perniagaan tetapi hampir 90 peratus perniagaan diusahakan dipelajari sendiri. Berikutan PKP tempoh hari, saya dapat membahagikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.”

bella dally lebih suka berdikari

Untuk rekod, Bella selamat bernikah bersama Arif dengan sekali lafaz pada Mac 2019 di Marina Putrajaya.

Namun sebelum ini, Sebelumnya, Bella yang juga pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada September 2016. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2 Mei 2018. Menerusi perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: BH Online

April 14th, 2020

Betapa murninya hati pelakon Bella Dally dan suami, Arif Izuddin yang sanggup mengeluarkan belanja sendiri demi berbakti kepada masyarakat, agar terhindar daripada jangkitan COVID-19 dengan melakukan projek sanitasi di kawasan surau dan masjid di sekitar ibu kota.

bella dally suami sanitasi masjid surau

Bella menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto memaparkan kerja-kerja sanitasi  sedang dijalankan dan kini dia sedang bergiat aktif melakukan proses tersebut di beberapa buah masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Selangor secara percuma.

Pada masa yang sama, Bella juga amat berbesar hati sekiranya sesiapa sahaja ingin tampil membantu mereka menjadi sukarelawan untuk aktiviti kebajikan ini dengan memberi maklumat terperinci mengenai kawasan masjid dan surau yang perlu disanitasi.

bella dally suami sanitasi masjid surau

Menurutnya, segala kos termasuklah bahan kimia serta peralatan pembersihan yang digunakanakan ditanggung olehnya dan suami.

Rata-rata netizen memuji usaha murni Bella dan suaminya itu dan berdoa agar urusan pasangan ini dipermudahkan.