November 22nd, 2013

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan konsert amal iaitu Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember 2013.
destiniKonsert yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam ini akan menampilkan barisan artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah serta penampilan istimewa daripada artis seberang iaitu Rossa dan Pasha Ungu.
destiniObjektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
destiniKetua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali berharap agar sumbangan daripada hasil wang jualan tiket konsert amal ini mampu mengurangkan bebanan sekaligus dapat membantu dalam mengubah destini mereka pada masa akan datang.

Dalam memberi ruang untuk menyalurkan bantuan serta merapatkan jaringan YDAB dengan pelbagai agensi kerajaan, organisasi korporat serta syarikat swasta dan orang persendirian, Konsert Destini memberi tawaran pakej-pakej tajaan serta pulangan tajaan seperti Platinum (RM100,000 dan ke atas), Diamond (RM80,000 – RM99,000), Gold (RM30,000 – RM79,000), Silver (RM10,000 – 29,000) dan Tajaan Terbuka atau Persendirian (tidak kurang dari RM5000 dan tidak lebih dari RM10,000).

Orang ramai yang berminat untuk menonton konsert ini boleh mendapatkan tiket bernilai
RM1000, RM500, RM300, RM200, RM80 dan RM30 menerusi Unit Pemasaran Konsert Destini dengan menghubungi Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM di talian 03 7962 2186 dan 03 3342 5080 atau Ketua Bahagian Pemasaran, Pn Raja Nor Aminah Raja Ayob di talian 019 670 4734 atau Pengarah Bersama Konsert Destini, Encik Mohd Asrul Abu Seman di talian 013 395 9839.

Untuk informasi lanjut, boleh layari www.ydab.com.my.

Advertisement