January 6th, 2016

Tentu semua masih ingat lagi akan tuduhan liwat Sufi AF2015 terhadap bekas bapa tirinya Arif Dollah yang turut melibatkan artis dari Indonesia iaitu Tegar.

Kes ini mendapat perhatian ramai tetapi disebabkan bukti yang tidak kukuh dan juga kenyataan daripada Tegar yang sering bertukar, Arif telah dibebaskan daripada sebarang pertuduhan.

Sufi kemudian diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka oleh Arif, namun sehingga kini beliau masih terus berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen berhubung kes berkenaan.

Baru sahaja ingin mengukuhkan namanya di industri hiburan Malaysia, anak kelahiran Singapura ini tidak mahu mengenangkan lagi kisah hitamnya itu dan berharap tiada lagi pihak yang akan memanjangkan perkara tersebut.

Tambah Sufi, beliau ingin pihak media membantu beliau untuk mengembangkan lagi bakatnya.

Kalaulah boleh dipadam memori hitam itu, lama dah saya lakukannya. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan tanpa mereka tahu perit jerih saya harungi seorang diri. Kini saya adalah Sufi yang baharu. Mohon jasa baik rakan-rakan media sama ada dari sini ataupun Singapura tidak lagi memainkan isu ini.

Bantu saya untuk mengembangkan lagi bakat yang ada menerusi karier yang ada. Tidak kiralah sebagai penyanyi, komposer meski bidang seni lain. Bukannya isu silam dan lampau yang mengaibkan itu.

Pada masa yang sama, Sufi sempat meluahkan rasa syukur kerana single beliau iaitu Kisah Dua Muka mendapat sambutan yang agak baik.

Niat untuk melebarkan sayap dalam industri hiburan Malaysia itu bagus, tetapi kalau hendak bantuan media anda harus lah kreatif juga dalam berkarya agar ia dapat menarik perhatian ramai. Bak kata Datuk Ramli MS, buat lagu hitz untuk orang lain dengar dan bukan hanya sedap di telinga sendiri.

Sumber Berita: Utusan Online

August 12th, 2015

Sebelum ini kita pernah mengetahui berita dimana bekas pengurus tegar iaitu Muhd Arif Dollah yang bukan sahaja cuba untuk menipu tegar dan menganggu penyanyi kanak-kanak itu secara seksual tetapi beliau juga telah dituduh meliwat bekas anak tirinya seorang penyanyi Singapura, Sufi Rashid.

Untuk pengetahuan anda semua, Sufi kini merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2015.

Mengetahui anak tirinya itu  kini berada di AF2015, Arif bagaimanapun menjelaskan beliau sama sekali tidak mahu memburukkan Sufi menerusi kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook miliknya.

Saya sentiasa berhati-hati dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan di Facebook dan paling penting tiada sebarang nama disebut. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya! Siapa saya hendak jatuhkan dia? Saya hanya membela nama baik saya dan keluarga sebaliknya ibu Sufi secara jelas banyak mengeluarkan kenyataan menjatuhkan saya dengan pelbagai kata-kata sinis termasuk cerita tidak benar secara terbuka.

Jadi tidak salah untuk saya membela diri sendiri dan perlu menjelaskan kedudukan yang sebenarnya.

Arif sebenarnya sudah boleh menjangkakan bahawa isu ini akan berbangkit semula selepas Sufi berjaya menjadi salah seorang peserta program realiti tersebut.

Ketika mendapat berita Sufi diterima masuk dalam AF saya dah menjangkakan cerita panas saya dikaitkan semula. Sebenarnya saya sudah lali dengan kontroversi, paling penting saya tidak buat dan tidak perlu rasa takut.

Kami rasa penonton dan peminat AF 2015 janganlah lihat kepada kisah hitam Sufi Rashid sebagai pengukur kepada persembahan beliau nanti. Undilah kerana bakat dan bukan kerana paras rupa mahupun kisah hidup mereka. Biarlah juara AF kali ini ada kualitinya.

Sumber Berita: mStar Online