December 21st, 2019

Sebagai seorang yang beragama Islam, membayar zakat adalah satu KEWAJIBAN kepada diri kita. Selaku seorang manusia juga, adakalanya kita terlepas pandang yang zakat perlu dikeluarkan bukan sahaja untuk pendapatan, tetapi juga buat perniagaan, simpanan, emas perak, KWSP, saham dan macam-macam lagilah.

jenis zakat

Tujuan utama membayar zakat tidak lain tidak bukan ialah menyucikan harta kita dan berkongsi sedikit sebanyak rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik. Selain itu, anda juga layak mendapat pengecualian cukai LHDN sebanyak 100% dengan jumlah zakat yang dikeluarkan untuk tahun tersebut. Pahala dapat, cukai pun dapat dikurangkan. Best kan?

Ha, mesti ada pembaca BeautifulNara yang masih belum sempat menunaikan kewajiban ini pada tahun 2019 ini kan? Jangan risau sebab Pusat Pungutan Zakat Majlis Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sedang menganjurkan promosi Year End Zakat (YEZ) dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk kita membayar zakat sepanjang bulan Disember ini.

yez year end zakat

Jom kita tengok apa yang bestnya Year End Zakat (YEZ) nie:-

900 Hadiah Untuk Dimenangi

Bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2019 ini, sesiapa sahaja berpeluang memenangi lebih 900 hadiah apabila menunaikan zakat di PPZ-MAIWP. Hadiah-hadiah utama yang ditawarkan bukan calang-calang. Antara seperti pakej umrah, komputer riba, telefon pintar dan banyak lagilah. Untuk mereka yang setia membayar zakat bersama PPZ-MAIWP dari tahun 1990 sehingga 2019, ada Anugerah Khas Pembayar Setia menanti anda. Hadiah-hadiahnya pun bukan calang-calang.

senarai hadiah ppz

Tambahan daripada hadiah-hadiah ini, PPZ-MAIWP juga menawarkan lebih 900 hadiah jika membayar zakat menggunakan saluran Kaunter PPZ-MAIWP, Skim Potongan Gaji Zakat, Portal PPZ-MAIWP, Kaunter Zakat Bergerak dan Ejen-Ejen Kutipan Zakat. Antara hadiahnya ialah telefon pintar, basikal (fat bike), external hard disk, power bank, dash camera, jam pintar, telekung Siti Khadijah, Baucar Makanan & baucar membeli beli-belah. Senang cakap, tak kira apa caranya anda membayar zakat bersama PPZ-MAIWP, Insya Allah ada hadiah yang bakal dimenangi.

Kaunter Buka Setiap Hari Termasuk Cuti Umum

Tiada lagi alasan tak ada masa terluang untuk pergi membayar zakat kerana kesemua kaunter PPZ (11 cawangan) dibuka setiap hari TERMASUK cuti umum sepanjang bulan Disember ini bermula jam 815 pagi sehingga 4.45 petang.

Kalau itu pun anda tak sempat pergi, jangan risau kerana pada 25 Disember – 31 Disember, kaunter PPZ di semua cawangan (kecuali UTC KL) akan dibuka sehingga jam 9 malam. Habis kerja je boleh terus pergi bayar zakat.

perkhidmatan zakat yez

Lebih menarik, berbanding bulan-bulan lain, pada bulan Disember ini disediakan kaunter taksiran bagi memudahkan pengiraan, pertanyaan zakat atau semakan penyata zakat. Jadi kalau anda tak tahu cara nak kira jumlah zakat yang perlu dibayar, pegawai-pegawai bertugas akan bantu anda kira. Cuma perlu datang sahaja ke kaunter PPZ-MAIWP. Mudah kan?

Last but not least, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila menunaikan zakat di kaunter kerana ada kalendar meja, kalendar dinding 2020, pes masakan dan juga beg yang akan diberikan sebagai cenderahati (selagi stok masih ada).

Anda boleh pastikan lokasi kaunter-kaunter zakat PPZ-MAIWP di https://www.zakat.com.my/

SUPER SUNDAY

Ha jangan ingat bola sepak je yang ada SUPER SUNDAY, PPZ-MAIWP pun ada. Dianjurkan pada setiap hari Ahad, sarapan pagi akan disediakan untuk mereka yang datang membayar zakat di kaunter. Pada masa yang sama 20 pembayar yang terawal yang membuat bayaran serendah RM50 akan menerima baucar KFC bernilai RM30. Lepas bayar zakat, boleh pergi makan KFC. Best kan?

KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Buat anda yang tinggal jauh dari lokasi-lokasi kaunter PPZ-MAIWP, jangan risau kerana kaunter zakat bergerak akan turut aktif sepanjang bulan Disember ini. Jika sebelum ini kaunter zakat bergerak ini lebih memfokuskan kawasan pejabat / syarikat , tetapi pada bulan Disember ini ia akan turut berada di pusat membeli belah. Antara lokasinya adalah di Mara Digital Mall, Jalan Tunku Abdul Rahman dengan waktu operasi bermula jam 11 pagi sehingga 3 petang.

ZAKAT RIDE2U

zakat ride 2u

Mengambil konsep Food Panda dan Grab, PPZ-MAIWP muncul dengan inisiatif Zakat Ride2u yang khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara peribadi tetapi tidak ada masa ke kaunter.

Para rider yang terdiri daripada pegawai PPZ-MAIWP yang memakai vest khas dan mempunyai kad id PPZ-MAIWP bagi mengelakkan penipuan sentiasa bersedia ke premis, rumah, pejabat atau dimana sahaja bagi membantu menunaikan zakat anda.

Untuk makluman, jumlah minimum bayaran zakat untuk perkhidmatan Zakat Ride2u ini adalah RM5,000, Perkhidmatan ini akan beroperasi pada 25-31 Disember sehingga jam 9 malam. Boleh buat tempahan dengan menelefon ke talian zakat 1-300-88-5757.

PORTAL ZAKAT PPZ-MAIWP

zakat.com.my

Last but not least, sekiranya anda berada di luar negara atau memang tidak berkesempatan untuk kaunter, jangan risau kerana anda boleh menunaikan KEWAJIBAN ini menerusi portal zakat PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my. Anda boleh kira, bayar dan semak segala yang berkaitan dengan zakat di portal ini.

Selain itu, 14 buah bank utama di Malaysia dan portal MyEG turut boleh digunakan untuk membayar zakat. Memang mudah macam ABC kan?

Tiada Lagi Alasan Tak Bayar Zakat

Dengan pelbagai perkhidmatan disediakan, saluran yang amat mudah dan kecanggihan teknologi, tiada lagi alasan untuk kita selaku umat Islam untuk tidak menunaikan salah satu rukun Islam ketiga ini. Kalau boleh, lepas baca artikel ini, teruslah ke kaunter PPZ-MAIWP yang berhampiran atau buat bayaran secara online di www.zakat.com.my. Jangan tangguh-tangguh lagi, nanti tup-tup terus terlupa sampai habis tahun 2019. Selamat membayar zakat, selamat menyucikan harta kita dan semoga ia memberi ketenangan jiwa serta raga.