June 13th, 2020

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan dirinya tidak putus menerima mesej peribadi daripada golongan yang memerlukan kerana ini memohon pertolongan.

bantuan hafiz hamidun

Kata Hafiz, dirinya hanya mampu membantu setakat yang boleh sahaja malah berharap agar ramai lagi dalam kalangan manusia menghulurkan sumbangan kepada insan yang kurang bernasib baik seperti yang dimaksudkan.

“Kalau anda semua nak tolong, sama, seringgit dua seikhlasnya, anda boleh bagi derma itu menerusi akaun saya jadi saya boleh serahkan duit itu kepada siapa yang memerlukan.”

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah muat naik di laman Instagramnya baru-baru ini.

bantuan hafiz hamidun

Kredit – mStar

Bagaimanapun, Hafiz turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berprasangka buruk terhadap tindakan yang dilakukannya itu.

Hal ini kerana, beliau hanya seakan menyeru kepada pengikutnya supaya melakukan kebaikan semata-mata. Malah, menegaskan kepada golongan yang tidak mahu bantu supaya segera mempedulikan kenyataanya itu.

Meskipun berniat melaukan perkara yang baik, namun Hafiz juga dilihat tidak segan untuk tampil memohon maaf andai perbuatannya itu tidak disenangi ramai.

bantuan hafiz hamidun

Apa yang pasti, selain Hafiz, beberapa lagi rakan selebriti turut sama menghulurkan bantuan kepada individu dan keluarga yang memerlukan antaranya, Datuk Aaron Aziz dan Abby Abadi.

Terdahulu, Abby Abadi meminta jasa baik mana-mana pihak yang memohon bantuannya yang diusahakan menerusi projek amal dana Wallet Kasih PKP agar bersabar.

Menurut Abby, beliau langsung tidak menang tangan membalas semua mesej yang diterimanya susulan permohonan yang diterima terlalu banyak dan diluar jangkaan.

Sumber: mStar