May 31st, 2019

Setiap tahun pastinya selebriti Rozita Che Wan akan berkongsi persiapan baju raya dirinya dan keluarga. Setiap pakaian yang ada, mengikut tema berbeza. Ramai juga yang bermain teka-teki, agaknya berapa pasang baju pula Che Ta akan gayakan pada Syawal tahun ini.

Bagaimanapun, tahun ini Che Ta enggan berkongsi jumlah persalinannya kerana tidak mahu ia menjadi satu isu besar dan dikecam netizen.

Kalau nak tahu sangat berapa pasang baju raya saya tahun ini, kiralah sendiri bila saya muat naik gambar di Instagram sepanjang Syawal nanti.

Kalau saya senaraikan warna baju, pasti ada yang dapat mengagak jumlahnya. Sebut sahaja warna apa, semuanya jadi pilihan. Tetapi, saya tidak akan nyatakan berapa jumlah pakaian untuk raya tahun ini.

Saya sudah malas apabila niat sekadar menjawab pertanyaan media disalah erti hingga dijadikan segelintir warganet sebagai modal untuk mengecam.

Katanya, ada baju raya tahun lalu yang belum sempat digayakan dan ada pula pakaian yang sudah dipakai dan dijual semula di Instagram. Agak mengejutkan ada individu yang sanggup untuk membeli baju Che Ta yang paling mahal dijual pada harga RM3000.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
June 5th, 2018

Rasanya macam baru sahaja kita berpuasa dan dalam tidak sedar, kita sudah pun hampir ke penghujung Ramadhan dan bakal menyambut Aidilfitri pada minggu hadapan. Tentunya minggu ini, ramai yang sibuk membuat segala persiapan dan tidak sabar untuk menanti tibanya hari raya.

Antara selebriti yang sudah cukup teruja dan tidak sabar untuk menyambut hari raya ialah Rozita Che Wan. Beliau sudah siap gosok semua baju raya untuk dipakai. Namun, tahun ini Che Ta agak bersederhana dan hanya menyiapkan 20 persalinan untuk setiap seorang ahli keluarganya berbanding 30 pasang persalinan tahun lalu.

Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang.

Wah, semangat betul Che Ta hendak beraya, segalanya sudah disiapkan lebih awal. Apa agaknya fesyen beliau dan keluarga pada tahun ini? Yang pasti, tentunya semua sedondon. Hehe..

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
June 9th, 2016

Baru-baru ini, netizen ada meluahkan rasa kecewa apabila koleksi pakaian raya Rozita Che Wan yang berharga RM299 agak teruk dari segi kualiti kain dan indah khabar daripada rupa serta tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Menjawab segala kritikan berkenaan, Che Ta meminta orang ramai untuk mengetahui saiz sebenar mereka sebelum membuat pilihan. Ini kerana setiap orang mempunyai bentuk badan berbeza dan akan tampak tidak cantik sekiranya salah memilih saiz.

Baju itu sama cuma yang berbeza ialah saiz baju tersebut. Mereka kena faham, setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka. Janganlah kalau pakai saiz L tetapi yang dibelinya saiz M, memang tak sesuailah. Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tak kena.

Jelas Che Ta, beliau mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan koleksi pakaian berkenaan dan beliau juga menggunakan kain yang tinggi kualitinya agar selesa dipakai oleh orang ramai.

Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu.

Rekaan koleksi Syawal ini juga semuanya adalah idea sendiri dan saya nak mereka rasa cantik dan puas hati sewaktu memakai salah satu koleksi saya. Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk.

Dah dengar kan penjelasan Che Ta? Itulah, jangan terlalu menyimpan harapan yang tinggi bila anda pakai baju Che Ta anda akan jadi seperti beliau. Kadang-kadang dalam menghentam artis kena fikir logiknya juga.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
May 27th, 2016

Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba, ada antara artis Malaysia menggunakan peluang tersebut untuk berniaga dan melancarkan koleksi baju raya mereka sendiri.

Antara selebriti yang berbuat demikian adalah Rozita Che Wan dimana beliau bekerjasama dengan sebuah  pasaraya besar untuk melancarkan koleksi baju raya beliau.

Dijual pada harga RM299, pengguna bagaimanapun merasa kecewa kerana kualiti baju tersebut indah khabar daripada rupa.

Malah, ada yang berpendapat ia tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Berikut antara luahan pengguna :-

Namun, ada yang kurang setuju dengan luahan tersebut dan menganggap mereka yang membeli baju berkenaan terlalu taksub untuk jadi seperti Che Ta. Buat mereka, gaya Che Ta berbeza dengan orang lain.

Rasanya hampir setiap produk pun bila iklan pasti akan tampak menarik bukan? Dah nama pun iklan bagi tujuan promosi tentu ia berbeza dengan benda yang sebenar. Ini kes biasa, mungkin ada yang meletakkan harapan tinggi yang mereka boleh jadi sebijik macam Che Ta.

Advertisement