May 31st, 2019

Setiap tahun pastinya selebriti Rozita Che Wan akan berkongsi persiapan baju raya dirinya dan keluarga. Setiap pakaian yang ada, mengikut tema berbeza. Ramai juga yang bermain teka-teki, agaknya berapa pasang baju pula Che Ta akan gayakan pada Syawal tahun ini.

Bagaimanapun, tahun ini Che Ta enggan berkongsi jumlah persalinannya kerana tidak mahu ia menjadi satu isu besar dan dikecam netizen.

Kalau nak tahu sangat berapa pasang baju raya saya tahun ini, kiralah sendiri bila saya muat naik gambar di Instagram sepanjang Syawal nanti.

Kalau saya senaraikan warna baju, pasti ada yang dapat mengagak jumlahnya. Sebut sahaja warna apa, semuanya jadi pilihan. Tetapi, saya tidak akan nyatakan berapa jumlah pakaian untuk raya tahun ini.

Saya sudah malas apabila niat sekadar menjawab pertanyaan media disalah erti hingga dijadikan segelintir warganet sebagai modal untuk mengecam.

Katanya, ada baju raya tahun lalu yang belum sempat digayakan dan ada pula pakaian yang sudah dipakai dan dijual semula di Instagram. Agak mengejutkan ada individu yang sanggup untuk membeli baju Che Ta yang paling mahal dijual pada harga RM3000.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
June 5th, 2018

Rasanya macam baru sahaja kita berpuasa dan dalam tidak sedar, kita sudah pun hampir ke penghujung Ramadhan dan bakal menyambut Aidilfitri pada minggu hadapan. Tentunya minggu ini, ramai yang sibuk membuat segala persiapan dan tidak sabar untuk menanti tibanya hari raya.

Antara selebriti yang sudah cukup teruja dan tidak sabar untuk menyambut hari raya ialah Rozita Che Wan. Beliau sudah siap gosok semua baju raya untuk dipakai. Namun, tahun ini Che Ta agak bersederhana dan hanya menyiapkan 20 persalinan untuk setiap seorang ahli keluarganya berbanding 30 pasang persalinan tahun lalu.

Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang.

Wah, semangat betul Che Ta hendak beraya, segalanya sudah disiapkan lebih awal. Apa agaknya fesyen beliau dan keluarga pada tahun ini? Yang pasti, tentunya semua sedondon. Hehe..

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
May 21st, 2018

Setiap kali tibanya Syawal, pasti koleksi pakaian Rozita Che Wan dan keluarga akan menjadi perhatian ramai. Tahun lepas Che Ta melaram dengan 104 pasang baju raya. Agak-agaknya tahun ini berapa pula ya?

Khabarnya, Che Ta  bukan sahaja sudah menyiapkan pakaian hari raya,  tetapi segala kelengkapan untuk menyambut  Aidilfitri meskipun bulan Ramadhan baru sahaja menjelma. Cukup untuk dipakai untuk sebulan dan yang paling penting, bukanlah baju “recycle” tahun lalu.

Berapa pasang baju raya tahun ini biarlah rahsia. Apa yang pasti cukup untuk raya sebulan dan tidak pakai baju ‘ulang tayang’.

Tentu sekali setiap gaya Che Ta haruslah tampak eksklusif dan tahun ini baju raya beliau dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan Syafique Aiman.

Untung Che Ta kerana sudah siapkan segalanya lebih awal dan tak perlu pening kepala bila tiba hari raya. Tak sabar pula hendak lihat baju raya beliau sekeluarga tahun ini, pasti cantik bukan?

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
June 17th, 2016

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, bulan puasa ini lah ramai yang akan sibuk membeli- belah bukan? Macam mana persediaan korang? Dah beli baju raya ke belum?

Berbicara tentang persiapan hari raya, Zain Saidin memberitahu beliau dan isteri, Rozita Che Wan sudah menyediakan 110 pasang baju raya untuk mereka sekeluarga.

Pada tahun lepas tiga beranak ini masing-masing hanya mempunyai 20 pasang pakaian raya.

Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya. Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti.

Jelas Zain, beliau akan memakai koleksi pakaian beliau sendiri yang dikenali dengan jenama Ketak by ZainSaidin.

Berbicara mengenai sambutan Aidilfitri kali ini, Zain memberitahu mereka akan menyambutnya di Kuala Lumpur dahulu sebelum pulang ke kampung Che Ta di Kedah pada hari raya kedua nanti.

Sejujurnya kami tidak terkejut bila dapat tahu mereka sudah siapkan lebih 100 pasang baju. Korang pun tahu Che Ta sekeluarga suka menggayakan pelbagai jenis pakaian bukan? Ini baru raya sakan namanya..Heh..

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement